03 March 2016

Syukurlah...

tipu lah kalau aku tak pernah down dengan life... bohonglah kalau tak pernah terdetik compare life aku ngan orang lain... pernah jugak aku memberontak sebab tak dapat apa yang aku nak... mula2 tadi aku dah taip blog pasal benda yang aku rasa tak best... lepas tu, aku ada keje lain. 

then, sambil wat kerja, aku tak fokus. aku terdetik... kenapa aku tak list down apa yang patut aku syukuri? 

ada masalah keluarga?
syukur lah masih ada keluarga... ada orang sebatang kara...

pakai kereta buruk?
Nak bagi orang tumpang pun malu?
syukurlah... masih ada kereta walau cat dah berkarat macam kena panau. banyak jasa dia. Dulu dia juga yang disayang... tunggu lah tabung penuh, bole hantar cat molek2...

kerja keluar awal pagi masih gelap, balik pun dah gelap?
kena kerja sabtu?
takde bonus?
kerja masa state public holiday?
syukur lah tak kena buang kerja zaman gawat ni...

susah dapat kerja best macam orang lain?
balik rumah dah la penat, kena pulak ngadap freelance?
syukurlah masih ada kerja... syukur masih ada freelance... orang kawin masih nak hire photographer... tak pernah lagi pegantin sampai tahap nak selfie aje sebab nak cut cost!

tak dapat hantar anak kat taska?
orang selalu cakap anak duk taska pandai sebab depa belajar compared to duduk ngan babysitter?
syukurlah ada orang nak jaga anak... semalam ada member mesej runsing babysitter anak dia kena pindah rumah.... susah nak cari orang yang dipercayai nak jaga anak tau!

tak sempat masak? sentap asek tapau beli untuk anak suami? apa lagi nak masak bekal untuk diorang waktu hari kerja... tengok bini orang lain bole je tapaukan anak2 n suami...sayu ok!
syukurlah masih ada duit nak makan... ada orang jangan kata nak beli makanan, nak masak pun tak mampu nak beli bahan masak. yang penting anak beranak dapat makan. kan?

tak puas hati sebab tak dapat gi jalan2 travel, bonding time dengan keluarga?
syukurlah rumah sendiri tak kena bomb macam kat palestine.... 

rasa down dengan life compared to kawan2?
syukurlah kerana masih dalam golongan yang mampu mengharungi hidup yang semakin mencabar ni... 

syukurlah dengan rezeki yang ada... sabarlah dengan dugaan... itukan apa yang Allah beri.....

so cane? dah lega?
jom balik

No comments:

Post a Comment