20 March 2016

Ramai beradik

Aku dalam perjalanan balik dari Muor ke Singapore.. hantar akak ipar lepas tu baru balik JB. Adik zuel yang bongsu selamat sudah jadi isteri orang. Lega kot hati bapak mertua aku. Lepas ni bole plan2 ke Mekah pulak...

Aku tweet
"Ntah bila bole gath lagi... actually ada hikmah kenapa Allah jodohkan aku dgn jejaka 7 beradik dan punya makcik2 the very kecoh one"

Sebenarnya dulu masa single, antara ciri2 bakal suami aku - bukan yang ramai adik beradik. Paling ramai yang aku pernah accept pun 5 beradik je. Kalau lebih dari tu... maaf, kita cuma kawan. Chewaahh! Tapi aku pernah clash sebab lelaki tu anak lelaki tunggal dalam 10 beradik. Dia sorang lelaki, yang lain perempuan. Fuhhh. Sekarang kalau pikir balik rasa bodo je alasan tu. Haha

Zuel 7 beradik - 4 lelaki, 3 perempuan. Zuel yang ke 5. Masa aku kenal zuel, cuma dia dan adik yang bongsu je belum kawin lagi. Takdir Allah aku terima jodoh dengan lelaki yang ramai beradik. Ada hikmah tu.

Kadang2 memang tak bole nak expect apa yang jadi bila kita dah join sebuah keluarga yang mula2 memang asing bagi kita. Tapi so far hampir 5 tahun kahwin ni Alhamdulillah... happening je bila jumpa. Aku tak tau la kalau ada apa2 yang diorang complain belakang aku. Tapi zuel cakap kalau ada mesti dia yang akan tegur aku dulu...

Zuel yang ramai beradik ni dah la satu hal... makcik2 dia punnn ramai. Side arwah mak mertua aku ramai adik beradik perempuan. So bila gath tu memang kecoh seyy... arwah mak mertua orang singapore. No wonder la arwah mak terror english. Jakun jap aku. Diorang ehh kalau ada majlis kawin atau kenduri ke, kalau takde hal insyaAllah diorang turun Johor. Bab belanja shopping memang tak payah ceta lah...

Mula2 memang aku cam okwed la.. yela aku ni bukan jenis friendly sangat laa... tapi diorang baik sampai aku yang segan. Maklom la... aku ni biasa2 je. Keje biasa. Takde apa yg best nak sembang. Keje tak best, masak tak terror, menjahit lagi ke parit...ipar2 biras beras aku mostly pandai la bab2 tu...  haha... yang side singaporean pulak jenis cakap pun speaking... aku cakap jawa je dah .... haha

Tapi dengan anugerah adik beradik makcik ramai yang kecoh ni la aku rasa seronok jugak rupanya ada keluarga besar. Mengajar aku bersosial lebih sikit, jadi friendly, jangan malu sebab diorg pun takde makna nak malu2 kambeng. Diorang kalau datang umah aku memang bising. Sampai bile diorang semua balik aku pernah rasa "ehh sunyi pulak rumah ni"... haaa

Tengok macam cousin aku... adik beradik ramai buat family gath happening gila.... tak payah ajak org lain dah. Cuba family aku buat family day... alaaaaahai!

2 comments:

  1. Fahammm ... sebab i ada 9 orang adik beradik.. Kalau jumpa semua memang best. Lagi anak2 sedara yg ramai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi best ada makcik macam akak kan 😍😍😍

      Delete