31 March 2016

Cuddle Me Easy Wrap

memula aku rasa takde keperluan guna baby wrap ni sebab bole pakai kejap aje punnn. habis pantang, baby dah 2 bulan.

Lepas baby umur 4 bulan nanti dah bole masuk SSC (soft structure carrier) dah. baby wrap pulak mostly dari material yang stretchy, cuma bole tampung berat baby hingga 8-10kg saja. kalau nak yang tahan lama, pakai baby wrap dari material woven, tapi mahal la... aku survey rata2 above RM200. Kalau jenis yang tu, nak wrap toddler pun bole tahan lagi...

lepas habis pantang, kami kerap jugak keluar pegi mall. aku cuba la letak syahmi dalam stroller, nan hadoo... mula2 ok la senyap. lepas tu merengek. dah jalan pun merengek, last2 aku dukung. kena pulak aku yang tak “fit” ni, lenguh jugak la tangan tu kalau gendong sejam dua...naik sado biceps aku haa. so, aku decide nak beli la baby wrap. Nak masuk SSC belum umur 4 bulan lagi. naluri emak kata baby tak happy duk dalam stroller. atau maybe dia masih kecik, amik masa laa nak serasi.

Mula lah berangan nak pakai baby wrap ikat2 tu... siap dah tengok utube cara2 ikat baby wrap. haha. surf2, terjumpa pulak baby wrap instant. ini sudah bagus! antara yang aku aim is mak yang baby wrap dan cuddle me easy wrap.

baby wrap Mak Yang ni cantik2, kalau dah pakai, nampak macam pakai baby wrap yang ikat2 tu. dia ada saiz ikut badan macam saiz baju jugak. Tapi kalau beli yang ni, sure zuel tak bole pakai sebab zuel perlu saiz yang lebih besar dari aku. ada orang siap beli 2 helai, 1 saiz mak dan 1 saiz pak nyaa... so aku macam hmmm... hmmm....

cuddle me - yang aku tau, ni brand SSC yang approval by Malaysian Baby Wearing tapi harganya jauh lagi murah compared to others brand. tak tau pulak dia ada keluarkan baby wrap dan banyak jugak produk2 baby yang lain... aku tengok benda alah ni dalam website One Baby World je.

lepas tu aku ada la pegi OBW nak beli puting botol susu syahmi. biasa la, kalau mak2 dah masuk kedai barang baby ni, wajib tawaf 7 kali satu kedai, even dah sauk ape benda yang nak dibeli. Ternampak laaa easy wrap cuddle me ni. ada sample kat situ yang kita bole test. aku try la dengan bantuan staff situ. lerr... senang gilaa pakai benda ni. terus aku beli. tengok stok pun tak banyak, so I guess ramai la kot beli (ntah2 memang dia tak amik banyak stok pun! haha) harganya mahal sikit dari baby wrap Mak Yang, tapi lebih murah dari Boba baby wrap. Yang pasti tak payah nak ikat2 melilit dan takde had saiz...

Aku tak pernah jumpe review pasal cuddle me easy wrap ni dari blogger M'sia. kat indo pun cuma 1 ke 2 blog yang buat review. means benda ni tak popular kot, aku pun tak pernah nampak lagi... tak kisah la, yang penting aku selesa gendong syahmi.

Cuddle me easy baby wrap ni bole guna pelbagai posisi. Tapi takat ni tak pernah try lain2 posisi, aku rasa lebih selamat dan selesa dalam posisi "mendakap"...
So far syahmi sedap je tido dalam ni.... kalau nak tau cemana cara pakai, bole tengok kat sini.. https://youtu.be/AK_J1dRe7Oo

Aku tak sempat nak buat demo sendiri... hehehe

2 comments:

  1. Ni kalau akak kena wrap macam ni pun boleh lena tido.. nampak selesa benar .. haha

    ReplyDelete