05 March 2016

Bila bini marah

Semua pasangan yang dah kawin pasti maklum... alam rumahtangga ni bukan lah sentiasa suwittt tahap kena diabetis macam drama melayu adaptasi novel cinta fantasi langit ketujuh...

Tahun ni Alhamdulillah jodoh kami masuk 5 tahun, still tahap suwitt tu tak laa jauh beza dari masa 1st year. Suwit masa awal2 kawin tu mungkin tak se-suwit sekarang, tapi lagi sedap macam makan jeruk mangga asam boi, pedas, masam, manis... kalau tergigit biji asam boi tu ada la pahit2 sikit...

As wife, bohong kot kalau tak pernah langsung marah kat suami. Adatlah kita manusia, bukan bidadari syurga, ye dak? Semalam aku marah kat zuel. Serius punya marah. Aku ni jenis susah nak betul2 marah, tapi kalau dah marah, susah pulak nak cool... selagi tak pujuk atau mintak maaf... aku bole bawak marah tu sampai tahun depan!

Tapi sorry to say la yaa... zuel ni bukan mat bunga, mat jiwang... nama nak romantik2 macam drama tu nan hado lah. Tak payah berangan laa... Mungkin sebab aku tak cun macam pelakon drama tu... Ok, masa aku dah marah tu, aku diam, muka ketat gila, aku amik syahmi, bawak masuk bilik. Itupun sebab syahmi ni bf... aku kena la bawak sekali... wyna biar dia main. Nak apa2 mintaklah kat abah. Then aku terus tido. Yes, aku selalu tido je kalau marah...

Bangun pagi... aku terus siap2 nak gi keje. Siapkan bebudak nak hantar kat babysitter. Plan semalam tak payah hantar sebab zuel cuti... tapi marah punya pasal, aku hangkut laa semua. Zuel tanya pun, aku jawab acuh tak acuh je pakej sekali dengan sindiran. Aku buat tak peduli macam aku ngan anak2 je yang ada depan mata... Dosa..dosa... huhu.... tapi haishhh dalam marah2 tu, bila aku nak keluar tetap salam suami...

Zuel ni tak pandai pujuk dengan hadiah, bunga atau ayat2 manis. Kadang2 say sorry pun tak...menambah kemarahan aku lagi ada... dia suka provoke!

Odw balik keje zuel wassap "Lapaalaa, Balik syg masak eh".. aku tak reply. Aku tau dia saje provoke nak buat aku lagi bengang. Yela.. sakit hati belum reda, aku dah laa bangun awal, uruskan anak, keje.. balik kena masak pulak.... tak hangin rasa??

Sampai rumah.. pagar dah bukak siap2. Dekat porch lagi dah mengayat ngada2 kat aku...  Tapi biasa la aku jual mahal. Buat2 muke ketat. Tak bole tengok muka zuel sebab nanti aku nak gelak. Aku masuk pintu jee... bau green apple. Taulah aku zuel mop lantai tadi... rumah dah kemas.

Aku gi dapo, tengok dah masak nasik. Jeling meja makan bawah tudung saji, ada lauk sardin dengan telur dadar. See? Dah cakap daahh... dia provoke je suruh aku masak..padahal dia dah masak pun.

Sementara tunggu zohor, aku lepak tengok tv. Zuel pun siap2 hidangkan nasi... buatkan aku air... wawawawaahhh... ajak aku makan sama. Aku pun chill lah... karang aku jual mahal sangat, kalau laki yang merajuk, aku jugak susah...

Macam tu lah cara zuel pujuk kalau aku marah atau merajuk. Dia memang tak pandai bagi bunga.... tak mampu nak bagi material... nak romantik2 ayat jiwang lagi lah takk... aku dok perati je cara zuel pujuk... itulah yang selalu dia buat - tolong settlekan house chores. Kalau free, zuel ajak keluar jalan2...

Aku hargai... lebih2 lagi tang masak tu. Walau lauk simple. Dari ko bagi bunga, bagi ayat manis tapi umah bersepah, takde makanan nak makan.. haa kunyah lah bunga tuu!

4 comments:

  1. yang last sekali tu sampai punchline .. "Kunyah bunga" haha. tergelak akak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so berapa HA akak nak kasik?

      Delete
  2. aku suka suka! at least pandai gak zuel pujuk.. siap masak bagai... laki ai pujuk peluk jer... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu dapat peluk... umpama air dicurah ke api gitu hehehehe

      Delete