28 February 2016

Tudung bawal

aku nak sembang jee, nak tulis kat fb, malas nak baca komen2 yang tak best (kalau ada)... nak taip kat twitter, tak cukup space abjad. so borak la sorang kat blog haaa...

beberapa hari kebelakangan ni ada netizen bash pasal tudung bawal yang mahal gila... harga sehelai boleh buat cat keta kitorang yang berkurap tu haa...siap bole cover 2 kali cat! tapi sebenarnya aku dah lama pernah tengok tudung tu sebelum jadi isu lagi... siap tunjuk kat zuel... "tengok harga tudung ni... " pastu sembang2 santai gelak2... takde la aku nak viralkan pulak...

sebab apa? sebab aku baca, katanya material dia mahal, ada batu2 swarofski (tak ingat ejaan).. yang aku ingat, nama batu tu sama yang macam diguna kat baju nikah DCT dulu. mahal kot batu tu? Kenapa takde pulak orang nak gi bash baju nikah DCT mahal? Aku tak kenal jenis2 batu ni... aku cuma kenal batu kerikil, arang batu, apatah lagi batu api... so tak pelik la kalau mahal pun. dan aku tak lah mampu beli... kalau mampu pun, tak mampu pulak nak pakai. sejak dah tua2 30sen ni, kalau bab dress up, dah mula belajar konsep biar murah asal bergaya. ahaks!

Tak payah la nak bash keluaran tudung tu atau nak komen sarkastik kat pembeli tudung jenis tu... biar ler dia.. yang ngko emosi sangat rasa membazir beli tudung mahal2, ada dia mintak duit ngko ke nak beli? Membazir bagi ngko, kepuasan bagi dia... mana bole nak paksa orang ikut konsep ngko! 

No comments:

Post a Comment