02 February 2016

Sesekali nak sembang hal personal

takde kerja. aku bole je nak “kemaskan” desktop yang bersepah ni. tapi yeah... lagi sedap taip blog kot. kejung bila takde keje ni sebab kat sini bukan bole surf terangan macam opis lama aku... opismate siap tayang screen forum cari.com lagik... tapi dalam bahasa cina punya porem la...

aku tak tau la budak zaman skrang ni ada layan porem ke tak, atau just meroyan je dalam fb... dulu aku antara yang suke lepak dalam porem... orang banyak masalah tapi takde kawan tempat nak mengadu memang selalu masuk porem je. maka kawan2 pun kenal dari alam porem. gaji bayar pakai cek pun nak bising dalam porem. kena sound dalam tu pun nak nanges. padahal bukan nampak muka, bukan kenal. sentap tak sudah.. aku memang kuat sentap. sikit2 kecik hati. tak kebal. hahaha.. duluuuu laaaah. sebab tu aku tak ramai kawan...

hari ni cuaca panas terik. aku sebenarnya malas nak gi makan kat luar sana tu. ngan panas. ngan carik parking. tapi lapar, terpakse jugak le keluar. terpakse jugak sebab aku susukan anak. kalau nak kenyangkan perut aku sorang je, blasah megi cawan pun apa de hal kan... ni kalau makan benda merepek sekali sekala pun dah rasa bersalah. 

last2 aku pusing kat food court, takde paking, aku blah... dah tu tak sempat masuk lorong balik opis, aku pun tawaff ler area nusa bistari ni patah balik opis aku. macam buat bentuk bulatan. habis masa 30 minit dalam keta je.. tapi ok la sambil2 aku ngepam. balik opis, gi beli roti kat kedai runcit.

mula2 macam malas nak gi kedai runcit tu sebab kotor. last aku pegi siap bau tempat kucing beranak + najis lagi...  tadi aku pegi waaaa... dah kemas. bersih, lapang mata tengok. good! 

masuk opis, makan roti. opismate amoi purchasing tego
“u makan apa?”
“makan roti”
“tadi u takde pegi makan meh?”
“makan jugak” - jawab makan sebab kang tanya tadi pegi mana kalau tak makan...
“waaa... u baru makan, boleh makan lagi!”

aku sengih je. aku memang lom makan pun. tapi kalau aku dah makan pastu makan lagi, tak salah pun sebab mak bf memang selalu lapar. cuma aku risau je kalau jadi isu, lepas lunch time, makan lagi dalam opis... u noe... ada company memang berkira kalau staff curik masa bekerja. depa pow masa staff (kena stayback) takpe pulak...

aku asek la bukak katup online banking, nak tengok gaji dah masuk lom. tah kenapa... padahal ni baru 1hb. gaji tak pernah pun masuk seawal ni. lagipun kalau dah gaji pun, who cares..... InsyaAllah gaji aku diganti dari sudut lain. kalau tak kat dunia, kat akhirat nanti lah. ye...aku sedapkan hati ni. takpe la...sedapkan hati dengan benda betul kan?

kadang aku “sembang” sorang kat tweet tu bukan maksud nak seeking for attention... kadang rase segan gak, lepas tweet tetiba orang wassap tanya... apa cetaaa

no. kalau bole aku tanak cite. yela, kata orang, dugaan ni, kite sembang personal ngan Allah je la. watpe sembang kat orang.. orang pun jemu nak dengar masalah ko tak sudah2... mana nak sudahnye, kalau takde solution... tapi tapi tapi... aaaku insan yang lemah, hanya mampu berserah - tetiba keluar lagu Rohana Jalil.. lemah betul lirik ni...

lepas habis pantang, aku jarang masak hari kerja. member dok sembang mu masak apa dinner ni? aku wat bunyik cengkrik je...

kadang tu serba salah ngan zuel. asek tapau luar je. tapi aku pun tak gigih. balik rumah kalau bole sampai pukul 7.00pm tu kira awal la...  kalau tak... macam semalam, pukul 8pm baru sampai rumah.  kitorang baru balik, jiran sebelah dah keluar nak hantar anak pi ngaji.

kalau sampai rumah pukul 7 tu, mesti aku nak terus mandi, nak kejarkan solat maghrib dulu. kalau nak masak, pukul 8 baru masak. simple dishes + makan + kemas dapo + basuh botol2 + prepare benda2 untuk esoknya... siap around 9.30pm camtu. baru lah dapat belek anak. sian anak2.

aku kata kat zuel...  tengok si jiran tu... pukul 8pm dah hantar anak pi ngaji, kite ni pukul 8 baru sampai rumah. esok wyna cemana? pi sekolah, balik sekolah, siapa nak uruskan. jiran sebelah tu laju2 balik keje nak sampai rumah pukul 6 sebab anak turun bas sekolah depan umah....

hari ni dah selasa. Instint aku ni rasa macam tahun ni takde annual bonus. company zuel pun tak dengar citer bonus. zuel dah kusut hari2 consultant call, wassap, bising2 mintak payment. dah nak wat cemana? bukan cek tu laku pakai sain zuel... haha

member aku keje yang kat big company  yang kalau disebut nama company tu semua orang pun tahu... pun tak dapat bonus tahun ni.  so... kecik ke besar ke company tu, kadang2 situasi sama je. jangan ingat company yang ber-bos-kan seorang tan sri, berkawan ngan sultan tu tak akan ada masalah nak release payment, takde masalah nak bagi gaji besar, increment, bonus dan bagai2... kadang2 jawatan dalam company tu  pun tak boleh nak jamin.... macam MAS. 

No comments:

Post a Comment