01 February 2016

Review : Pump guna FREEMIE

Aku berangan nak pump dalam opis, tu sebab aku beli benda ni. Bagi yang belum tau, Freemie ni bukan datang ngan pump, dia cuma 2 ketul mangkuk yang bole dipasangkan dengan kebanyakan jenis pump.

tujuan freemie ni untuk memudahkan mak2 ngepam tanpa baju terselak. slogan dia pun “pump with your shirt on” haaa.... so far aku rasa laa tak ramai lagi mak2 yang pakai freemie ni. kalau  kat opis ada kemudahan surau / bilik untuk bf mommy, tak payah ada freemie dah... tapi macam opis aku ni, open space. tak bole curik masa nak pegi pump sorok2.

Nak share cerita...
Aku beli freemie preloved like new saja.. aku dapat harga paling murah la setakat yang aku dah survey. Alhamdulillah rezeki. kalau nak beli yang brand new memang mahal ler bagi aku, nak lagi di zaman kegawatan ekonomi neh. and...mmg macam baru sangat. Owner kata test kejap pastu tak guna sebab tak pandai. Dia beli bulan 10, manufacturing date aug 2015. aku beli bulan 12. so, sebelum naik keje, aku practice kat rumah, how to pump sorok2 tanpa selak2 baju bagai... dan tanpa orang perasan.

tapi dah 2 minggu aku naik keje, tak pernah pass pump kat opis pon! haha. hari tu aku baruuu je on bpump, daah ada customer datang nak kutip barang dia. masa tu lunch time, person in charge keluar makan. meja aku lak 2nd row dari pintu opis, so sesiapa yang masuk mesti jumpe aku dulu kalau opismate yang duduk kat 1st table takde.

aku ada join fb group “freemie user malaysia”. tak ramai member lagi... baru berapa ratus je. rupanya kat dalam tu banyak user yang buat troubleshooting freemie sebab freemie ni ada masalah sikit.

Kekurangan :
- suction tak sekuat dibandingkan dengan guna corong pump. ramai user yang mengadu hasil susu berkurangan atau susu macam tak habis keluar berbanding guna corong pump asal. ada yang tak keluar langsung, ada yang dapat sikit. aku pulak, hasil susu ok tapi yeah... kalau compare ngan guna corong, susu terhasil lebih cepat dan lebih banyak bila guna corong. ada beza dalam 1oz. cuma buat masa ni stok susu Syahmi Alhamdulillah, so aku cuba tanak risau sangat.

Anyway, kadang2 tu bukan risau pasal stok ebm, tapi risau pasal kalau susu yang dihasilkan makin kurang, takut kalau lama2 susu kering. sebab tu  mak2 concern kalau susu drop sikit.

antara troubleshooting yang user buat untuk kuatkan suction macam guna corong :
- pendekkan tube
- tukar valve kepada valve madela
- guna satu saja antibackflow

ramai user komen, kalau guna valve madela, suction jadi lebih kuat.

- takde penutup corong. so lepas pump, tak bole terus simpan dalam peti atau cooler. mesti tuang dalam storage ebm terlbeih dahulu, kemudian baru bole simpan. tak bole tonggang terbalik, mudah tertumpah dengan bentuk “bowl” tu... kalau pump guna corong, lepas siap pump, tutup corong, bole terus simpan ngan corong atau.... bukak corong, pasang penutup botol, dah bole terus simpan. 

- oleh sebab di atas tu jugak, tak bole nak pump guna freemie dan terus bagi baby minum. kena tuang dalam botol susu dulu. mungkin kurang sesuai bagi mak yang fully pumping. yeah... aku pernah terpaksa pump aje masa wyna belum dapat direct feed dulu. masuk restoran, pakai shawl bukan pasal nak NIP (nursing in public) tapi aku PIP - pump in public. lepas pump, pasang teat, terus bagi baby minum.

- perlu teliti ketika menguruskan ebm dari freemie. risko mudah tertumpah, mudah meleleh. memang selekeh. itu aku la. user lain mungkin ok je. masa awal2 guna freemie, aku kena praktis macamana nak tuang susu dari freemie tanpa meleleh / tumpah. then lepas tuang tu mesti nak kena lap saki baki titisan susu tepi freemie tu.

- masalah bunyi bubble... bila pump, bunyik blop! blurp! blop! blurp! mula2 sangat annoying, lama2 dah tak kuasa aku nak betulkan. Dah ketatkan segala parts pun still ada bunyi bubble. Tapi bunyi bubble tu hilang kalau tak pasang anti backflow pastu suction lagi mantap tapi risiko susu akan tersedut masuk tube. Lagipun ramai user yang alami bunyi bubble ni...

Kelebihan :
- part yang sangat mudah nak cuci. takde celah2 selok belok yang susah nak dicapai dengan span atau berus.
credit to http://stavishclan.com/

- pump sambil tutup baju. tak payah sibuk nak pegang2 botol atau takut botol terjatuh... hihihi. bila dah mampu pump dalam keadaan baju tertutup, senyap, handsfree, apa lagi yang tak best? walaupun ada beberapa kekurangan freemie ni, tapi oleh kerana freemie takde saingan seumpamanya, so benda ni memang terbaiklah!

No comments:

Post a Comment