20 February 2016

Perempuan dan Periuk

zuel : syg macam tak kisah pun nak beli-beli periuk...? macam arwah mak dulu selalu beli periuk2...

aku : nakkk.... tapi takde bajet. syg nak periuk yang lepas masak bole terus hidang atas meja... haaaa.... yang ada corak2 tu ke.....

zuel : errkkk.... laaa beli periuk cap buaya tu je dah laa... arwah mak selalu jee beli periuk camtu

aku : ermmmm.... kalau takat nak beli periuk aluminium baik pakai je apa yang ada kat rumah. tak payah ler nak buat koleksi pun... 

aku tergelak. 

maaf. jangan kecam aku. bukan kondem pasal periuk aluminium cap buaya yang zaman nenek2 kite pakai dulu. aku tergelak sebab zuel expect aku nak buat koleksi periuk belanga camtu. periuk cap buaya atau kuda belang pun mahal jugak ler weih... tapi tak boleh terus buat mangkuk hidang...  aku percaya mak2 zaman sekarang tak kumpul periuk tu. diorang kumpul vision ke, pyrex ke, corningware ke... siapa yang terlebih2 mampu, bole la collect periuk Le Creuset! haha! aku bukan tak minat tapi buat masa ni takde bajet... kang aku pakai periuk tu, orang ingat aku golongan ada-ada pulak, padahal nak beli pun main kutu berbulan. Kah! Orang asek dulukan keperluan orang lain memang camni la gaisss... kerja beriya pun tak dapat nak reward diri sendiri. eh! tetiba...

orang dulu2 lain laa... macam arwah mak mertua aku tu, memang la suka beli pastu simpan periuk2 camtu sebab arwah expect untuk diguna pakai kalau buat kenduri. keluarga zuel besar la jugak... ada 7 beradik, kalau nak masak ramai2, memang pakai periuk besar tu.

masa kitorang kawin dulu, siap arwah tinggalkan jap periuk besar yang orang selalu guna buat masak lauk kenduri kawin tu... kat kampung ni lagi la banyak saiz ada... mak aku je takde periuk camtu. mak aku dah moden sikit, keluarga pun 4 ketul je. tak pernah buat kenduri kat rumah. takat open house je ada la, itu pun separuh hidangan kita order catering je. so aku sendiri pun dah terbiasa macam tu.


jap lagi masak tak sedap, tak memasal kena serkup dengan periuk!

noted : masak guna apa pun tetap sedap kalau memang pandai masak. sembang2 aku ngan laki sendiri tu cuma sekadar provokasi. tiada kaitan dengan periuk punca masakan sedap. k bai!

No comments:

Post a Comment