18 February 2016

Bila kakak dapat adik, apa reaksi?

ada beberapa orang yang bertanya... cemana reaksi wyna bile dah dapat adik?

excited?
jealous?
marah?
protest?

sebenarnya aku tak pandai nak cerita. sejak aku pregnant, bila perut aku dah ketara memboyot, aku cakap kat wyna... dalam perut ibu ada baby. aku amik tangan dia...suruh pegang2. masa tu wyna baru nak masuk 3 tahun... maksud aku, umur sebenar dia 2 tahun lebih, tapi belum sambut birthday yang ke-3...

wyna paham atau tak, itu aku tak pikir sangat. aku anggap je, budak memang paham kita cakap, cuma kite je rasa dia tak paham. orang tua2 selalu kata, budak kalau nak dapat adik, dia boleh rasa dulu.... so aku anggap naluri wyna dah tau....

sepanjang perut aku makin kedepan, wyna cuma tunjuk reaksi positif. hari2 pegang, hari2 cium2 perut aku pastu panggil “baby...baby...” itu pun kami ler yang ajar. aku rasa budak dalam perut ni lagi kenal suara wyna dari suara aku. hmm yeah. actually, aku agak kurang bercakap ngan baby dalam perut. masa ngandung wyna lagi aku tak bercakap sangat. rasa awkward, pelik. tak tau nak borak apa.

aku belajar cakap ngan baby tengok zuel cakap2 kat perut aku... iyelah, doktor baby kata, kalau kite bercakap ngan baby dalam perut, baby lebih bijak. baiklah. tapi anak dah keluar pun aku tak pandai borak ngan baby, ape lagi buat bahasa baby, rasa ehh pelik. mungkin faktor aku ni tak pernah tengok mak aku mengandung... haha. aku ngaku la.. aku bukan jenis pandai layan budak. jaga budak reti. layan tak reti. ada beza tu. so amik masa nak serasi bila dah ada anak sendiri. takde laa sampai besar aku tak bercakap ngan anak aku tu...

ok... masuk anak kedua ni, dah reti la selamba buat bunyik tah ape2... tak malu dah buat mimik muka tah apa2 nak agah2 anak sendiri. baru la rasa keibuan gitu.... cite pasal aku lak... balik hal wyna...

masa aku bersalin, aku tinggalkan wyna dengan babysitter. tido satu malam. mak aku tak pernah tido ngan wyna, so aku tak berani nak letak wyna kat mak aku. bukan aku tak percaya kat mak aku... aku takut kang kalau malam2 wyna  carik aku, payah.... lagipun mak aku meniaga malam2... letih nanti. kebetulan, kawan wyna yang sama2 duduk ngan babysitter tu pun bermalam jugak sebab parents diorang outstation... so wyna ada la kawan... bayangkan sayu ke tak sebagai mak ni... bunyik kereta je petang2 time aku selalu amik dia, wyna suruh bukak pintu. sampai ke malam, asal dengar kerete berenti je, suruh bukak pintu... dia ingat aku datang nak amik... kesian laahai anak!

lepas aku bersalin, babysitter wyna antara orang terawal yang dapat gambar adiknya... akak tu cakap... bile diberitahu, itu adalah baby - adik wyna.. dia senyum, suka dan cium gambar dalam henpon tu. bila kami jemput dia masa aku dah discharge, wyna mula2 macam awkward jugak... tetiba ada baby kecik yang mak dia peluk. tapi takde langsung reaksi marah ke, jeles ke... tak kasi pegang ke... sekejap je dia dah dapat terima kehadiran baby baru... malah wyna dapat tunjukkan kasih sayang sebagai kakak dengan suke cium banyak2 kali. sampai kadang aku yang marah sebab baby nak tido...

dalam 3 bulan umur syahmi, aku nampak wyna ada usaha nak jaga adik dia... mungkin melalui pemerhatian orang2 keliling termasuk kami. kalau syahmi muntah, wyna tolong lap. kalau tak mampu lap... dia pun bising “eeee! kuar! kuar! ibu... syahmi kuar!” (keluar muntah / air liur)... pernah nampak wyna tepuk perut syahmi agak kuat... aku yang panik. tapi agaknya dia nak tidokan syahmi tu... tengok orang dok tepuk2 agaknya. atau terletak bantal atas muka syahmi.... wooo woooo.... so belum bole tinggalkan wyna dengan syahmi. dia belum paham sepenuhnya. niat baik. cara salah.

begitulah kisah wyna menerima syahmi dengan begitu terbuka dan teruja. kalau orang datang acah2 nak amik syahmi pun dia tahu tak boleh bagi. semoga wyna jadi kak yong yang pandai jaga adik2nya kelak. aamiin.


2 comments:

  1. ok..terkejut tgk pic wyna.. nampak dh besar! dh cerdik pon...
    klu khayla...kite cakap.. "perut ibu ade baby"
    dia buat muka selamba.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... nanti lama2 dia paham la tu...

      Delete