19 January 2016

Kindy Survey

awal pagi lepas hantar anak2 kat pengasuh, kitorang sembang pasal sekolah wyna untuk tahun depan. puncanya aku citer kat zuel, tadi aku nampak budak sekolah rendah bawak bekal mangkuk stainless steel 2 tingkat, lepas tu dok melarat bukak cite dulu zaman aku pegi sekolah rendah bawak bekal jugak.

kitorang decide hantar wyna masuk kindy masa umur 5 tahun. sebab tahun ni aku sendiri pun belum bersedia dari segi kewangan (well.. kalau nak citer memang sedeh! haha) tahun ni wyna akan masuk 4 tahun, laa ni dalam proses cerai pempers dan susu. aku memang tak strict sangat dalam memaksa anak cerai pempers ngan susu ni.. Bila wyna dah betul2 boleh faham ape yang aku cakap, baru aku train cerai pempers. Hasilnya sehari dua je wyna dah pandai pegi kencing sendiri, nak cebuk sendiri. aku pun tak stress nak bersihkan kalau ter”eksiden”... lagipun tips2 yang aku baca, kalau nak toilet train anak ni kena time cuti at least seminggu ke... so masa dah hujung2 cuti berpantang tu, aku try toilet train wyna.

sembang punya sembang, zuel mintak aku gi buat site visit kat kindy yang dekat ngan opis kitorang. sama ada opis aku atau zuel. tapi actually opis kitorang takde la jauh. Di pertengahan antara area opis aku ngan zuel tu ade la beberapa jenis tadika, kitorang highlight 2 jenis franchise kindy yang Islamic concept, dekat ngan opis dan menyediakan full day preschool. mak pak yang kerja macam kami yang keluar gelap, balik umah pun dah gelap, terpakse la anak dok preschool sepanjang hari. 

masuk opis je, sementara takde kerja, aku google fees 2 tadika tu. Yuran untuk fullday preschool tak murah bagi aku... tapi yerla, dah anak kau duduk kat situ sepanjang hari, dengan belajar, dengan makan minum, dengan buku2nya, dengan uniform, beg apa bagai, ko nak murah celah mana? kalau hantar preschool saja tanpa daycare pun sama jugak kos monthly fees + upah pengasuh + duit transport tadika ke rumah pengasuh = fullday fees.

nanti boleh la buat site visit pulak, tengok2 cemana kindy tu. jadik tahun ni boleh la bukak satu lagi tabung - Tabung daftar sekolah Wyna. Moga tuhan murahkan lagi rezeki anak2 aku. Amiin

2 comments:

  1. tahniah...potty train wyna..tggu khayla plak.. hukhuk...:/

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole... nanti time awak pantang cer try.. lagi en faris ada bole tolong train hehehe

      Delete