17 December 2015

Update blog

Sebenarnya banyak je benda nak tulis kat blog ni. Blog aku ni macam jugak diari... aku suka nak tulis apa yg aku terpikir, terbuat, terasa dan segala ter ter terr...

Tapi masa tak mengizinkan. Ada masa terluang pun, aku ada benda lain yang nak settle. Sekarang lagi kerap aku update blog guna android jer sambil susukan anak. Elok la tu...esok syahmi beso jadi penulis blog lak. Eh!

Filem
Skrang ni tengah hot pasal filem star wars. Fb, wasap... tweet... tv lagi la... lama2 aku pulak yang rasa kuno je sebab tak pernah follow, tak minat. Sampai aku tanya adik aku ngan zuel "best ke star wars? Semua org sibuk ngan star wars"... sampaikan cornflakes bagi bekas robot free dengan pembelian cornflakes tu pun cepat gila sold out. Mana tau? Aku baca status member kat fb. Agaknya yang tak pernah sarapan cornflakes pun beli jugak semata nak bekas robot tu...
Bukan aku tak pernah tengok... aku pernah tengok episod2 yang keluar kat tv tapi entah... cam boring je? (Abes fan star wars "booooo" kat aku kalau baca ni)

Berpantang
Hari ni hari ke 32. Ada lebih kurang 2 minggu lagi tapi kadang2 aku dah macam bukan orang dalam pantang. Yang tinggal pantang makan minum, pantang keluar berjalan... itu pun bab makan tak la strict. Dah masuk minggu ke 3 berpantang, aku dah bedal je nasik yg dipanaskan, bihun sup, coklat sesikit, vitagen sesikit... makan roti gandum sapu nutella.. pastu bising sorang2 berat lum turun lagi 10kg...

Apa lauk ada dalam peti, aku reheat dan makan je. Tapi aku doalah, mohon jangan jadi pape, bentan ke, baby kembung ke, dengan niat tanak bazir apa rezeki yang ada. Kalau aku tak makan, siapa yang nak habiskan... nanti terbuang masuk tong.. ada orang lain yang susah, makan nasik kosong, makan nasik ngan minyak... Allahu...

Bengkung pun dah tak pakai lah... dah fefeling perut tu konon dah kempis laa padahal muncit lagi. Tapi size muncit ni memang dari sebelum aku kawin pun. Kes kecik2 suke makan sulam air, dah tua sikit, lepas makan terus minum air atau minum ice. Kena buat sit up pulak kalau nak dapat flat tummy.

Tapi dalam pantang ni aku tak catu air. Haus, aku minum je air masak atau air suam sampai ilang haus. Aku bf koot, nak berpeluh banyak koot, ni minum 2-3 liter air sehari pun jarang pi kencing, lagi pulak kalau catu minum air, mau dehydrate kang... tak dapat bayang kalau nak telan ubat 2-3 bijik dengan air secawan je. Mau tersekat ubat kat esofagus.

Stoken masih pakai sebab kadang2 kaki sejuk. Tapi kalau rasa kaki tu bahang je, aku bukak je. Baju sejuk pakai waktu tido. Dahh aku pun tido ber-ekon segala sebab zuel ngan anak2 panas. Aku ngalah je la. Cuma kadang2 tu geram jugak kalau ekon kuat sangat. Zuel takpe, banyak lemak. Kaaahhh! *kena mintak mahap niii

Tu la dia kalau dah berpantang sendiri, takde orang nak monitor. Kalau ikut teringin ni, nak la merasa berbengkung bertungku sampai 44 hari siap tangas tapi aku nak orang buatkan. Aku nak duk belek badan, belek anak je... bole? Banyak cantik macam permaisuri beranak pulak yer. Kalau duit berkepok, bole la hire je confinement lady. Nak hire sampai 2-3 minggu mau beriban... tapi ada gak cecita nak menabung untuk bayar CL bila beranak no 3 nanti. Keluar anak no 3 nanti nak pantang sendiri aje *nifas lum abes, dah berangan beranak no 3... ceh!

Apa xtvt aku kat umah? Makan, tido, susukan anak, pam susu... kalau rasa sihat, kemas sikit2... basuh baju, sidai baju... tapi benda berat berkilo2 aku memang tak berani angkat macam baju sebakul. Bakul baju baby je aku angkat. Aku takut peranakan turun banyak. Dah ler tak berpantang ketat2 sampai 44 hari... nanti ujung pantang, nak urut pastu sengkak lagi...

Review
Aku nak review malish ilaria dengan freemie tapi tu la... lom ada masa yang betul2 tenang. Nak review kena ada gambar skali, baru la sedap baca...

No comments:

Post a Comment