12 December 2015

Komen pasal Ubat Bersalin NR

aku nak share pengalaman guna 3 benda penting dalam produk bersalin NR yang aku guna...

macam yang aku tulis kat entri lepas, aku tak beli complete set bersalin tapi aku beli loose item yang penting je. bila dah guna few items NR ni, in future, aku rase ok jugak la kalau amik complete set nanti. ceh... dah sebut "in future" kooo!
AKAR HERBANIKA
Aku beli kotak besar 30 uncang. sehari lepas bersalin, aku terus minum air akar herbanika ni. masa berpantang kat umah mak aku, mak tolong rebus uncang akar herbanika tu sebelum masuk dalam termos. bila dah balik pantang kat umah sendiri, aku rendam je uncang tu dalam termos dengan air mendidih. dua2 cara pun bole aje... 

air akar herbanika ni memang terbaik untuk buang angin dan panaskan badan. awal2 minggu berpantang tu, lepas minum air akar herbanika, aku kerap sendawa atau kentut. baby syahmi pun banyak kentut jugak. pada tekak aku laa, rasa air akar herbanika ni sedap, aku bole jadi ketagih, nak2 kalau campur madu. rasa dia macam teh herba. Tapi kalau tak campur madu, rasa macam air ubat periuk jugak, pahit2 payau gitu. kalau takde madu, aku bole je minum kosong camtu, tapi lambat la nak abes. Aku minum sikit2 sebab pahit jugak kalau airnya pekat... 

MINYAK HERBANIKA.
Kalau baca review orang lain, ramai kata bagus. Pada aku okey je... sebab bab sapu luaran ni aku memang jenis kurang nak sedar apa2 perubahan. minyak ni tak panas, tapi berangin. mak aku yang tolong lilit bengkung pun bole pedih mata kalau dekat sangat ngan aku.... lepas sapu minyak herbanika satu badan, aku mesti pakai baju sejuk, off kipas sebab tak tahan macam kesejukan pulak. tapi lepas tu okey lah...
PHYTONATAL
mula2 aku rasa tak payah la beli phytonatal ni. rata2 aku baca review pun just mention fungsi utama dia untuk lawaskan pembuangan, elak sembelit. tapi hari tu aku ada citer pasal darah nifas yang masih banyak lagi belum keluar sampai sakit kat bawah perut tu.... then nifas aku tak betul2 lawas. aku pun tak sure apa jenis herba atau makanan yang bole lawaskan nifas. tapi aku ada baca artikel kak ice (aishah BBC) yang phytonatal ni boleh lawaskan darah2 yang sepatutnya keluar, so aku pun beli je la... lagipun baby syahmi dah nak masuk 3 minggu dan dah takde jaundice.

rasa pil phytonatal ni takde la teruk sangat. ada rasa manis2 herba kot. Disarankan telan dengan air herbanika. First effect memang melawaskan pembuangan. Rasa macam smooth je sisa kumbahan dalam usus ditolak keluar... hehehe... memang lega. Sebelum aku makan phytonatal ni, ada jugak membuang tapi tak la hari2... hampir seminggu 1-2 kali je kot. Sebab agak seriau nak gi berak pun yer... aku bukan risau pasal luka jahit tu...  cuma aku risau kalau peranakan turun sebab meneran sisa kumbahan...huhuhuh. 

Lepas aku amalkan phytonatal ni sekadar 2 biji sehari, aku lebih kerap dan senang ke jamban. Darah nifas pun still keluar walaupun dah tak banyak tapi masih ada... at the same time, syahmi ok je..takde sign cirit birit sepanjang aku makan pill ni....

Overall pada aku produk ni bagus bagi orang yang boleh serasi... 

No comments:

Post a Comment