25 November 2015

Jangan "sengkak" perut ibu baru bersalin

semalam aku ada appointment dengan O&G dan paediatrik. so check up baby ngan mak baby. tapi punya laaa berejam. check baby sebelah pagi, check mak baby, petang.

baby Syahmi overall okey. Jaundice pun dah takde. Alhamdulillah. tapi yang tak berapa ok omaknya lah...

aku mengadu kat doc pasal bawah perut aku agak sakit terutama bila berjalan. pernah kat rumah aku berjalan sambil ampu bawah perut. so doc pun scan, dan nampak masih ada banyak darah yang tak keluar habis. sebab tu aku sakit kat bawah perut, dimana letaknya kedudukan rahim....


doc tanya "masa urut, ada urut perut ke?"

huhuh... ya ada. aku berurut hari ke 4, dan kakak tukang urut tu terus "sengkak" untuk naikkan rahim. sekali tu je la dia buat. esok dan lusa (urut 3 hari) tak buat dah. Doc cakap, rahim betul2 kecut dalam 16 hari. dalam waktu rahim masih bengkak, tak boleh urut sebab bole jadi punca pendarahan, atau darah tak keluar habis. ada sorang patient dia baru je discharge sebab kes macam ni tapi lebih teruk la, sampai kena warded.

so doct bagi aku ubat untuk cairkan darah. aku baru makan sebiji lepas dinner, malam tu, terus penuh pad aku. kalau tak... darah nifas aku sangkut2 macam dah nak kering, padahal baru seminggu bersalin. takkan sekejap sangat. 

mungkin ada yang kata, mungkin aku tak bertungku? nope. aku buat jugak tuam, bertungku walaupun tak la disiplin sangat, tapi aku yakin ni mesti pasal sengkak rahim, tu yang darah masih ada. sama ada berlaku pendarahan atau nifas terus sangkut nak keluar habis....

next time, bila berurut lepas bersalin, tak payah la buat sengkak rahim ni awal2... 

3 comments:

  1. awlnya org tu sengkak..bahaya tau...
    sy dulu sengkak lepas seminggu. urut 3 hari je. tp lepas seminggu tu dia dtg sengkak..nasib baik awk tnye doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha... sepatutnya tak leh sengkak awal2... saya ni mana ler tahu kan... patut bidan / tukang urut lagi tahu kot...

      mmg kena bagitau doctor la sebab memang sakit kat situ...

      Delete
  2. Sebaiknya sengkak dilakukan selepas pantang. Bila darah nifas dah betul2 kering.

    ReplyDelete