28 November 2015

Berpantang Sdn Bhd

Akhirnya aku dah balik rumah sendiri... yeay! err...dah seminggu pandai2 pantang sendiri... hehehe
"Home sweet home" laa konon bila melangkah masuk rumah padahal yang terbentang depan mata tu rumah yang bersepah macam kapal nak karam...

Tapi tak karam pun kannn.... So chillax jer lah. Buat tak nampak. Itu pun kira okey jugak lah sebab aku sempat vakum waktu cuti awal sebelum bersalin tu +- 2 minggu lepas. So habuk2 tu kurang laa sikit...

Aku balik dalam tengahari lepas lunch kat umah mak aku. Aku ni bukan la jenis rajin sangat sampai tak bole duduk diam. Cuma aku nak territory area (tempat aku lepak abeskan masa) tu terurus sikit. Contohnya bilik tido.

Sebahagian bilik tido aku ni jadi tempat wyna main... ada meja blajar dia, ada rumah mainan dia... wyna pun hangkut mainan yang kecik2 sampai bersepah atas lantai. Memang tempat kami habiskan masa bersama selain kat hall.

Bila aku pilih nak berpantang dalam bilik, 1st, zuel alihkan semua barang2 wyna tu letak kat family hall. Pastu zuel bawak semua beg ngan barang2 yang aku bawak masa berpantang kat umah mak aku tu longgok semua dalam bilik. Bila baby Syahmi tido je, aku pun berkemas pelan2. Barang keperluan baby macam pempers, bakul botol ubat, kapas, tisu, minyak etc... aku letak kat sebelah katil, senang nak capai time nappy change atau lepas mandi. Barang lain yang dah tak perlu tu, masuk lemari.

Rasa macam lega sikit bila dah balik ni, rasa lagi selesa. Bole tido kat katil sendiri beralas bantal favorite. Dah tak payah pikir pasal nak masak pastu angkut air panas untuk mandi, tak risau pasal baju yang limited... zuel pun tak payah bawak balik bawak datang baju2 aku since mesin basuh kat umah mak aku pun rosak. Takde la susahkan mak aku basuhkan baju baby guna tangan lagi. Kita sebagai anak ni kadang tanak susahkan mak bapak tapi mak bapak ingat anak2 tak sudi nak stay ngan diorang...

Tapi berpantang sendiri ni mencabar bagi orang yang susah nak disiplin. Aku bab makan bole control tapi bab bangun awal, mandi awal pagi, pakai bengkung, makan on time... itu ikut sempat aku lah. Tak bole nak bajet rutin harian... depends pada baby... wyna pulak aku hantar je kat babysitter. Aku pun bole rehat, wyna pun makan pakai terurus, ada kawan bermain.

Biasanya, pagi2 lepas zuel pegi keje, kalau baby masih tido, aku gi masak nasik sebelum aku mandi. Zuel cuma masak lauk je, ntah kenapa ye dia tak masak nasik skali, aku pun tak tanya. Lepas mandi, aku sendiri la sapu minyak, pakai stoken, pakai bengkung, kalau sejuk aku pakai cardigan. Dah ler aku pakai bengkung lilit panjang berjela tu... kalau sampai 44 hari duk membelit bengkung, bole naik muscle lengan aku neh... itu yang kalau datang mood malas atau baby dah bangun merengek, maka tak berbengkung lah aku pada hari tu...

Bila baby bangun, aku mandikan je dalam sink bilik mandi. Dah siap pakai baju apa semua pastu aku bagi susu sampai dia tido, baru la aku sarapan. Kuncinya, lambat bersiap, lambat lah aku bole makan.
Ada masa baby tanak lepas melekappp je. So terpaksa la aku bagi isap puting walaupun baby macam tak suka. Asalkan baby diam. Syahmi ni bukan tak kenyang susu, minum susu sampai muntah susu dah sebab overfeeding... cuma dia nak tido tu nak nyot nyot je... sementara aku siap mandi dan makan, aku bagi la syahmi hisap puting dulu....

Dah siap semua benda2 penting, baru la aku melepak tengok tv sambil layan syahmi dengan aku sekali join tido. Bab kerja rumah, basuh baju, masak, tu semua zuel buat. Ada laa sekali aku basuh pastu sidai baju. Tapi bakul baju zuel angkat la. Kecuali baju baby yang tak berat tu bole la aku angkat...

Dalam berpantang ni memang bagus kalau kita cuma rehat dan layan baby je tapi kalau takde sesiapa yang bole jaga kita selama 44 hari berpantang, terpaksa la buat sendiri... cuma 2 minggu pertama tu memang kena ada orang jaga kita sebab kita tak kuat lagi, nak mandikan diri sendiri pun terhegeh2...

6 comments:

  1. baby lelaki mmg kuat mnyusu org kate... betul ke? mcm anak adik sy pon same.. umo 2 bulan, susu 6oz.. seram okeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang kata camtu... wat masa ni siang hari yer baby banyak nak melekap... jadi saya pun melekap saja di atas katil... haha... malam baby tido nyenyak lak

      Delete
  2. usaha tangga kejayaan..
    afr dlu kerap melekap..sudahnya aku dukung jer kalau nak gi memana.. pasal tue dlu ada beg kantung ..dalam beg kantung ada afir.. T_T kekekekek bye selamat berpantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beg kantung cemana ko wat... aku ada kain batik lepas tapi lom tengok tutorial nak buat kain gendong

      Delete
  3. Anak lelaki ni paling mudah kena kembung perut so cara atasinya kena baca blog yang berkaitan dengannya :)

    ReplyDelete