14 November 2015

Aku susah, ramai lagi orang yang lebih susah


aku rajin jugak ushar2 barang pre-loved atau dalam bahasa mudah, barang terpakai / second-hand kat mana2 fb group atau mudah.my

2nd pregnant ni, untuk barang2 ibu dan anak, cuma breastpump je yang aku beli pre-loved. itu pun condition masih sangat2 baru. bukan sebab aku tak mampu beli yang baru, cuma masa wyna umur berapa tahun, ntah aku pun dah lupa, aku pernah let go barang2 baby macam breastpump, baby swing, walker, stroller, bottle warmer.... ehh banyak gak aku jual barang yang aku rasa dah tak perlu. lagipun masa tu ada la nak pakai duit sikit2... that's why kali ni, mana2 yang tak perlu beli barang baru, tak payah ler beli.... cari je "preloved but like new".... takut kalau aku bukannya pakai selamanya....

aku ada la join closed group yang jual barang2 baby preloved. kadang2 tu rasa insaf baca posting2 orang lain yang memerlukan sesuatu barang mostly nak beli untuk anak tapi tak mampu nak beli yang baru.  belum lagi masuk yang kena tipu ngan fake seller....

dalam group tu, kalau aku berkenan nak beli barang murah pun, tengok keadaan la.... pada aku tak payah la nak berebut kalau mampu beli yang baru.... bagi la peluang pada yang betul2 memerlukan. ini kadang2 orang nak murahhh je, bukan tak mampu beli yang baru pun, tapi memang jenis kemut.... kita semua tahu berapa kemampuan kita kan....

aku paham dalam ekonomi skrang ni, kalau bole semua kita nak jimat... tapi kalau kita yang masih berkemampuan ni pun nak berjimat, bayangkan orang yang betul2 susah, macamana diorang survive?

aku ada satu baby sling ni, zuel beli lepas wyna lahir sebab nak dodoi dia tido dalam gendongan... nak ikat kain batik jawa tu tak pandai. tup2 balik kerja, zuel beli benda ni. tapi pakai kejap je, lepas 2-3 bulan, tak guna dah... tersadai laa dalam kotak 3 tahun.... 

aku pikir macam nak buang je. nak bagi orang.... baby sling ni sebenarnya tak elok, takde safety untuk baby. lepas tu dah kotor kat bahagian kepala dia. tak sampai hati nak jual. so aku cuba je la offer FREE kat member group tu.... itu pun rasa serba salah...

tak sampai 5 minit aku upload, 22 like, 5 pm masuk bertalu.... minta bagi kat diorang... diorang nak sangat. Ya Allah sentap aku rasa. tapi aku terpaksa la bagi kat orang pertama komen dan pm aku... 


tengok budak ni, nak dapat anak sulung pun bagi anak pakai barang2 terpakai je... aku ni, wyna tak pernah mintak mainan macam2, jauh sekali berguling nak jugak dibelikan, tapi aku atau zuel saje je beli jugak... nak tengok anak happy, main dalam rumah. 

akhirnya baby sling tu selamat dah aku pos tadi. takat belanja kos postage yang tak sampai sekilo, apa sangat la... sedekah je la. moga2 jadi asbab aku mudah bersalin nanti....  aku pesan kat dia, kalau dia tak berkenan, harap dia upload semula dalam group sebab ramai yang berminat nak baby sling tu... kesian kat diorang.


4 comments:

  1. sedihnya tgk pm dia tu.. bila baca ape awk cakap ni, btul jgk..
    sy ingt sy susah, tp ade org lg susah..
    teringat 1 post dekat group brg2 tpakai yg sy join..asal ade org sedekah/bg free je, ade sorang minah ni mesti nak. katenye nak bg kt anak buah..
    mulanya x kisah la. tp lame2 perasan, org sedekah baju berbundle2 pon dia amik.katenye nk bg anak buah (ramainye anak buah?)

    last2 kantoi dia beli dan jual balik kt orang. org nampak dia post item tu kt group lain. tak baik betul bt mcm tu. padahal ade org lain yg susah, yg lebih berhak ke atas benda tu...hmmm.. manusia..muka kkadang suci pon, tp kencing org je keje.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..saya baru baca ststus admin satu group barang2 preloved ni.. dia warning kat someone yang buat perangai tu lah... mintak free dari group lain pastu gi jual balik kat group lain...

      Diorg ni langsung tak takut ye makan duit haram terang2an?

      Delete