25 November 2015

15-11-15 Episod 2

ala... macam tak biasa je baca karangan orang bersalin separuh-separuh part kan... yela, tengah2 taip, tetiba baby bangun nak BF lak... =D

*tengok baby Syahmi hekk..ehekk... hekk tolak bedung dia.... aku ni kalau anak tak sampai tahap melalak lagi, aku bior je dia situ....

okey, sambung cerita...

esok nya Ahad = 15.11.15, terjaga dari tidur, aku berkalih badan ke kiri. Terasa macam ada sesuatu yang tak kena "dibawah" sana. macam perempuan yang mengalami heavy period, kan kadang2 tu bole rasa darah keluar, rite?

biasa memang ada discharge keputihan masa pregnant ni.... tapi rasa takkan la banyak sangat? Tak jadi sambung bergolek2, aku bangun ke toilet dan check, sah air ketuban ni! aku dah mula nervous, menggeletar + excited jugak rasa... aku inform zuel, dia pun terus bangun, ajak pegi hospital....

aku cuba bertenang, amik masa pegi mandi, bersiap, pack bekalan makanan, dan sidai baju yang aku basuh semalam. yela, kalau tak sidai sekarang, bila lagi nak sidai. lagipun tak sakit contraction lagi, so rileks dulu. kalau kelibut sangat, aku pun rasa nervous. pernah baca "no contraction, no baby". air ketuban tu tak la mencurah saja, tapi keep leaking. pakai pad siap2. 

siap load barang, kitorang hantar wyna gi rumah babysitter dulu. dalam kereta mula rasa sengal macam nak period, still consider tak sakit la tu...  baru semalam datang amik stroller ngan car seat, hari ni dah hantar wyna pulak. padahal semalam aku dah cakap nak hantar Wyna hari Isnin. hehehe

sampai hospital, parking banyak kosong. aku decide nak berjalan je ke bahagian emergency & admission. terus bagitau nak admit, air dah leaking. kerani tu tanya berapa weeks? "40 weeks" - aku jawab. barang2 semua tak bawak turun lagi...

kerani tu suruh duduk kat wheel chair, nak bawak aku masuk LR untuk buat VE, aku cakap "takpe, saya bole jalan"... rasa mengada laa pulak duduk wheel chair sedangkan aku masih tak sakit, bole jalan. lagipun aku pikir kalau jalan2 bole cepatkan bukaan. kerani tu jawab "ehh, tak bole puan, nanti midwives marah saya"... haha. ooo okeylah. duduk kat wheel chair, masuk LR. 

Bila dah ready je atas katil nak buat VE, terus air ketuban keluar banyakkk, habis basah semua. bayangkan kalau aku jalan kaki tadi...? kalau nak kata ketuban pecah, macam over pulak bunyiknya.. cuma air tu mengalir laju je keluar tapi banyak lah... midwives cakap dah bukak 4cm. dengan muka aku yang bole gelak2 tak sakit ni, so dia akan masukkan drip pitocin untuk cepatkan bukaan, sebab air ketuban dah leaking, takut apa2 jadi kat baby. 
dan oleh itu, aku tak dibenarkan berjalan... aku ingat, bole la jalan2 nak bagi progress bukaan serviks tu lagi cepat, nan hado... nasib baik masih dibenarkan makan minum dalam LR. biasa kita dengar / baca, dalam LR tak boleh makan minum kan? giler koo kalau tak bagi aku makan. keluar rumah tak sempat sarapan tadi...

sementara aku tergolek kat katil LR tu, zuel pegi la beli sarapan kat cafe. makanan kat cafe Columbia Asia ni bole tahan la sedap jugak. dia beli nasik lemak, sandwich ngan air milo... lepas tu amik kurma yang aku bawak kat kereta... makan la dalam LR sementara nurse siap2kan drip. Doctor average lagi 
3-4 jam. masa aku admit hospital tu, around 10-11 pagi lah.... aku dah terpikir "aduii lama gilaa baring 3-4 jam"

1st time aku kena drip pitocin ni. yang aku geram tu, midwives macam jaki je aku tak sakit lagi... 3 kali dia pi kuatkan drip pitocin. aku bukan ape... takut sakit contraction je kuat, kalau bukaan slow cemana? 2nd VE dia buat, masih 4cm. tapi Alhamdulillah la, progress bukaan tu bagi aku agak cepat. 2 jam lepas tu aku makin sakit, aku cakap kat midwives, ada rasa nak teran berak. kali ketiga VE dah 6cm, lepas tu makin cepat datang sakit. aku sempat guna contraction time apps kat henpon, aku tengok sakit datang 2 minit sekali dengan tempoh 45 saat. Huiii 45 saat kena tahan rasa perut memulas nak berak tapi tak keluar pape... camtu laaa

aku tak tau bile bukaan dah sampai 10cm. bile nampak doktor masuk je, aku dah lega. Yes, inilah masanyaaa... tapi nk teran keluar seorang bayi seberat 3.3kg tak mudah rupanya... masa wyna dulu aku ngelat.... guna bantuan vakum... push kejap, terus tarik pakai vakum... huhuhu. yang ni, aku rasa lebih 5 kali push baru baby keluar. itu pun dah cakap kat doctor "saya tak laraaattttttt" - ntah betul ke tak larat atau dah give up tahan sakit nak meneran ni tapi belum keluar jugak baby Syahmi ni.... bagus doctor ngan midwives 2 orang bagi sokongan moral suruh push jugak....

masa ni, takde guntingan episotomi dibuat, so memang terasa kulit "tegang" masa baby dikeluarkan. tanya la sape2... memang rasa legaaanya bile baby dah keluar. dari sakit tadi, terus excited nak tengok anak kita. doctor cakap, ada koyak sikit... sikit ajer. kena bius sebelum dijahit. 

lepas tu aku pun rileks je la tengok doktor ngan nurse selesaikan kerja diorang. masa proses keluarkan uri ngan jahit perineum tu, bukan sakit ape... cuma sakit terkejut2 kena inject ngan gunting - kecip kecip! aku ni tersebut2 "adui! Ya Allah! Adess!" haha...

dari admit tadi, aku tak tau aku dapat ward mana. memang aku terus masuk LR kan, so lepas dah siap semua, baru laa aku tau masuk wad mana. kali ni dapat double room, jiran sebelah aku seorang perempuan muda yang baru lepas operate sebab ada Cyst. single room semua penuh dan takde orang discharge, so aku tak dapat transfer. lagipun aku stay sehari semalam je, tak perlu dah single room.

aku mintak room in ngan baby supaya dapat bf terus. aku dah pesan kat nurse, nak fully bf. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kolustrum dah mula ada since aku amalkan urutan breast untuk lancarkan susu bila masuk 3rd trimester. 

itu je lah ceritanya... kali ni pendek je cerita bersalin adik Wyna - Syahmi. sebab ceritanya sehari ajer...

No comments:

Post a Comment