22 November 2015

15-11-15 Episod 1

Duduk disofa bersandar macam tuan besar. Berstoking, bercardigan, eh ini bukan berfesyen. Aku berkain batik, bersandar sebab tak bisa bongkok kerana bengkung jawa mengikat perut. Maka jalan la aku macam amoi jepun pakai kimono.... nak kempis perut punya pasal.

Yaa Alhamdulillah aku sudah melahirkan seorang lagi khalifah. Pada usia kandungan genap 40 minggu = 10 bulan. Syukur bersalin tanpa induce. Pengalaman baru, dapat merasa bagaimana rasa "turun tanda" bersalin secara semulajadi.

Masuk 39w 2d, aku terus unpaid leave. Memang sayang gaji kena potong. Tapi sayang aku hilang jiwa ke pejabat. Lagipun lebih baik duduk rumah, banyakkan pergerakan, berbanding 8 jam aku duduk melekat kat kerusi opis saja.

Selama 5 hari kat rumah, puas aku google membaca pelbagai petua, tips dari website dan blog dalam dan luar negara... aku ni hamba Dia. Usaha apa saja, tanpa izin Dia, tak menjadi jugak. Bermula dengan doa, hujungnya aku sertakan dengan usaha... manalah tahu kalau Allah beri izin dengan mana2 jalan usaha yang aku lakukan... Sampai ke tahap aku bernazar sebab aku memang sangat tak mahu "induce"!

5 hari sebelum tiba tarikh akhir untuk check in Ward :
- Buat senaman untuk memudahkan kelahiran. Siap tengok dalam utube malam2 sebelum tido... senaman ni aku dah buat start 3rd trimester lagi...
- makan GLA Complex sejak 38w.
- makan sekurangnya 6 biji kurma setiap hari. Biasa aku makan lebih sebagai snek selingan...
- minum Raspberry Tea Leaf. Ni pun order dah last minute. Tapi dalam minggu ke 39 tu, aku minum air masak ngan teh ni je.
- Jalan2 dalam rumah, turun naik tangga...
- Buat kerja2 rumah... Satu hari satu kerja rumah - vakum hall, bilik, cuci toilet... memang lencun dengan peluh je laa...

Kadang2 memang ada rasa tekanan kat bawah perut, tapi still belum ada tanda bersalin. Tiba hari sabtu 14 Nov 2015 tu, aku dah redha dah. So aku dan Zuel decide nak check in hospital hari Isnin berikutnya untuk proses induce.

Sabtu tu, kitorang pegi sarapan kat luar, pastu pegi amik stroller ngan car seat yang aku order dari member aku tapi aku deliver kat umah babysitter Wyna. Then pegi pos baby sling (entri kat bawah). Lepas tu Zuel bawak pegi hutan bandar... saja bawak aku "berjalan-jalan" kaki cuci mata kat taman tu... layan laa santai2 bagi ikan makan, sembang2... layan Wyna main kat playground... tiba Azan Zohor, kitorang pun balik rumah. Wyna tertido letih.
Sampai rumah, aku yang excited, gigih pasang stroller dan belek2 car seat. Zuel dengan "me time" dia layan PS4. Tak kisah la...dah separuh hari Zuel layan anak isteri. Bila aku dah letih, aku take nap. Aku bangun je, tengok2 Zuel dah attach car seat tu dalam kereta. Wahaha!

Malamnya... aku cuci baju macam biasa. Rasa tak rajin nak sidai terus, ingat nak sidai esok je. Aku siapkan 5 page custom album yang dah lama tertangguh. Aku plan nak siapkan sebelum masuk wad Isnin nanti.  Sebelum tido... aku tawakkal dan usaha yang terakhir - dengan bacaan Al-Fatihah dan selawat, aku telan 1 sudu besar minyak kelapa dara dan 1 sudu besar PEVOO (palestine extra virgin olive oil) diiring doa moga bukalah jalan untuk aku bersalin nanti.

Ok... Haidar Syahmi dah merengek nak susu... nanti sambung cerita.

4 comments: