27 October 2015

Perlu ke nak bertengkar?

Kat opis aku ni... dari segi environment sesama rakan sekerja tu tak la bagus sangat sebab selalu jugak ada gado mulut, tengking2, merempan sesama opismate. Yang bagusnya kalau dah gado tu, bole aje sembang elok balik macam takde apa2 berlaku.

Ya... selalunya isu pasal hal2 kerja la. Bila tak sefahaman atau cuba nak salahkan orang lain...
Ada sorang member opis a.k.a kawan teman pegi lunch ni jenis baran dan cakap lepas. Memang kuat melawan ngan opismate lain... ngan aku tak pernah gado la sebab aku tak carik pasal ngan dia.

Hari ni dia bertekak ngan amoi department lain. Orang lain semua diam...dia dua orang je dok memekik satu opis dengar. Pastu dia tanya aku :

"Kalau ko... ko jawab tak?"
Aku jawab la
"aku jenis malas nak melayan..."

Pastu dia cakap aku ni orang baik... bukan cam dia.... bla bla bla... tah ape lagi aku malas dengar... tengah concerntrate siapkan keje aku...

Mula2 macam sentap gak kena perli "orang baik"... aku dah macam nak jawab tapi takpe la...aku gelak je. Bagus la org ckp aku ni "baik"... harapnya itu doa untuk aku...

Sebenarnya aku tak suke gado mulut ngan org dalam keadaan marah dan sakit hati... sebab aku takut kalau aku TER-sebut ayat yang menyakitkan hati pihak lawan, yang melibatkan peribadi... Bukan aku tak pernah, tapi sebab pernah rasa menyesal terlepas cakap la aku semakin lebih berhati2 kalau nak menjawab waktu aku marah.... aku kenal diri aku, kalau aku marah nanti boleh tersasar kata2 asalkan dapat puaskan marah aku.... maka nanti bersorak cheerleading la para sekelian syaiton2...

Aku tanak camtu.
Nanti payah nak mintak maaf.
Biarlah aku diam.
Habis2 pun flip the table.
Tapi tak pernah pun flip table.
Habis2 aku hentak meja je.
K bai.

No comments:

Post a Comment