29 October 2015

Menuju 38 minggu

update 37minggu++... menuju ke 38 minggu. kalau baca macam dah sarat nau la kan, tapi kadang2 rasa macam ehhh lama lagi, ehhh ada masa lagi...

Barang2 untuk baby semua dah lengkap. cuma tak la selengkap masa wyna dulu. aku pick mana yang penting dan yang diperlukan selama berpantang kat umah mak aku aje. macam mitten booties, bedung, barut, alas getah, besen mandi tu semua pakai wyna punya dulu. baju pun tak banyak sangat kot. cukup la stok baju 2 bulan... bila nak sopim baju newborn ni, aku rasa pattern almost lebih kurang je la... nanti lepas habis pantang bole sopim lagi.

bag baby untuk dibawa ke hospital pun dah ready... Bag hospital ibu, lagi suku nak siap. which is aku masih tak decide lagi pakaian masa nak keluar spital nanti... huahuahua... ini kalau terberanak tetiba, ada tak complete baju kat dalam beg tu...

sebenarnya aku dok mencarik jubah2 yang tak payah gosok dan berzip atau butang depan. Tak payah berkain batik lagi kat hospital... masa bersalin wyna, aku pakai skirt labuh. Kalau tak jumpe jubah atau dress, pakai je la skirt...

Bag akademi fantasia ... (percaya... pada diri, dengan harapan dan keyakinan.....menuju ke bilik LR!) yaa... bukan aku nak pi perform AF. ini adalah luggage bag beso yang aku isi baju basahan aku, zuel dan wyna untuk stok 2 bulan berpantang kat umah mak aku. bag ni aku tak hantar awal2 lah, aku kemaskan aje. nanti lepas bersalin, baru zuel amikkan.... alaaah macam jauh je nak balik umah mak aku tuh... hihihih .... dah 4 tahun luggage tu, elok je lagi. mana tau 4 tahun? Sebab beg tu kitorang beli masa nak pegi honeymoon.... heeee

Bidan mengurut aku dah book 2-3 bulan lepas rasanya.... bukan apa, takut kalau lambat2 booking, dah full pulak. aku amik orang dekat2 area umah aku je yang boleh datang sendiri. jauh2 kang kena caj perjalanan... Tukang urut ni pangkat kakak2 ngan aku... Nenek yang urut aku masa berpantang Wyna dulu dah tak mengurut lagi...


Barang-barang kelengkapan berpantang pun dah lengkap. dari vitamin ke ubat tradisional komersial, makanan sunnah, minyak urut hingga losyen panas, serta bengkung moden, aku dah simpan kat umah mak aku.
Produk NR, aku pilih mostly untuk luaran kecuali akar herbanika, sebab ni macam ubat periuk. Nak harap aku telan ubat periuk hat rebus tu memang takde laa... (T_T).
Then aku telan pati HBSauda je untuk rawatan dalaman. Selain untuk ditelan, bole guna untuk sapuan macam param dan pilis jugak. Bole sapu kat baby untuk elak kembung. Kan multipurpose tuh...

Cuma masa awal2 tu kalau takut baby tengah kuning, bole telan dulu belen2 vitamin Shaklee. At least takde la lemau sangat lepas bersalin macam masa aku lepas bersalinkan Wyna. Nenek tu cuma bekalkan aku ubat2 tradisional lepas 2 minggu aku bersalin. Bayangkan ler.... memang lesu betul la...
Oh yer... tak lupa kurma, madu dan PEVOO pun bole jugak makan macam biasa lepas bersalin... ni pun ngabiskan stok2 supplement masa mengandung ni....

Yang bulat coklat tu ialah sabun lulur. dari pengalaman aku dulu, leceh nak pakai lulur serbuk tu, so this is the best solution. mueheheh

masa berpantang Wyna, takdenya aku pakai bengkung lilit tu sampai ke 44 hari.. bukan ape.... tak larat nak ikat.... tapi bengkun lilit tu memang paling sedap. kalah awek jepun pakai kimono. 

lepas tu aku pakai bengkung zip tapi tak selesa. Sebabnya zip tu mencucuk perut >_< So beli camni pulak.... harapnya selesa la nanti. Tapi bengkung ni tak la cover sampai ke punggung. Cuma tutup perut je...

Bengkung tak lengkap tanpa losyen nora danish... hihihih
selain sapu kapur dan limau kat perut sebelum pakai bengkung, aku guna losyen ni jugak kalau malas nak pakai kapur dan limau tu... terutamanya bila aku dah guna bengkung moden, memang pakai losyen je...

okey, tu je barang2 penting dalam pantang nanti selain pakaian dan kelengkapan baby. untuk prepare EBM nanti citer kat entry lain pulak...

1 comment:

  1. berdebor-berdebor...ahahahaha! sy doakan semuanya selamat... nk tanye, bengkung tu beli kt mane eh? mcm senang je nk pakai.

    ReplyDelete