06 October 2015

Cara mudah buat Cheesecake

okies... sabtu lepas birhday Zuel, tapi birthday boy takde kat umah sebab ada wedding photoshoot kat Renggam. aku pulak kerja half day.  aku memang takde plan ape nak bagi hadiah....

sebabnya.... aku ni kadang bagi hadiah tak kira bila masa... ada duit, ada keperluan, aku bagi lah. hari tu aku dah hadiahkan beg camera memandangkan hati seorang isteri ni runtun benor nengok suami dok bawak 2 ketul beg camera, satu beg kena kepit bawah ketiak sebab tali dah putus. bayangkan la beg yang bulky petak tu nak kepit2 bawah ketiak ngan nak bawak beg camera lagi satu. huru hara je aku tengok. laki aku memang tak kisah je, tapi hmmm aku kadang2 jenis tak boleh tengok babak2 macam tu... so ada bajet, aku pejam mata lah beli bagpack yang boleh masuk 2 ketul camera. haaa senang, macam beg sekolah, dalam tu pun banyak space bole letak camera, flash, tah ape lagi aksesori tah... satu beg, macam2 ada isi, macam poket doremon.

ok, balik kisah birthday zuel. ntah cemana tetiba bole terpikir nak buatkan kek. tapi kek ape je yang aku pandai? ciskek. haha. semua orang bole buat je ciskek ni. jadi ke...tak jadi ke... rasa ciskek tu tak berapa nak lari pun.

tapi I is konon nak yang susah sikit, so pilih ciskek kukus. nak dibako, kat umah takde oven. eceh...alasannn... bile nampak oven kat kedai, pikir “aaa nanti la, lom ada rasa nak masak pakai oven”... bila ada benda nak masak, pikir “ala.. takde oven, nanti laa dulu...” balik2 itu je aku pikir, memang tak beli lah oven... sape yang gantung oven tu, kot2 nak let go preloved, bole la pm... *fefeling jual beli kat fb

okey, cari2 punya cari... takde resepi yang betul2 tepat. ada resepi senang, kena bako lak. yang kukus, jenis bertepung pulak, hasilnya nanti “kek keju span”... aku nak ciskek yang creamy. bukan jenis keju lapis atau light cheese tu....

so aku amik je resepi dari website kongsi.com,. asalnya ni resepi ciskek biasa yang kena bakar dalam oven, tapi aku tukar jadi blueberry cheesecake dan masak secara kukus. pastu aku guna je apa bahan yang simple...dan ubah sikit. so aku tepek ni adalah bahan2 yang aku guna

Bahan-bahan untuk base
20 keping biskut merry
3 sudu besar butter yang dicairkan secukupnya untuk jadikan biskut boleh dikepal. 
Bole jugak guna minyak masak kalau takde butter .

Cara-cara untuk base cheesecake
1 - Kisar biskut sampai hancur
2 - Masukkan butter cair, sebatikan dengan serbuk biskut hingga boleh dikepal / melekat.
2 - Mampatkan serbuk biskut dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan Kek
250g cream cheese - aku guna tartura
1 bekas blueberry yogurt
Suku tin susu cair (bole jugak pakai whipcream / susu segar)
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
6 sudu besar gula kastor / gula halus (kurangkan kalau tanak manis)
1 bekas blueberry filling (beli kat bakery supplies - pastikan halal)
(kalau tak pegi kedai supplier barang2 kek, bole je pakai jem blueberi)

Cara-cara
1 - Didihkan air dalam periuk kukus. Sementara tunggu air mendidih, boleh buat adunan kek.
2 - Masukkan cream cheese bersama gula dan pukul sampai gula larut dan berkrim.
3 - Masukkan telur dan susu, pukul lagi sampai sebati
4 - Masukkan tepung gandum dan pukul sekejap je bagi tepung sebati.

Aku sempat la rasa sikit adunan yang belum masak tu. Kalau sedap rasanya... InsyaAllah ciskek tu tetap sedap lepas masak. heheh

5 - Pastu tuang adunan ke dalam loyang yang boleh bukak bawah dia (spring foam) dan tutup dengan aluminium foil. Atau bole je tutup loyang guna tutup periuk yang muat2 kalau takde aluminium foil. Atau balut penutup periuk kukus ngan kain bersih. Tujuannya supaya air kukusan tak jatuh dalam kek.
6 - Kukus selama 45 minit - sejam.

Cukup masa, tutup api, tunggu 10-15 minit baru keluarkan dari periuk kukus. Tunggu suam2 sebelum simpan dalam peti sejuk. Selepas sejam, baru bukak loyang tu, then bolehlah disapukan topping  / jem blueberi. ada resepi yang sapu minyak / butter kat tepi loyang untuk elak melekat. Tapi aku tak sapu apa2. Lepas kukus, dah sejuk, kek tu tak melekat pun kat tepi loyang. Licinnn je tepi kek tu. Hehehe

Dah siap sapu topping, simpan semula dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.

siap dimakan!


zuel jamah je. aku ngan wyna yang makan. 
bagi kat kak sue (pengasuh wyna) satu bekas.
k bai!

1 comment:

  1. hahah hashtag "survey je'" tu mcm pasrah .. hehe .. mmm nampak sedap.. tp kalau akak jenis cheese cake yg fully cheese ni tak leh makan bnyk melainkan 1 slice paling max .. kalau tak, boleh muak .. thanks for the recipe .. =)

    ReplyDelete