03 October 2015

Best ke VINCCI?

sebenarnya aku bukan suke sangat keje hari sabtu ni, sebab mostly aku takde kerja nak buat. baik duduk rumah basuh baju ke, masak ke, layan anak ke....ni datang melangok.

sehari dua ni kecoh la kes sale vincci dibatalkan sampai orang ramai macam (kerasukan?) aku tak sure, tapi tengok kat gambo, kemain melaut orang sampai ada yang panjat pagar. dahsyat u olss... kalau tang pegi terawih ke, dengar ceramah agama ke, takde pulak gaya gitu yer... hikhikhihk

ada orang tanya, best ker vincci?
dulu kat JB ni tak banyak choice butik2 kasut tinggi ala model yang harga dibawah kemampuan orang2 yang tak berada macam aku ni... betul la kot yer ada orang cakap, vincci tahap untuk budak lepasan SPM, tapi aku pakai vincci start sekolah menengah sampai nak kawin.... 

biasa aku beli kasut fancy kat summit, mixit dan selalunya aku pegi vincci je. range harga dalam belasan atau puluhan ketika itu. kalau cari kasut raya, memang aku beli kasut kat vincci je. pattern pun cantik, murah dan paling penting, tahan lama. aku pernah try beberapa brand lain yang lebih kurang standart harga vincci tapi pakai kejap dah putus, dah kopak. aku ni jenis setia pada jenama. kalau aku rasa brand tu dah cukup memuaskan hati, memang aku tak beli brand lain sehingga brand tersebut lupus atau aku perlukan jenis kasut yang lain... yela, kalau nak beli kasut jogging, takkan nak cari brand vincci jugak kan... oh yer, aku punya barang vincci tak terhad pada kasut je, tapi purse dan bag jugak... baju.... hmm tak pernah beli kot. kalau pernah beli pun agaknya jenis yang longgok2 dalam raga tu. benda last aku beli adalah belt. sebab murah. RM20 - 2pcs. haha. beli kat butik jer... kosser mak nak rebut2 kalau time sales....

tapi walaupun aku pengguna setia kasut vincci, aku tak la jenis hard die fan sanggup panjat pagar semata nak beli kasut vincci murah. dekat JPO tu berlambak kasut vincci murah, tapi aku tak berkenan sebab pattern dia macam pelik sikit dari yang kat butik. lerr... nama pun stock clearance kan. selalunya stock clearance ni jenis kasut yang tak laku dah pun.... tapi masih elok dan yeah... mesti la ada je orang nak beli kalau jual murah2...  siapa tak suke barang murah, aku pun suka tapi murah2 pun kalau aku tak berkenan, takde mana aku nak beli pun... 

at the end, kasut fancy, high heels yang aku beli untuk hari bersejarah aku 4 tahun lepas bukan dari vincci pun. sebab heels vincci terlalu tinggi untuk aku berganding dengan zuel yang lebih tinggi sikit je dari aku. aku pilih kasut berdasarkan berapa tinggi aku pakai kasut tu bile berpasangan ngan zuel nanti. so kat situ je dah buatkan pilihan kasut kawin aku limited. tapi bagus la... tak lama lepas kawin, aku dah mengandung. so buh-bye la high heels. selamat datang bata. heyy...kualiti bata pun not bad juga tau... zuel pun pakai kasut kerja cap bata yang insole dalam dia ada biji2 tu...  kasut kahwin yang buat sanding tu pun bata jugak tapi ilang sebelah kena gongong dek anjing masa kerja kat opis lama... anjing pun berkenan kasut bata gaknya...

well, setakat ni aku tak pernah berasak sesak untuk dapatkan sesuatu. be it any sales pun lahh... tu sebab selalu rugi terbeli benda mahal...hihih.... termasuk la yang dok beratur depan butik tunggu opening sales ke apa ke... sampai baring2 kat kaki lima... tapi aku tak la nak kutuk2 orang yang ada kekuatan macam tu... suka hati diorang la. cuma kalau sampai tahap panjat pagar tu, over jugak ler...

2 comments:

  1. Akak pakai Vincci masa zaman-zaman study, yes masa tu murah dan design takde la akak nak fancy sangat sbb akak brutal. hahah biasa cari sandle yg simple je buat pakai gi kelas ke atau jalan-jalan.

    But akak ada story. 1 kasut Vincci tu. Pertama kali pakai la kononnya.. baru beli. Dia cuma ada palang kt depan je 1.. design mmg kosong. Akak jalan2 nak melintas jalan, akak nak lari tertinggal kasut tu kt tengah jalan.. akak kena tinggalkan cepat2 sebab ada kereta nak lalu.. kawan2 akak gelakkan akak mcm nak mati .. sabo je le.. lepas tu akak bermusuh dengan Vincci.. hahaha..

    dan skg pun akak tgk harga dia mahal juga dan macam design pun biasa-biasa je. Kalau heals memang selalu sakit kaki kalau beli . Nape ntah. Kaki akak mmg tk suka Vincci..

    Mengada..

    haha..

    P/s : Kalau wedges, akak suka Alain Delon. Tp tu lah.. Limited design dia . Akak suka kasut yg ringan. Sebab kita yg nak bawak kasut tu. Bukan kasut yg nak bawak kita. Kalau kasut bawak kita, hmmm sakit kaki. haha..


    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang komen kali ni... saya suke!

      wahaha... rupanya ada cerita sebaliknya. kira kenangan manis bersama kasut Vincci... hehehe

      saya dah lama tak masuk Vincci tengok kasut, so tak sure la harga skrang cemana... zaman saya pakai kasut tinggi dulu tak sampai RM50... kalau sandal tu baru RM20-RM30... belas2 pun ada...

      Delete