29 September 2015

Pregnant 33 weeks : Mendobi Baju Baby

dah masuk 8 bulan ++ mengandung, tapi dari segi persiapan tu tak macam masa nak sambut anak sulung...

bukan tak excited, tapi macam dah bole tolak campur apa yang perlu dan tak perlu. senarai checklist barang mommy and baby pun pendek je sebab sebahagiannya masih boleh guna je barang wyna dulu. sebab tu aku pun macam takde banyak benda nak kemas =p

aku belum kemas lagi beg baby ngan beg hospital sebab baju2 baby pun belum basuh, cemana nak packing kan... hari ni, aku saja amik leave since semalam pun aku naik bosan dok kat opis takde keje sangat... hari ni sempat jugak check email kerja, takde kerja baru masuk pun...amendment artwork ada la sikit, tukar saiz ngan color je, tak sampai 5 minit dah siap amend. aku plan nak siapkan freelance sambil mendobi baju baby dan ohh yer... tetiba rasa semangat nak jahit tilam kekabu baby. 

bukan aku nak jahit tilam sendiri, cuma tilam kekabu wyna dulu dah jadi tilam kekempis. aku ada 2 set tilam kekabu baby tapi dah loose... penyek2. aku ingat nak bukak jahitan pastu combine, sumbatkan kekabu dalam tilam yang loose tu, bagi dia mampat sikit. sebab tu aku just beli sarung tilam baby satu set ngan sarung bantal sume. aku jumpe orang yang jahit tilam kekabu dan sarung tilam murah kat FB... aku ni biasa la, mana ada masa sangat nak pegi survey2 kat luar sana. beli kat online je laaa...

bole search kat FB : Tilam Kekabu Murah UMMI
https://www.facebook.com/pages/Tilam-Kekabu-Murah-UMMI/696537300405951

dapat sarung tilam saiz standart,
sarung bantal peluk 2
sarung bantal kepala 2
bantal karipap 1

harga RM65 tak masuk postage. ni harga paling murah yang aku dapat survey. harga tilam kekabu dia pun bole tahan murah jugak... average dalam RM150 ke atas. seller lain yang aku survey secara online, biasanya jual dalam RM200 lebih... tapi tengok size jugak la... kalau saiznya besar tu mahal ler...

okey, citer pasal cara mencuci baju bayi, aku siap google laa cara mencuci baju bayi, macam laa tak pernah basuh baju baby... hehehe. dulu aku guna laundry detergent jenama pigeon. kali ni aku try Pureen HAD :
Hypo-Allergenic Detergent (H-A-D)
Highly recommended for sensitive skin & baby's skin.

Kebetulan masa pengasuh wyna pegi sogo hari tu, ada sale barang2 baby. dia tanya, if aku ada apa2 nak kirim... aku nampak ada sabun ni, so kirim ajerlah kat dia... tu pun pasal aku tak pegi shopping lagi, so tak dapat nak survey sabun tu ade ke tak kat hypermarket yang aku biasa pegi. aku baca review kat blog lain, ada yang cakap agak susah nak jumpe... tak sure lah kan...

Features:
Leaves no chemical residue on fabric 
- Does not irritate delicate skin (hypo-allergenic). 
- Leaves fabric naturally soft with a fresh, clean scent. (Does not require softener). 
- Increases cloth life-expectancy.
- Cleans all the way to the fibre 
- Effective in removing stains and odours i.e. grease, blood, tar, ketchup, pine sap, red clay, mildew, grass.
- Fragrance-free; No Bleach & No Phosphate; No Enzyme & No Brightener 
- Colour care .
- Does not irritate delicate skin (hypo-allergenic).
- Biodegradable, Vegetable surfactant 
- Environmental Friendly.

selebihnya bole baca kat website Pureen : 

sabun ni takde bau wangi, bau natural macam bau sayur je... hehehe. texture sabun jernih dan cair, kurang buih. lepas basuh, baju bau fresh sayur je... takde la bau wangi2 tu. kulit baby yang baru lahir kan delicate je... tak boleh laa pakai sabun yang ada pewangi sintetik tu semua...

aku masukkan sarung tangan, sarung kaki, dan stoking dalam laundry net supaya tak menjajau aku nak kutip dalam mesin lepas siap basuh nanti... dari artikel "cara mencuci pakaian bayi" yang aku baca, pilih fungsi "delicate" pada mesin untuk mencuci baju baby. Biasa aku guna function ni kalau basuh tudung...

hari ni sekolah pun tutup sebab jerebu. semalam pun aku tengok memang jerebu agak teruk jugak. so kenalah jemur baju dalam rumah je... musim jerebu ni, kat dalam rumah pun rasa bahang je...

okey, itu saja update tentang persiapan untuk menyambut orang baru.

8 Tips mencuci pakaian bayi dengan menggunakan mesin basuh.
Pakaian bayi yang baru dibeli perlu dibasuh untuk menghilangkan debu dan kandungan bahan kimia yang diguna ketika proses pembuatan serta kotoran organik setelah digunakan.

1 - Mencuci bukan hanya pada pakaian tetapi segala kelengkapan bayi yang bersentuhan dengan kulit si kecil seperti selimut, kain bedung, sarung tilam dan bantal, tuala, serta alas tempat tidur.

2 - Dalam tempoh  bulan pertama, sebaiknya cuci pakaian bayi secara berasingan dengan pakaian anak yang lebih besar dan orang dewasa untuk mencegah kotoran dari bercampur dan dapat mengelakkan sebarang kuman berjangkit dari pakaian orang dewasa pada pakaian bayi.

3 - Bersihkan tanda kotor dan sisa makanan pada pakaian bayi sebelum dicuci. Jika tanda kotoran masih ada, rendam terlebih dahulu dalam air yang bercampur dengan pencuci khas untuk mencuci pakaian bayi.

4 - Gunakan pencuci khusus untuk mencuci pakaian bayi sehingga bayi berumur 6 bulan. Selepas itu bolehlah perlahan2 bertukar ke sabun pencuci pakaian bayi yang biasa. Jika terdapat alahan kulit, sila gunakan kembali pencuci pakaian khas untuk bayi.

5 - Cairan pelembut pakaian (softener) sebaiknya tidak ditambahkan ke dalam cucian pakaian bayi selama enam bulan pertama. Selepas  bulan, anda boleh menggunakan pelembut kain jenis hypoallergenic.

6 - Jika Anda mencuci pakaian bayi dengan tangan, pastikan anda membilasnya beberapa kali hingga bersih dari sisa sabun.

7 - Pilih fungsi putaran lembut pada mesin basuh. Fungsi ini biasanya bertanda gambar pakaian bayi atau tangan pada panel mesin basuh, bergantung pada jenama mesin basuh anda.

8 - Hampir semua pakaian bayi tidak perlu digosok dengan seterika. Jika perlu digosok, jangan guna suhu yang tinggi untuk mengelakkan kelembutan fabric menjadi rosak.

6 comments:

  1. Salam. Boleh tau mana nak beli penyidai baju baby yg gambar last tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... kat aeon big (carefour), tesco atau aeon jusco pun ada...

      Delete
  2. Assalamualaikum tuan rumah..akak ni nak tanye..haritu ada tak tanye2 pasal kos epidural kat columbia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... epidural kat Columbia Asia around RM800

      Delete
  3. Assalamualaikum Cik. Saya beli pencuci brand Puree Kiddiwash. Warns pink botolnya. Salam sy, Ada bezakah baby wash dgn kanak2 punya. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... ada beza dari bahan2 kimia yang digunakan. =)

      Delete