07 September 2015

Kos Bersalin Columbia Asia 2015

tadi aku tak keje, memang setiap kali kalau check up pregnancy, aku lebih suke amik cuti. 
pegi check up tu tak lama, tapi kekadang jam selebihnya adalah masa aku berjimba atau settlekan urusan lain... atau setidaknya balik rumah tido. *tak produktif sungguh.

ok, aku nak citer pendek je... bila mengandung anak kedua ni, aku terus buat full check up kat Hospital Columbia Asia je, tak pegi bukak buku pink / buku merah / buku KK - maksudnya aku tak ada pegi buat check up kat klinik kesihatan kerajaan. sebab kami dah plan nak terus bersalin aje kat hopital ni....

nama je COLUMBIA ASIA NUSAJAYA, tapi lokasi dia sebenarnya tak jauh dari Bukit Indah, nak pegi Legoland pun jauhhh lagi....padahal legoland tu ler yang betul2 dalam kawasan Nusajaya...

share info bagi yang nak tau, kalau anda nak buat check up kat hospital ni... cost sekali normal check up ialah RM90 - RM100, biasa memang aku sediakan bajet RM100 kecuali kalau ada buat ujian darah & air kencing, billnya lebih sikit lah. rasanya ramai yang tahu dah, check up kat hospital swasta ni tak akan buat ujian darah dan air kencing berkali-kali. kalau tak ada masalah, ujian darah dan air kencing tu buat sekali je..

lagi... tak ada ujian minum air gula melainkan anda ada sejarah atau doktor detect anda berisiko tinggi dapat kencing manis ketika mengandung. tapi ujian air gula tu bole je kalau kita nak request suruh buat... tapi ade ke ibu2 mengandung yang rela mintak ujian air gula? haha.... biasanya kalau bole tanak minum air gula tu.... tapi air gula kat private sedap, ada perisa oren atau blackcurrent... aku baca pengalaman orang je laa... doktor aku pun cakap, diorang punya air gula ada flavor... tu je beza.

lagi... selama aku check up ni, baru sekali je doktor amik tekanan darah aku guna alat yang sarung kat lengan tu (sorry tak tau ape nama).... doktor cakap, kalau kita check up hopital private ni, diorang takde buat banyak pemeriksaan secara terperinci macam hospital / klinik kerajaan tu sebab setiap alatan / ujian yang dilakukan ada dikenakan caj... nanti bill check up tinggi la... so doktor akan buat check up bila perlu atau at least sekali je... kalau ibu yang takde masalah / kandungan risiko rendah tu, tak perlu la buat macam2 test masa mengandung...

tadi kitorang tanya lagi berapa kos bersalin normal kat columbia asia ni... 1st kitorang tanya kat doktor, lepas tu masa nak bayar bill check up, tanya lagi sekali kat kerani cashier tu pulak... saje nak double triple confirm even dah pernah bersalin kat hospital tu 3 tahun lepas... haha... mana tau dah naik hargaa...

so harga kos bersalin tak banyak beza, cuma akan dikenakan GST ler... masa bersalin anak sulung dulu, aku ingat total cost kurang dari RM3,500, bil tu termasuk :
- kos pakej bersalin
- kos ubat induce
- kos ubat pethadine 
- kos vakum
- kos tambahan satu malam single room = percutian 3 hari 2 malam
- kos bill baby

doktor cakap, kalau aku bersalin normal tanpa induce dan vakum, kos bersalin cuma dalam RM2,500-RM3,000 saja termasuk bill baby untuk 2 hari 1 malam.... ooo no wonder la kan bill aku mahal sikit. baik, kali ni aku akan cuba bersalin tanpa apa2 ubat tambahan.... huahuahua

kali ni, kitorang letak deposit / advance payment terlebih dulu. bagus jugak idea zuel... tadi kitorang dah bayar deposit sikit, nanti bulan depan tambah lagi sikit. InsyaAllah baki lepas bersalin nanti tak lah terasa sekepuk gitu... ini idea kalau anda nak buat cash payment. ntah2 orang lain dah lamaaa buat camtu hehehe (T_T)

okey, tu je nak cerita dari ibu mengandung 30 weeks, another 10 weeks to go! harap entri ni dapat membantu anda yang sedang berkira2 nak bersalin kat sini. bye!

UPDATE :
since ramai jugak yang bertanya, so saya nak bagitau kos bersalin anak kedua NOV 2015 yang lepas ya...
Total cost lebih kurang RM3700
- bill baby
- normal delivery tanpa induce, tanpa sebarang alat bantuan kelahiran seperti vakum / forcep etc... (anak sulung induce & vakum)
- 2 hari 1 malam (anak sulung 3 hari 2 malam)
- double bed ward (anak sulung single room)

Harga dah naik dari masa bersalin anak pertama 3 tahun lepas (2012) mungkin kerana faktor GST dan saya check in hospital hari Ahad. Kalau check in weekend atau public holiday... hospital ada extra surcharge yaa puan2... 

12 comments:

  1. yg paling sy suke klu dgr org bsalin kt private ni, asben blh tmankan 24jam kt bilik..klu c-zer pon asben blh masuk...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap nanti government pun bole benarkan suami teman sepanjang masa... kan kerja nurse nanti lebih mudah... =)

      Delete
  2. good entry.. memang sangat2 memerlukan info ni..

    ReplyDelete
  3. Ooo columbia bleh letak deposit sket2 yer..

    ReplyDelete
  4. Kakak. Kalau scan 1st pregnancy brp caj die ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa charge untuk check up around RM100... kalau ada blood + urine test dekat RM200...

      Delete
  5. Replies
    1. rohaini / rajesh... saya ada experiance dengan dua2 doc ni

      Delete