12 September 2015

Isu emak-emak - bersalin mana?


short entri je... nak bebel sikit.

tadi aku balik dari melawat kawan sepejabat (skema tatabahasa aku kan) yang baru seminggu bersalin anak sulung.. kalau ikut hati aku ni... takmo lawat awal2 ni... biar la dalam 2 minggu lepas bersalin ke... lepas sebulan ke... kan. aku pegi sebab budak2 opis sume gi... okey laahh #i_follow aje

ni tengok baby baru umur 8 hari, ntah la... bagi aku cam tak syok mana pun. yela, ko expect ape kalau nengok newborn baby... tido, nangis je pun...

aku tak la sempat nak sembang macam2 ngan member tu sebab aku ada sorang opismate (pangkat kakak yang masih single) yang kalau bertanya ada ala2 wartawan melodi. ngko tak sempat jawab habis, dia dah bagi soalan lain... lagipun dia belum kawin, belum pernah bersalin, soalan dia pun macam sembang kosong je like 

"air masak pun ko tak leh minum ke"
"ooo bis ko sakit ati la tengok org minum air batu...issskk sedap doh air batu"
"nanti raya haji tak leh makan rendang la"
"abes laki ko kena puasa la ni"

u noe... soalan2 yang tak membina sangat. so aku lebih suka diam je la... malas nak nyembang. tapi sempat la tanya pasal hospital... member aku ni bersalin kat GH. aku takde pengalaman bersalin kat GH, melawat orang baru bersalin kat GH je pernah la... wad kelas 2 - air cond, 4 katil. ok je selesa.

soalan biasa aku - wad kelas berapa...
member aku jawab - kelas tiga.... alaa kak, beza ngan wad kelas dua cuma makan ajeee.... LR dia lebih kurang jee ngan Columbia Asiaaa... best jugak duk ramai2 (wad kelas tiga kat GH JB biasanya open air - tingkap terbuka macam dorm asrama)

aku tak la terasa sentap ke ape kan... cuma tak paham la, yang dia nak menjawab camtu kenapa la kan... pemerhatian aku, kadang2 kita bercakap nak sedapkan hati bila sembang dengan orang yang berbeza pendirian. maksud aku, seolah nak cakap "ok je aku beranak kat situ... sama je ngan private, murah lagi, tak payah mintak kelas2 satu ke dua ke... sama je semua wad pun..."

atau mungkin aku je yang terlebih speku. maafkan aku. haha. cuma dalam kes macam ni, aku biarkan je la orang nak cakap apa pun... awak bersalin kat mana2 pun bukan aku bayar, aku nak bersalin kat mana pun bukan mintak duit ko... 

tapi kalau ada yang nak mengumpul statistik atau nak tau kenapa aku pilih bersalin di hopital swasta dari hospital kerajaan... ini sebab2 peribadi yang aku kongsikan

- aku nak suami teman 24 jam, bole tido sekali dalam satu wad. ada isteri yang tak kisah suami tak teman. terpulang. aku yang tahan sakit nak bersalin ni, suami adalah sangat penting berada disisi... kalau tak silap, waktu melawat hospital swasta tak terhad macam GH, kalau family aku nak datang pun tak kisah bila2 pun...

- bila aku mahukan suami temankan sepanjang masa dalam wad, aku prefer bilik single - prefer privacy macam duduk dalam bilik sendiri. aku bole freehair, bole nangis tertonggeng telentang ke hape bile sakit contraction datang...takde la orang lain tengok! hahahah... aku menangis pagi buta sebab tak tahan sakit + letih tak dapat tido weii.... lepas tu bilik single room mestilah ada toilet sendiri, tak share ngan orang lain... so kalau aku nak bertapa dalam toilet pun takde sape kisah... masa bersalin sulung dulu, tengah pagi bute tu pegi mandi air panas sebab sakit contraction. rasa lega sikit berdiri bawah shower panas tu.... 

- pesakit lain mungkin tak selesa bila ada suami orang lain berada dalam wad yang sama. kot laa isteri orang lain nak freehair ke, nak breasfeed anak dia ke... memang la bole je tutup pakai tirai, sekurang-kurangnya dengan bilik sendiri, suami bole la tido, rehat. bile family datang melawat pun tak la terganggu atau menggangu pesakit lain... lepas aku bersalin esok paginya, family aku, pakcik aku ngan cousin2 aku datang melawat okk.... penuh bilik haaa.... (lagipun diorang saja nak tengok cemana wad kat CA, diorang biasa bersalin kat KPJ)

- sebab aku bukan keje kerajaan. kalau aku government servant, memang aku bersalin je kat GH, tapi nak mintak wad kelas 1 / bilik persendirian. kalau bukan kakitangan kerajaan pun bole jugak nak apply, tapi ikut nasib lah... lagipun kemudahan tu lebih diutamakan untuk kakitangan kerajaan... aku yang bukan keje kerajaan ni segan la nak sibuk2 mintak.... kalau bersalin kat hospital swasta, confirm boleh dapat bilik single!

- last, layanan hospitaliti adalah bonus....proses sakit nak bersalin ni bukan macam nak pegi teran berak. kita kalau kena sakit perut cirit birit pun dah berkejar ke jamban, nak bukak suis lampu pun tak sempat... dihujung proses nak bersalin tu memang rasa nak terberak, tapi tak boleh teran selagi doktor tak bagi teran (biasanya kena tunggu bukaan cukup 10cm) bayangkan laa dah rasa nak berak sangat2 nii, perut memulas tapi tak jumpe jamban... hahaha! kalau yang biasa sakit senggugut tu, sakitnya lebih lagi....

so pendapat aku, suasana yang tenang (dari pelbagai aspek termasuk layanan dan kemudahan), dapat meringankan beban emosi ibu yang sedang sakit bertarung nyawa nak bersalin - #faktabukanauta. bukan la maksud aku kemudahan GH atau layanan kat GH tu teruk... GH sekarang dah ok, cantik, baik... aku tak nafikan pun... tapi biasa la kalau pesakit dah ramai, bukan boleh puaskan hati semua pesakit...dan sekarang semakin ramai bila servis kat hospital kerajaan dah semakin bagus.... member aku tu pun masuk LR bila dah bukak 6cm sebab LR tengah penuh.... kena take turn... bole bayangkan tak, LR kat GH tu tak sempat kosong pun....

ibu nak bersalin ni kalau dia stress atau takut, otot2 rahim tu jadi agak lambat nak bukak penuh. sebab itu ibu yang dalam proses nak bersalin digalakkan selawat banyak2, bernafas ngan betul, digalakkan suami urut belakang isteri, peluk isteri... semua2 ni antara tips untuk kurangkan tekanan pada ibu... dan sebab tu jugak ada ubat tahan sakit, nak bagi ibu tenang. ibu tenang, serviks boleh bukak jalan dengan smooth - of course semuanya dengan izin Allah.... 

pernah tengok kucing nak beranak? kenapa dia pun prefer tempat yang takde orang, tempat gelap, dalam almari etc? dia pun tau nak beranak dengan aman....

in the end - ni semua self preferences. kita pilih kereta, pilih handphone, pilih hotel, pilih tempat bercuti pun ada kriteria yang kita mahukan. Ada orang pilih kereta import berbanding kereta tempatan bukan sebab kereta tempatan tu tak bagus, cuma ciri2 yang dia mahukan tu takde kat kereta tempatan, so salah ke kalau dia memilih kereta import? so kenapa nak berdebat pasal hospital swasta vs hospital goverment? 

4 comments:

  1. Ouh .. macam tu rupanya .. ~

    ReplyDelete
  2. sabar cik ain...sesetengah org ingt yg pi private ni mcm byk duit je..tp kekadang, kite sanggup berhabis utk keselesaan..bak kate awk la, nk suami temankan, xde gangguan..aurat pe sume kan. betul. my cousin pon tak la kaya. tp bila wife pregnant je,asben dia kumpul duit utk masuk private hospital..main reason, dia nak temankan wife, pastu dia kate senang wife dia nk bukak tudung.. (faham2 je la kite klu sakit nak beranak, badan berpeluh pe sume..)
    setiap org ade sebab tersendiri... klu mampu, pegi, klu rase tak mampu, atau tak nak kluar duit sebanyak tu, gh je..same. YANG PENTING DUA2 SELAMAT.. takmo marah2 na...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tak ler marah... bebel2 manja ajer....

      Delete