16 August 2015

Raya 2015

tak sempat nak citer pasal raya tahun 2015 ni. hari ni aku dah kemas mana2 balang kuih yang kosong atau kuih yang dah lemau atau jadi rezeki semut, maka ke tong sampah jawabnya. huhu.

aku bercita-cita, tahun depan tak payah ada kuih raya. ini tahun kedua raya yang hmmm boring jugak bagi aku. sampai ada orang tanya "orang JB mana gambo raya"... nak tau apesal aku takde upload gambo raya waktu pagi2 (tanda soal - button rosak)... sebab kami semua tak bersiap pagi. zuel aje la yang berbaju raya, pi solat aidilfitri pun sorang2...

tahun ni turn umah mak aku, tapi malam raya tu diorang still berniaga kat bazar JB, balik pukul 4 pagi, tido lepas subuh, so aku memang expect takkan pukul 8 masing2 dah bersiap cantik2 nak pegi beraya. kena pulak 1st raya tu hari jumaat, family aku decide nak keluar lepas solat jumaat. duduk la aku kat umah layan suami ngan anak makan. of course laa pakai baju rumah aje, kosser pulak aku nak melawa2 berlengas kat rumah, nanti nak cuci pinggan segala. sampai 2 round aku makan sebab yeah.... aku kalau bosan kat umah mak sendiri atau umah mak mertua, makan je la kerjanyaa.

tahun lepas, zuel demam masa 1st raya, lepas tu ngan arwah mak sakit, ngan abang akak ipar pun takde sebab turn diorang beraya side mertua, lagi pulak takde gi beraya mana2 sebab bapak ngan mak mertua anak sulung, tunggu adik2 je la datang kalau ada yang larat. but mostly sume jauh, dan kurang sihat, cemana nak datang kan... itulah raya pemecah tradisi - langsung tak pakai baju raya. sepanjang hari aku ber-tshirt ajer huhuh

raya tahun ni, 1st raya tanpa arwah mak... so bapak pun saja la kot nak beraya kat umah akak ipar kat sembawang. lagi laa boring... tak balik kampung. plus adik ipar yang bongsu nak bertunang minggu ke 3 raya nanti, jadi kitorang balik masa tu je la... zuel pun ada job wedding photoshoot.

sudahnya raya ketiga, aku ngan zuel dah  pegi beraya umah kawan2 yang senasib yang tak balik kampung.... hehehe. nak lepak umah mak aku pun, diorang dah start berniaga balik.... tapi pegi beraya umah kawan aku je la, kawan zuel takde, masing2 kat kampung lagi. raya ke 4 kitorang pun kerja je la, dah takde menda nak wat... aku naik keje sehari (sepatutnya aku masih cuti raya) so nanti bole replace je hari sabtu, sebab sabtu raya ke 8 tu kitorang nak round umah makcik2 kat singapore pulak...


selamat hari raya!

No comments:

Post a Comment