30 July 2015

Supplement Ibu Mengandung - Part 2

kali ni nak share citer pasal supplement yang aku amalkan masa 2nd pregnancy ni...

kisah supplement ibu mengandung anak sulung :

mengandung kali kedua ni takde la rasa over excited macam masa 1st timer dulu - baru berapa minggu sah pregnant je, terus zuel belikan susu enfamama. lepas tu terbuang tak habis + expired sudah. so kali ni, zuel just bagi expenses untuk aku beli sendiri supplement yang aku nak.

pada trimester pertama, aku just teruskan makan Vita-lea dan B-complex je. Makan setiap kali lepas lunch. Vitamin ni memang aku dah makan sejak sebelum mengandung lagi. so tak payah la bazir nak beli vitamin lain. lepas tu aku tambah pil kalsium Ostematrix selain minum susu kambing suffy yang aku share je dari susu wyna... hehehe

kali ni aku terus buat check-up kat columbia asia, tak pegi bukak buku kat KK lagi. so takde la dapat asid folik ke...obimin ke, macam masa mengandung wyna dulu. masa aku check up tu, my gyne doc ada tanya, aku makan vitamin ape... so jawab la aku makan multivitamin ngan b-complex shaklee. "ohh ok thats good!" - doktor jawab. ala takde apa nak surprise la kot, ramai dah patient dia makan shaklee la tu... tu yang tak pelik pun bunyiknya...

trimester kedua, aku tambah supplement lain. Mengikut pendapat dari Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani, terdapat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan risiko jaundice / demam kuning pada baby. aku tak kata CONFIRM tak akan kena jaundice, cuma ini ikhtiar saja... aku sendiri pun berdarah jenis O - doktor pun cakap risiko baby jaundice ni lebih tinggi peratus bagi ibu yang berdarah O. lagipun aku sedor diri ni masih makan jajan, fast food dalam masa pregnant ni walaupun dapat kuantiti sederhana (konon teringin laa)....huhu. sebenonya lagi bagus kalau tak makan terus jajan / fast food tu. So.. kita usaha je, kalau lepas bersalin anak still kena jaundice, kita usaha berubat selepas melahirkan pulak...  

UNTUK MENGELAKKAN RISIKO DEMAM KUNING PADA BAYI, SEMASA IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima (+ air putih) paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

SUMBER
supplement makanan sunnah

Extra Virgin Coconut Oil
masa aku mengandung sulung dulu pun memang dah amalkan madu, kurma, susu kambing dan minyak kelapa dara (VCO). tapi VCO dulu aku makan jenis kapsul lah, itupun masa dah 3rd trimester. lepas wyna dah besar sikit baru pandai makan liquid VCO. why aku pilih brand country farm ni? sebabnya jauh lebih murah, 500ml = RM35 kalau beli jenis kapsul tu, 60 biji = RM40. lagipun VCO ni share ngan Wyna jugak, aku add dalam food dia... 

Extra Virgin Olive Oil (from Palestine)
kali ni aku baru nak belajar telan minyak zaitun. aku makan sesudu setiap pagi sebelum aku keluar pegi opis, masa perut kosong. sampai kat opis baru aku breakfast. rasanya kelat2 pahit kot? tak tau cemana nak describe. yang pasti lepas aku telan minyak zaitun ni, aku terus telan sesudu madu. haha. tak bole tahan lagi.... 

minyak zaitun terbaik adalah minyak zaitun dari Palestine. ada satu jenama yang paling mahal yang aku pernah tanya, 500ml - RM150. aku assume, tu brand yang paling bagus. tapi aku beli jenama lain, tengok alamat pengeluar pun dari Palestine jugak. bole laa... harganya masih mahal jugak ler bagi aku... tapi pejam mata la beli... eleh! shaklee bole beli, yang ni tak bole ke? hehehe. sebotol 500ml = RM59, masih murah kalau compare ngan brand lain. aku beli kat kedai Hasanah Muslim Shop, taman teratai. Kedai ni memang jual produk2 muslim, kurma pun ada. aku biasa pegi bila nak beli susu wyna.... PEVOO ni kalau sehari aku telan sesudu je, rasanya sampai berpantang pun belum habis lagi ni... 

aku suke minyak jenis liquid ni sebab lebih fleksible dan jimat bila nak guna, bole add dalam food, bole buat minyak urut, bole buat garlic oil, bole sapu hilangkan stretchmarks, tapi tak bole buat masak yer. kalau minyak zaitun untuk masak tu, jenis lain. kalau nak telan minyak zaitun macam tu je, pastikan pilih jenis minyak yang tepat ye. 

Madu
masa wyna, aku amalkan madu Khaula. Kali ni madu Al-Syifa je la.. 

Air Jus Delima
Air kotak tu aku beli kat kedai Hasanah Muslim Shop jugak. lebih kepada nafsu nak minum air sejuk je ni... hehehehe

Kismis
ni aku tak la makan hari2, bila buat salad, makan ice cream ke, atau bosan takde apa nak kunyah... makan la kismis. pilih kismis hitam lebih baik dari kismis kuning sebab biasanya buahan kering yang bewarna kuning ni ada sulfur dioksida untuk elakkan dari berubah warna. contohnya Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Kurma - 3 biji setiap pagi
Sejak 1st trimester aku dah makan kurma. sebenarnya tak gemor sangat sebab mengandung kali ni tak suke makanan yang manis. Alhamdulillah masa bulan puasa hari tu, ada souvenir dari client zuel. dia bagi kurma ajwa dalam kotak yang cantik sangat, macam kotak hantaran (nampak sikit dalam gambo). tapi sampai skrang aku lom bukak sebab kurma yang aku beli dalam bekas tupperware masih ada lagi. selalunya aku amik 3 biji, tapi kadang2 aku dapat makan 2 biji je sebab wyna mintak sebiji wat makan macam tu je..... 

Buah Fig / Tin
Buah kering ni aku dapat masa beraya umah makcik kat Singapore. anak dia bawak balik dari Dubai. takde plan nak amalkan makan buah fig ni, tapi dah orang kasik, aku wat kudapan je... biasa la preggy mommy asek nak kunyah je... buah ni sedap dan manis. ada member fb pernah makan buah yang fresh, dia cakap laagii sedap!

Susu Hi-Goat
awal2 ngandung, aku minum je susu suffy goat tu... tapi leceh la pulak nak bawak gi opis. so aku beli Hi-Goat, dia pack kecik, senang nak bawak gi memana... lagipun HiGoat ni takde campuran bahan lain, pure susu kambing. Kalau ada kesempatan, aku beli susu kambing fresh.

Itulah jadual supplement aku sampai la aku bersalin nanti, InsyaAllah :
pagi sebelum sarapan - PEVOO, madu dan kurma
sarapan - susu kambing Hi Goat
lepas lunch - Vitalea, Vitamin C dan B Complex
sebelum tido - Ostematrix

mungkin aku tambah Omega Guard bila dah masuk 3rd trimester nanti... omega guard ni supplement minyak ikan macam Neurogain jugak... 

kadang2 terskip jugak makan vitamin, tapi kalau aku confident dah cukup zat, banyak makan sayur dan buah, pada aku okey je kalau terlupa makan vitamin. sebenarnya kalau kita makan cara sihat dan seimbang, tak perlu lagi vitamin tambahan. mengandung kali ni murah rezeki dari segi makanan. banyak kali jugak teringinkan sesuatu, dan aku tak mintak tapi tetiba Allah beri melalui hambaNya yang lain. yang aku ingat, pelam apple ngan rambutan. pastu termasuk la kurma ajwa ngan buah tin ni... datang depan mata gitu... Alhamdulillah...

2 comments:

  1. Urghhhh . .~ Banyaknyaaaaa nak makannnnnnnn ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nak wat cemana, badan pun bekerja lebih time macam ni. tapi kalau dah cukup pemakanan seimbang, tak perlu dah vitamin2 tambahan tu... hehe

      Delete