26 June 2015

Udang Goreng Buttermilk yang sedap

dah lama tak post resepi kan... 
ok, yang mencari resepi simple tapi special sikit, 

aku nak share resepi ni...


sebenarnya aku masak ni sebab teringin nak makan, lepas aku rasa udang buttermilk kat kat Restoran 8 Kati, Kulai, aku dah mula rasa nak makan lagi.... sesiapa yang suka bawak family makan muslim chinese food, bole la ke sana... aku boleh jamin menu dia semua sedap2... 

so, nak pegi lagi, takde masa free... jadi aku pun google ajer lah... biasanya aku makan udang goreng butter, yang ade sarang telur / telur goreng kirai tu. tapi aku kan bab masak leceh2 ni ade maleh sikit... aku suke yang simple lagi sedap, *tapi laksa johor ko gigih pulak masaknya yerr!

Bahan-bahan
- Udang, yang ni aku guna 1/2kg je...
kalau nak puas hati, guna udang yang besar macam udang harimau
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang holland atau 1 biji bawang merah (didadu)
- Cili api 10 batang dibelah dua
kalau nak pedas lagi, bole lebihkan...
- 6 helai daun kari dilurutkan
- 1/2 sudu kecik serbuk kari
- 3/4 tin susu cair
- 1/2 potong kiub ayam kalau suka
- 3 sudu besar butter / suku bahagian dari seketul 250gm butter
- 1 keping keju cheedar - yang biasa makan ngan burger tu
- Gula secukup rasa
- Tepung jagung secukupnya

Cara-cara
1 - Kupas udang. Lumurkan udang dengan tepung jagung dan garam secukup rasa. Kalau suka, bole jugak tambah serbuk kunyit sikit. Perapkan kejap atau boleh terus goreng. Tak perlu goreng lama, nanti udang keras terlebih masak. Angkat dan toskan. Kosongkan kuali dari minyak. Atau guna kuali lain untuk masak kuah.
2 - Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan daun kari, bawang dan lada sampai wangi.
3 - Masukkan serbuk kari, kacau rata.
4 - Kemudian, masukkan susu cair dan kiub ayam. Kacau.
5 - Masukkan gula, ikut suka nak berapa manis. Letak sikit dulu, kalau tawar baru tambah.
6 - Masukkan keju dan kacau hingga agak mendidih. Rasa, agak2 puas hati, boleh masukkan udang.
7 - Balik2kan udang serata dengan kuah, dan tutup api. Boleh terus makan.

Tips : kalau tanak kuah memekat / kering setelah dibiarkan dalam kuali, tak perlu campur udang dalam kuah. Siram kuah ke atas udang goreng apabila sudah hendak makan.

Selamat mencuba.

1 comment: