23 May 2015

Kelas Mandarin Johor Bahru


pegi pasar malam, beli buah delima 2 bijik, cuba2lah cakap "berapa harga?" dalam bahasa cina... tapi aku punya kembang senyum sampai ke telingaa... macam nak kena penampar je...

aku amik keputusan nak join kelas mandarin since awal tahun hari tu... tak ingat bulan berapa. tapi macam sebulan ke dua bulan sebelum intake march - june bermula (1 intake 3 bulan), aku dah letak booking fees.

kenapa aku nak belajar bahasa cina? 
1 - sebab aku dah fed-up tengok 90% vacancy kat jobstreet yang meletakkan syarat perlu tahu menulis dan berbahasa Cina. 
2 - aku rasa curious bila aku cina2 kat opis sebut nama aku tapi aku tak tau ape yang diorang cakap pasal aku.... 
3 - aku rasa bodoh je duduk dalam kumpulan officemate cina tapi diorang semua sembang bahasa cina, gelak2 tapi aku diam... 
4 - semakin perlunya memahami bahasa cina dalam urusan jual beli... 

keperluan nak belajar bahasa mandarin ni mungkin berbeza setiap orang. macam aku, memang aku rasa aku perlu belajar. ada orang mungkin rasa tak payah sebab dia tak selalu pun berada dalam kelompok orang cina.... aku harap lepas ni aku ada lebih advantage bila nak cari kerja... 

aku survey kelas mandarin kat JB ni dah lama... sejak sebelum kawin lagi. tapi masa tu pilihan yang ada agak jauh dari rumah dan mahal... 

kelas yang ni pun aku jumpe masa aku try google kelas mandarin dalam kawasan jajahan yang aku mampu nak pegi... tak jauh sangat dan masa yang flexible. bukan tak ada kelas mandarin yang lebih murah... ada... tapi aku nak cikgu yang betul2 pakar dan dia boleh guarantee lepas tamat je kelas mandarin tu aku mampu bercakap dalam bahasa cina dengan betul. cuma kalau nak lebih mahir dan fasih tu, kena la biasa berbual.... itu sebab aku tak kisah sebab aku yakin ia berbaloi.

dalam kelas ni, kita belajar 12 tajuk asas, dapat buku latihan, buku pinyin (sebutan dalam mandarin), selain kelas wajib, kita bole datang kelas extra atau kelas ulangan secara percuma aje... lagi, ada kelas dalam whatsapps group, bole jugak tanya dengan cikgu secara personal whatapps... dengan 12 tajuk asas tu aje kita dah boleh buat satu karangan panjang...

so kalau aku tak jugak pandai cakap, tu bukan salah cikgu tapi sebab aku yang malas buat ulangkaji. haha..... aku bukan jenis yang boleh belajar dengan baca buku je... aku lebih senang absorb dengan praktikal dan cara pembelajaran yang menarik. lagipun bahasa cina ni kena tahu sebut dengan betul... tu pasal kena dengar dan ikut apa yang cikgu sebut.

apa yang aku belajar kat kelas ni adalah bahasa mandarin baku. cikgu cakap, awak kalau nak belajar biar belajar sebutan bahasa cina yang betul. bahasa mandarin yang kita biasa dengar cina2 tu sebut biasanya bahasa pasar... macam kita jugak la. ada bahasa melayu baku, tapi kita cakap pakai bahasa paso kan...

aku gerenti, siapa yang join kelas ni tak akan boleh tertido atau rasa bosan.... sebulan pertama belajar mesti dah boleh cakap dan ingat beberapa dialog mudah dalam bahasa cina, contohnya 

"apa khabar?"
"nama siapa?... "nama saya ialah..."
"umur berapa?'
"nak pergi mana?"
"awak kat mana?"
ucapan selamat pagi, selamat malam... nombor 1-1000.... 

baaaanyaaakkk lagi... alang2 blajar, sure berbaloi... serius! mula2 aku tak kenal pun latar belakang cikgu ni.... lepas dah masuk kelas, baca biodata dia, baru laa aku faham. no wonder la yurannya setanding kualiti... 


kalau korang terutamanya yang tinggal kat JB, berminat nak belajar mandarin bole surf http://www.islamicmandarin.com/ atau
https://www.facebook.com/kelas.bahasa.mandarin.cikgu.zazah
klik Fb page tu, ada video Faisal Ismail belajar cakap mandarin

Onion Head Emoticons 107Onion Head Emoticons 107Onion Head Emoticons 107

No comments:

Post a Comment