02 May 2015

2nd pregnancy - 1st trimester

walaupun aku dah pernah ada pengalaman mengandung dan melahirkan, tapi setiap pengalaman mengandung anak-anak tu ada bezanya... 


LOYA
kali ni, aku rasa loya dia macam tak sudah2... sampai laa ni dah minggu ke 11 nak masuk minggu ke 12 pun kadang2 masih ada rasa "bluekkk"... sometime macam nak muntah tapi tak muntah pun, bunyik je lebey....

masa minggu2 awal dulu, aku muntah sebab perut loya. so... layan je lah. memang perit pahit sikit tekak tu, tapi perut cam lega lah bila dah muntah. Situasi ni, aku jarang hadap masa mengandungkan wyna... 

SELERA MAKAN
sebab perut selalu rasa tak best, aku pun tak tau laa nak makan apa. yang aku perasan, paling tak minat makan nasik sampai la aku makan nasik ngan sambal belacan. sejak tu, aku mesti nak letak sambal belacan bila makan nasik, baru ada selera. dari sambal belacan, membawa kepada meratah potongan cili api hijau, sebab sambal belacan takde. dan kemuncaknya aku ratah cili api hijau dalam soy sauce....hmmmm dap! 

ada sekali masa aku gi seminar kat pulai spring minggu lepas, masa dinner, aku makan nasik. tapi slow sikit sebab takde cili api kat sana. amoi opismate yg duduk bertentang ngan aku ni seorang vegetarian, so dia order terung goreng, aku nampak ada baki2 cili api lepas dia habiskan lauk dia. aku nak mintak, segan. aku ni terkulat2 la ngabiskan nasik yang lagi satu dua suap. bila dia blah je dari meja dia, terussss aku ceduk dua potong cili api and ngappp! masuk mulut dan cakap kat member sebelah.... EMMMM SEDAPNYAAAA!

member sebelah tu ngandung jugak, dia kata "faham kak...sy faham!" haha. esok masa lunch, aku mintak waitress tu cili api potong, aku amik sikit letak dalam bekas kecik yang memang dah tersedia soy sauce. apa lagi... lepas habis makan nasik, dok kutis2 sepotong dua cili tu, makan macam tu je... sedapppp!

tapi sekarang dah takde lagi rasa nak makan cili api... bila makan tu dah tak rasa nikmat sangat macam minggu yang lepas2.... so mungkin selera dah tukar kot...

BEHAVIOR
dalam 1st trimester ni, memang aku sangat sangat sangat sangat letih dan malas. takde mood. bosan. moody. nak marah. rasa tak nak buat apa2. rasa nak tidoooo je. berdiri pun rasa nak semput. kalau bole solat tu pun aku nak solat duduk je. punya la rasa macam penat gilaaa berdiri tak sampai berapa minit tu... 

most of the time aku prefer duduk dan baring. masa cuti pun, makan tido lepak je... first time pregnant dengan nak handle anak sulung umur 3 tahun ni, kadang2 naik jugak hot temper aku kalau wyna buat perangai. atau nak request apa2 time aku rasa aku tengah penat atau takde mood. kadang2 aku terpikir jugak, macamana kan, orang yang mengandung setahun sorang tu, lagi banyak ragam nak handle, sebab anak kecik lagi... lagi banyak ragam nak handle... at least wyna ni, faham apa kita cakap, kalau berjalan pun, dah tak payah nak dukung selalu...dia bole jalan sendiri. memang tak larat aku nak dukung lelama.... bole sakit pinggang aku...

SUPPLEMENT
minggu2 awal tu, aku minum jugak la susu kambing. lepas tu aku minum ikut tekak aku lalu nak minum, rasa nak minum kopi O, aku minum je. rasa nak nescafe, aku minum je la. but make it less lah. dah susu tak lalu nak minum. tapi fresh milk sejuk tu ok pulak. 

since aku tau aku dah pregnant, aku teruskan makan vitamin B & multivitamin macam biasa. lagipun memang aku dah amalkan sebelum aku pregnant, lepas tu aku tak dapat supplement asid folic - pil kuning yang kecik2 tu, so aku makan je la vitamin B yang ada tu. kalau tengok, vitamin B tu pun kaler kuning dan bau pun macam pil asid folic jugak. err... memang vitamin B tu dah ada skali asid folic pun... haha
koleksi dalam laci opis sebelum pregnant

masa awal2 pregnant, aku tak makan dengan seimbang. kan perut loya. so mesti makan multivitamin supaya bole top up apa zat yang kurang. vitamin ni pun memang dah ada kat umah, so makan je la. tak payah dah nak beli obimin. masa first checkup, doktor tanya aku makan vitamin apa? aku jawab je la... "shaklee je doktor... ok ke?" doktor jawab "ohh.. yes! that's good! teruskan makan ya"

cuma bila pregnant ni aku tambah pil kalsium since aku pun kurang makan sayur, kacang2 apa lagi minum susu. sebelum tido, make sure telan pil kalsium dulu. pil kalsium ni sangat2 membantu masalah sembelit. kalau pregnant kan, kadang2 susah nak berak... haha. bile aku konsisten makan pil kalsium sebelum tido, kadang2 tu waktu pagi, dalam pukul 6 pagi camtu, aku dah rasa sakit perut nak membuang... setakat ni tak pernah kena kejang kaki lagi laa... tak tau lagi nanti bila perut dah besar cemana pulak... masa aku ngandungkan wyna, selalu jugak kejang kaki....

ok, tu je update untuk kali ni. bai

1 comment:

  1. update la pic baby bump skali...aunty excited ni..haha! pelik kan ? mase 1st x rase pape. mase yg no 2 plak loya...ramai org mcm tu...
    same dgn sy mase mngandung khayla... makan nak pedas2 je..pastu mesti nak ade udang... udang galah plak tu... -_-

    ReplyDelete