14 April 2015

Tanah liat playdoh buat sendiri

Tepung gandum... selain untuk dibuat makan, boleh jugak dijadikan tanah liat untuk anak2 kita main...

Memang kat umah aku pun ada tepung gandum yang belum luak... so saja la aku try buat tanah liat...

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam halus
1 cawan air masak
1 sudu besar minyak masak (aku guna minyak kelapa)
Pewarna makanan

Cara-cara
1 - Campurkan tepung dan garam dalam satu mangkuk dan gaul rata.
2 - Campurkan minyak, gaul sebati.
3 - Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga tepung menjadi doh yang tidak melekat dan selesa dipegang.
4 - Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut warna yang nak digunakan. Kalau nak letak 4 warna, bahagikan tepung kepada 4 bahagian.
5 - Letakkan pewarna pada doh tepung dan uli hingga warna tepung sekata.

Siap!

Mula2 doh tepung ni agak berbiji halus sebab ada garam tapi lama2 garam tu akan larut dalam doh.... 

Tapi serius la.... menitik peluh mak buyong ni menguli tepung pakai tangan... penatnyaaaa.... kalau tak sanggup uli, pegi je laa beli playdoh dah siap tu... atau guna mixer ke, food processor ke...

Simpan tanah liat ni dalam bekas kedap udara sebab kalau terdedah kat udara, tanah liat ni jadi kering. Zuel impess bila tengok tepung gandum boleh jadi tanah liat untuk wyna main. Macam2 soalan dia tanya... dah ler letih uli tepung, letih nak menjawab... haha

Takde bau yang memeningkan - odourless. Cuma tanah liat dari tepung gandum ni tak sekental tanah liat yang kita beli la kut...

Ps - arwah nenek aku kemain marah kalau buat main makanan...huhu

9 comments:

  1. Alahai .. rajinnya dia buat.. im impress..!!
    good job mommy!

    ReplyDelete
  2. boleh tak buat guna tepung beras

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi,
      tak sure bole ke tak... takut jadi melekit kot?

      Delete
  3. boleh tak guma minyak masak biasa???

    ReplyDelete
  4. X jadilah saya buat,saya buat salah

    ReplyDelete
  5. Ade expired tak?kang tgh main tetibe berulat pulak..hehe

    ReplyDelete