06 April 2015

Ape citer?

macam biasa la kalau dah lama tak masuk tulis blog, klise la blogger tu nak buat2 tiup sawang kat blog tu kann.... puhh! puhhh!

kesian yang komen kat entri, tak sempat nak approve lagi. aku ngadap blog ni sambil2 makan anggur hitam, sementara tunggu zuel gi tampal tayar motor ngan tapau dinner. lapar gilaaa....

breakfast - roti canai banjir + roti bakar 1 set
lunch - nasi lauk kari ayam, ikan masin dan pucuk tenggek burung, sambal belacan sikit
petang - sebiji pisang makan dalam keta sebelum gerak balik

tak sampai umah lagi, perut dah krokk kreekk kriookk... adui laa... lapanyaaaa....
ni yang lepas mandi & solat, terus capai semangkuk besar anggur hitam... nak tunggu zuel balik, mana bole tahan! ntah kenapa sejak awal2 pregnant hari tu, buah anggur ni paling aku selera... nak lagi makan sejuk2.... uiii

apa citer nak update?

MAK MERTUA MENINGGAL
Mak mertua aku dah pun meninggal dunia... kira2 10 hari lepas. (Al-Fatihah)
aku macam takde cerita pasal arwah mak kat blog kot... arwah start lumpuh sebelah badan sejak dia terjatuh... aku rasa ada dalam setahun lebih kot... tapi lepas tu arwah agak sihat, kembali mampu berdiri dengan bantuan, dan berkomunikasi dengan jelas... cuma diri perlu diberi perhatian macam nak mandi ke, tukar pempers ke... makan pakai perlu diuruskan...

Lepas tu arwah mak ada jatuh lagi dan sejak tu kesihatan arwah mak semakin merosot. ingatan arwah mak pun makin kurang sampai mak aku pun arwah dah tak kenal lagi... arwah cuma kenal orang2 lama yang rapat dengan arwah. Kadang2 arwah bercakap seolah dia berada di zaman 30 tahun yang lalu, yang buatkan orang keliling kadang2 keliru dengan apa yang arwah mak cakap...

cuma terkilan sikit sebab kitorang baru separuh jalan nak sampai kampung lepas bapak call bagitau keadaan mak, pastu adik ipar bagitau mak dah takde. Tapi sekurang2nya kitorang dah balik tengok mak masa cuti raya cina yang lepas...
kenangan arwah mak kat rumah kitorang kali terakhir... raya haji yang lepas

WEAN OFF / CERAI SUSU
aku memang dah plan pun nak cuba2 wean off wyna sejak dia umur 2 tahun, tapi slow2 lah... cuma sejak aku tau aku pregnant lagi, lagi laa aku nak wean off... bukan sebab orang tua2 kata anak tu minum darah laa, ape laa (pape2 mitos tuu), cuma aku rasa sakit! bila pregnant, cik B tu kan sakit macam orang period jugak...

mula2 tu kesian jugak la...sampai wyna macam tak boleh nak tido tanpa nenen dulu. dah terbiasa nenen sampai tertido.... so aku kena la tabahkan hati... bila wyna mintak je, aku tak bagi. tapi ada jugak la petua2 aku buat - selet asam jawa atau ubat gigi. cuma tak la gigih sangat sebab aku malas kejap2 nak selet asam jawa. hahaha. kalau dah nak tido malam, mana ada asam jawa dalam bilik tido. nak turun bawah dah malas... selet laa ubat gigi. tapi pakai ubat gigi ni tak bagus sebab masuk dalam mulut anak. so kalau bole tak payah try....

lama2 bila dah terkena masam asam jawa, pedas ubat gigi, bila dia mintak nenen, pastu nampak ada benda pelik kat cik B, mesti wyna reject. tapi lepas tu menangis laa... nangis sebab tak dapat nenen.... lama2 dia mintak la susu. kesian.

kalau balik kerja, aku bagi wyna leka ngan kartun kat youtube ke, atau apps untuk budak2 macam kids songs etc... kadang2 aku belanja la roti ngan air. buat wyna kenyang, buat wyna leka, so takde la dia mintak nenen.

mula2 tu memang wyna menangis nada sedih sebab tak dapat... memang kesian. tapi aku tak bole mengalah ngan dia punya menangis tu. kalau tak, bila nak cerai susu kan... kena la tahan beberapa hari. bila nak tido malam tu, kadang2 wyna nak baring2 bawah ketiak aku, sondol2 cik B, ok laaa...aku bagi la chance... kadang2 dia nak minum susu botol dengan aku sekali baring ngan dia, atau aku pegangkan botol dia... ok je, aku layan je asalkan dia tak mintak nenen lagi...

ok last2 macam skrang ni, dah jarang la wyna mintak nenen lagi. mungkin dia tau, dah tak dapat nenen lagi. aku selalu cakap la ngan wyna... "wyna dah besar, tak boleh nekk lagi...nekk ibu sakit... minum susu je yer?" yang penting sepanjang proses nak wean-off susu ibu ni, kena tetap belai2 anak, supaya anak tak terasa tiba2 dia hilang pelukan ibu... yela, kalau nenen kan manja2 ngan ibu, peluk2.... tetiba dah tak dapat semua tu lagi... sebab tu time bagi susu botol pun kadang2 aku baring je sebelah wyna...

tahun ni wyna masuk 3 tahun. rasa sekejap? laa ni dah pregnant, terus aku teringat masa wyna masih baby dulu.... T_T lepas ni kena laluinya lagi sekali.... ohhh mata pandaaaa. takde tido lena lagi malam2 yer... hukhukhuk

sejak wyna dah lepas umur setahun lebih, makin lama kesihatan wyna bertambah baik, Alhamdulillah... teringat aku antara masa wyna pernah sakit dulu2.... sambil tulis ni sempat gi #throwback pulak...


pssst... antara yang bestnya jadi ibu ngandung ni, tetiba je suami hantar mee sup kat bilik time aku taip blog ni.... tapi.... mee sup??? aku pesan burger tadi....

zuel cakap, aku kena makan makanan berkhasiat...
k fine. tapi takde selera nak makan mee laaa

2 comments:

  1. cer guna ayat, "meleleh la air liur anak nti sbb x dpt burger" -- kompom dgn pantassss zuel tlg beli..hahaha! semoga sihat2 both of u yer...wyna pon..sian wyna..xleh nek..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar... tak payah nekk daahhh... ehehehe

      Delete