04 February 2015

Ketuat Tapak Kaki


aku tak tau mana dapat ketuat ni... tapi bukan la sebab aku tak jaga kebersihan... walaupun ada artikel mengatakan ketuat boleh tumbuh jika tak jaga kebersihan, bukan bermakna orang yang pembersih tu takkan kena ketuat tau...

ceh... ayat kemain nak defend...

Ketuat ni disebabkan virus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan.  ketuat ni boleh berjangkit. tapi bukan la maksudnya ko sentuh ketuat tu, lepas tu selet kat pipi, bole tumbuh ketuat. bukan begitu.

cara berjangkit ialah kalau ketuat tu berdarah, ketuat tu bole merebak / beranak (jangkit la tu) kat area yang dekat2...

macam aku, ketuat tumbuh kat tapak kaki... besar. lepas tu aku biarkan je tapi bile sampai tahap rasa tak selesa nak berpijak, aku pun kutis2 guna ketip kuku....pernah jugak sampai berdarah, tapi ketuat tak jugak tanggal. lepas tu lama2, ketuat ni beranak2 pulak kat area berdekatan, but still kat tapak kaki, cuma saiz lebih kecik. kira macam dah ada seketul yang besar, then area lain tu ada anak2...gitu....

dah lama jugak aku google macam2 cara nak buang ketuat ni. ketuat ni sebaiknya jangan pakai ketip kuku kecuali ko sanggup nak ketip sampai keluar akar2 dia...kalau dah ketip pastu tengok dekat2, ketuat ni ada bintik2 hitam kat dalam. Dari artikel Dr Zubaidi kata - itulah salur darah yang memberikan nutrient kepada ketuat tu... 


sebab tu la kalau guna ketip kuku memang berdarah2 la nanti, darah tu ada virus punca ketuat.... so tak digalakkan la kot nak pakai cara tu... kalau sanggup, haa try ler... (memang ada orang buat camtu, sila google, berdarah2 kaki beliau)

1st, aku cuba petua sapu ACV - Apple Cider Vinegar. Cuka epal. bukan jenis cuka epal jernih tu yer.... gunakan cuka yang berkeladak. kalau yang jernih tu dah takde khasiat pun. takde efek pun kalau guna cuka epal jernih....

contoh ACV yang aku guna :

iklan kejap : ACV ni ada banyak benefit. memang selalu ada kat rumah aku untuk kegunaan dalam masakan, buat toner muka, sebagai ubat jerawat dan jugak detox toksin dari dalam badan... sebenarnya ada banyak lagi khasiat ACV ni. untuk anak2 demam pun bole.

*semua rawatan perlukan sukatan yang betul, bukan terus tepek ACV gitu je. aku citer benefit secara ringkas je. dapatkan panduan cara guna yang betul.

ok so... dalam seminggu, aku try letak ACV kat ketuat. caranya, sebelum tido, tuang ACV kat kapas secukupnya, lepas tu lekatkan kapas basah tu kat ketuat dengan handyplast atau salotep. pastu tido. biarkan sampai pagi.

aku tengok petua ni agak berkesan. aku nampak la progress ketuat tu lama2 jadi hitam dan nak mati. tapi sebab aku pun bukan jenis sabar sangat, so rawatan tu separuh jalan aje la.... maka tak la gugur si ketuat tersebut....

last-last aku beli je laa ubat ketuat kat farmasi :
ada satu ubat tu nama dia "duofilm" - sejenis ubat ketuat jugak. mengandungi bahan Salicylic acid. mula2 aku pergi farmasi nak carik "duofilm" - hasil google, ramai yang komen, pakai ubat tu untuk tanggalkan ketuat. tapi kat farmasi yang aku pegi tu dah habis stok... so aku beli je la Hurix's Corn Solution. Bahan dalam isi kandungan dia sama je ngan duofilm - Salicylic acid. 

ubat ni adalah sejenis asid yang menghakis yer... so jangan pakai kat muka pulak, karang habis mengelupas kulit muka yang mulus iteww...

ubat ni memang khas untuk ketuat kat tapak kaki. caranya sama macam guna ACV. sapukan rata2 kat ketuat sebelum tido, biarkan kering. sapu jugak kat kapas, lepas tu lekatkan kapas kat ketuat tu. buat tiap2 malam sampai nampak kulit kat ketuat tu mula mengering dan mengelupas. masa kulit dah mengelupas ni punya laa syiok aku siat2... lepas tu lembut je kulit kat tapak kaki aku ni... haha

ubat ni mesti sapu kat ketuat sahaja sebab ubat ni akan buatkan kulit terkupas. kalau terkena kat area yang takde ketuat nanti, abes la kulit yang sihat tu turut terkupas (macam aku ler). ubat tu meleleh kena kat area lain, so memang besar la kulit yang terkupas. tapi lepas tu akan tumbuh kulit baru yang lembut... tempoh rawatan dalam sebulan lebih, yang penting kena laa istiqamah sapu ubat tu...

ketuat dah tanggal... kulit tapak kaki pun licin sebab dah tumbuh kulit baru...

area yang aku bulat2kan tu la ketuat. mula2 tumbuh kat bawah ibu jari tu je, lepas tu beranak2 pulak kat jari2 lain... itu yang boleh nampak dalam gambar, yang tak nampak, ada lagi 3-4 bijik baru nak tumbuh dekat2 situ jugak... ketuat ni sangat annoying kalau ada....

sesiapa yang ada masalah ketuat, boleh try cara ni... good luck!

19 comments:

  1. Thx untuk tips. Sekarang sy dlm proses merawat ketuat kat kaki. Haishh. Pakai duofilm mcm lmbt huhu. Lps tu sy sapu minyak habbatus sauda. 3 hari lps tu, nampak jugak akar2 dia tu. Tak sabar nak tamatkan riwayat ketuat tu. LOL. Anyway nice post!

    ReplyDelete
  2. Hai...saya dulu ade ketuat kat kaki..besar gile..smpai tahap tk bole pkai kasut gi kje..jln terhencut2..sy pkai duofilm tu smpai mengelupas dh siat2 nmpk akarnye, sy amik lighter,bukak apinye and bakar akar tu..esk nye hilang terus..

    ReplyDelete
  3. Sama cerita kita ni 😂 now tengah pakai duofilm. Besaq bakhang ketuat kat kaki ni haaa

    ReplyDelete
  4. Duofilm ni..pkai hari2 ea..baru hilang?

    ReplyDelete
  5. Salam. Hai,
    Thank you for the info. Saya baru nak kutil dengan ketip kuku. Nasib stumble upon post Tuan. Tk.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, sy dah try pakai duofilm, takde kesan langsung.. nak try yg hurix punya la nanti, harap2 berkesan. huhu.. tak larat laaaa, ada 3 besar2, sakit bila kena pijak.

    ReplyDelete
  7. Saya dah 2 bulan tak baik pun bertambah teruk adalah makin membesar die tumbuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang kena minor operation terus.. senang. cuba jumpa doctor

      Delete
  8. Sy pun...Besar dn sakit...Seksa gk ah...Pegi kuliah trpksa awalkn 10min sbb kna jln trhenjut2..Huhu

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah lerr naikk kat jari (tangan),semakin hari benda tu makin besar. Geram punya pasal guna pengepit kuku, berdarah uii.. last2 ikhtiar guna ubat ketuat yg Hurix punya tu (kotak hijau) seminggu lebih kot ilang. Syukur sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, cuma kulit memang mengelupas sebelum sembuh kan

      Delete
  10. Aku ade banyak kat jari ni..tadi aku sapu la kt jari telunjuk..tggu sampai kering..tgh dok belek² aku pon amek sepit kuku then potong kuku..lps potong kuku tu aku ternyoyot plk jari tu..aduhh..lupe ade ubat ketuat..agak² bahaya tak ubat tu?tgh risau ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru sempat approve komen ko. harap ko sihat dan ketuat tu pun dah baik lah yaa

      Delete
  11. Saya pun tengah alami .. mula2 dia tumbuh mcm batu kecik je kat bwh ibu jari, mak dgn kak kata biar. Kita pun bior aje, last2 makin mbesor, . Pastu jmpa kawan time practical dia kata bnde tu corn, suruh cri ubt yg dkt farmasi tu ha. Smpai skrg masih pakai. Tp akk farmasi tu kata ada side effect, so dia limit kan pkai 2weeks je.. and 2 weeks relax . Mula2 ingat dah okay arh, sekali makin melarat pulok . Tp utk mula2 tumbuh tu xde pulak bnde hitam2 tu, skrg bru ada . Ingat cacing ke apa dah, risau btul, smlm jgk sy korek, ptong pkai kepik kuku, pdih la gak. Pstu skeliling dia tu gatal.. rendam pkai air panas bcmpur gram. Then tjmpa blog ni, rse jeles pulak ketuat awk da hilang, sy punya msih bertakhta setia di bawah kaki T_T . Tlg lahh, tak selesa nie.. xkesan jgk pkai duofilm tu.. gamat pun dah letak, minyak castor pun dah letak. Bebal punya ketuat 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba awak sapu lagi ubat tu tiap2 malam sebelum tido. memang amik masa beberapa minggu. bila dah ada tanda hitam tu maksudnya dah nak mati, teruskan pakai. jangan ketip sebab darah tu berkuman, nanti jangkit tempat lain pulak...

      Delete