14 January 2015

Jangan mudah menghakimi

sakit bersalin...

aku rasa ini la sakit yang paling sakit dalam hidup seorang ibu tapi sakit yang tak serik untuk ditanggung, malah sangat didambakan hampir setiap wanita yang telah berkahwin... ada orang tu lagi laa, setiap tahun dia menanggung sakit bersalin ni, ok je kan... hehe

tapi aku ni dalam tempoh setahun jugak la kot... bile sakit perut memulas nak berak je, aku dah tangguh niat nak bagi wyna adik... hahaha... kalau sakit perut memulas macam nak ceret tu, bole jugak cangkung kat jamban, ini kalau sakit bersalin, memulas tu berjam2, selagi belum sampai bukaan yang sesuai, tak boleh nak teran... rasanya macam nak terberak tapi kena tahan dari berak, haa bole??

seingat aku... aku tak pernah lagi la kot bercerita kat ibu yang sedang pregnant, macamana rasa sakitnya bersalin dengan nada dan mimik muka beriya-iya seolah2 proses bersalin tu dahsyattt sangat... ini perkara yang common sense kot. ibu yang nak melahirkan perlu persediaan mental yang tenang, tak boleh menggelupur panik, ia hanya akan buat rasa sakit bersalin tu lebih kuat lagi sebab otot2 jadi cramp, hormon adrenalin lebih banyak dirembeskan... 

bile nak bersalin, perlu tenang dan happy supaya hormon oksitoksin dirembeskan (macam gas tahan sakit yang disedut - tapi aku takde guna gas ni)  dan ibu yang dalam mode nak bersalin akan lebih relaks, otot pun tak cramp, dan lebih mampu menahan sakit tu....  

.... cakap senang la kan dari nak praktik... sakit perut nak berak pun dah menggelupur carik jamban!

aku nak citer pasal seorang ibu (aku kenal kat fb je)... aku memang respect dan kagum dengan gaya hidup kenalan aku ni... 

dia mengamalkan cara hidup yang sangat sangat sangat natural.
gaya hidup Islamic, pemakanan semulajadi, perubatan cara Islam, homeschooling (anak2 dia tak pegi sekolah pun) hingga bersalin pun, bersalin sendiri - dirumah - dibidankan suami sendiri...

baru2 ni beliau baru je bersalinkan anak yang ke-empat :

tengok macamana persiapan diorang nak bersalin sendiri kat rumah...
siap anak terbelit tali pusat...  ini baru betul. penuh ilmu dan cukup peralatan. diorang bukan beranak kat rumah buta2 macam tu je... diorang memang belajar ilmu perbidanan Islam. (lagipun diorang memang ada bukak pusat rawatan Islam sendiri... hehehe)

kalau aku mampu, aku pun nak jugak bersalin kat umah, suami yang sambut. tak payah pening nak doktor pempuan lah, malu lah nak ngangkang, nak kena pakai panties bunga2 lah...(aku la tu, bukan orang lain pun) hehe... tapi aku tak mampu, kalau ilmu tu cetek, tak payah la nak cari risiko...  pegi la bersalin je kat spital. just, do the best.

that’s why la, aku tak suka nak judge family yang memilih jalan yang berbeza dari cara yang biasa kita buat... contohnya unvaccine, homebirth, homeschooling, 100% natural real food... just menyebut beberapa topik yang sentiasa jadi isu panas ni...  

aku percaya mereka yang pilih cara tu, dah betul2 hadam lumat2 apa yang diorang buat. bukan buta ikut2 je. kalau yang main ikut je tapi tak belajar dan faham, lepas tu kalau berlaku apa2 insiden, jangan pula nak salahkan orang lain... itulah yang buatkan orang lain mudah nak hukum dan kondem... bab kondem2 ni memang ramai yang suka kan...

KADANG2 ORANG CUMA TAHU NAK JATUH HUKUM DAN KONDEM JE, tapi diri snediri tu tak pernah pun pegi baca, pegi join golongan tu dan amik tahu kenapa diorang pilih cara tu adakah memang pasti cara yang diorang pilih tu salah? kenapa? mesti ada sebab.... ini bukannya golongan penagih dadah yang memang sah2 cuma jadi sampah masyarakat....

tapi aku tak dapat nak jadi sebahagian dari golongan tu, sebab aku sedar kemampuan diri... sedar diri tak berani nak praktikkan,  pemalas tak termampu nak dalami ilmu2 sebegitu secara serius... aku just baca untuk tambah pengetahuan. mana yang aku rasa bagus dan aku boleh buat, aku buat lah....

amik contoh kenalan aku ni je la...
dia memilih unvaccine, tapi seluruh keluarga mengamalkan perubatan Islam
dia memilih homebirth, tapi ilmu Obstetrics & Gynecology penuh di dada
dia memilih homeschooling, tapi anak2 dia kecik2 lagi dah khatam Quran, hafaz ayat2 Allah.
belum masuk remaja dan pandai urus uri adik sendiri lagi... kalau adik aku yang form 2 tu pun belum tentu!

Mereka suami isteri sendiri pun memang layak mengajar, maksud aku, mereka pun sebenarnya berpendidikan tinggi jugak. sebab tu mampu ajar anak2 sendiri setanding dengan budak yang pegi sekolah. 

.... jauhhhhh lebih baik dari aku. so apa alasan aku nak pertikaikan apa yang diorang buat? Yang aku ni percaya cakap doktor setiap kali aku jumpe bila aku sakit tu, tak pulak aku nak persoalan apa2... mungkin sebab doktor tu cakap dia dah 10 tahun pengalaman dan dulu blajar medic kat India kot... =p
seriously... memang aku kagum dan hormat sangat dengan keluarga ni...

selain tu mereka ada anjurkan kelas memanah, membela dan menunggang kuda... kuda ye... ingat bela kuda ni murah? 

pendek citer, mereka betul2 mengamalkan cara hidup Rasulullah....

kesimpulannya, kalau aku tak mampu nak ikut cara hidup diorang, cukuplah aku hormati, tak perlu pertikai, apa lagi nak lantang komen dan menghukum hanya sebab aku rasa CARA AKU LAH YANG BETUL SEBAB AKU BERADA DALAM KELOMPOK MAJORITI dan DI IKTIRAF PULAK TU....

I wouldn't judge parent yang memilih unvaccine, sebab aku tak berada ditempat mereka yang berdepan dengan anak cedera akibat vaksin
I wouldn't judge parent yang home birth, sebab aku sendiri tak berani dan takde pengalaman ngeri bersalin di hospital
I wouldn't judge parent yang lotus birth, sebab aku tak pandai jaga uri
I wouldn't judge parent yang tak breastfeed, sebab aku boleh breastfeed pun atas usaha kudrat yang dipinjamkan dengan izin Allah

siapa aku ni yang nak judge orang lain?

Semoga Allah berkati mereka dan kita semua.

No comments:

Post a Comment