17 January 2015

#motivation quotes - Orang Kaya vs Orang Miskin


Kenapa zaman sekarang semua orang berebut tak kesudahan nak berniaga kalau boleh dari rumah guna laptop sambil goyang kaki?

Anda ingat senang?


Saya belajar dengan cara yang susah. Saya train minda saya. Yes memang ambil masa yang lama untuk saya belajar apa itu yang di maksudkan FOCUS seperti mata tajam burung helang.

Tapi saya push diri saya. Cuba bagi tahu saya. Siapa yang tak nak lifestyle dengan passive income? Travel satu dunia, duit tetap masuk. Reality memang dah ramai pun orang kerja macam ini. Cashflow 5 angka masuk setiap bulan.

Berapa ramai yang “NAK”? Tapi berapa ramai juga yang hanya sekadar “NAK” tanpa bertindak seperti orang yang benar-benar “NAK”.

Kenapa benda ni berlaku?
Sebab semangat ENTREPRENEURSHIP itu tiada dalam jati diri. Sebenarnya-benarnya mereka hanya berfikir seperti “NAK” jadi usahawan, tapi mereka sendiri masih keliru. Mereka terlupa akan sesuatu yang lebih unggul dari seminar-seminar yang kini bersepah tak cukup kira pakai jari.
Mereka tidak berfikir dan bertindak 500% seperti orang yang dah benar-benar berjaya.

Hanya mencari peluang, tapi belum benar-benar menjiwai ENTREPRENEURSHIP memang tidak akan kemana2. Itu semua nanti jadi abu selagi INNER STRENGTH pun masih longlai.

Dalam blog post ini, saya akan tekankan cara-cara berfikir seperti orang kaya. Nak kaya? Betul nak kaya? Betul-betul nak berubah untuk jadi kaya? Betul-betul baca blog post ini dan fahamkan.

Tanya diri sendiri kenapa aku masih belum berjaya… ZERORIZE IS KEY !!!

1. Orang kaya akan cakap “aku yang resposible untuk tentukan macam mana aku nak hidup”. Orang miskin akan cakap “rezeki tiada, atau cukup la sekadar apa yang dah di beri”.

Orang miskin sentiasa akan blame orang lain, benda itu ini yang menjadi penghalang impian. Sentiasa mencari alasan tak habis-habis.
Enough!

Orang kaya sentiasa take charge of the situation! Become the alpha! You are lions.

2. Orang kaya akan invest duit untuk menang. Orang miskin akan simpan duit sebab takut nak kalah.

Penakut walau macam mana besar suara, sentiasa penakut. Kalau takut nak labur duit dengan ilmu dan perniagaan, jangan berniaga. Sebab nak berniaga mesti ada kedua-dua sekali. Ilmu itu wajib. Saya sanggup spend berpuluh ribu untuk ilmu, sebab saya yakin, pulangannya bukan sekadar duit tapi lebih dari itu. Cahaya kehidupan.

3. Orang kaya bagi 500% commitment untuk jadi kaya. Orang miskin sekadar nak jadi kaya.
Hanya pandai berkata-kata. Tapi tindakan, seperti air di dalam bekas yang berdebu. Nak kaya, tapi pemalas. Dah pemalas, jangan harap nak jadi kaya.

4. Orang kaya sentiasa berfikiran besar. Orang miskin sentiasa berfikir kecil.
Ataupun dengan kata lain, orang kaya sentiasa berfikir tentang impian. Orang miskin, hanya pandai berfikir masalah. When your dream is bigger than problems, you won’t have a problem.

5. Orang kaya focus pada peluang. Orang miskin focus pada halangan.
Peluang dah ada di depan mata tapi masih lagi berfikir “kalau tak jadi nanti macam mana…”

Nampak?
Belum buat pun lagi dah ada halangan then bagaimana nak berjaya?
Tak cuba macam mana nak tahu?

Ini category minda paling lemah. Saya advice tengok cerita In Pursuit Of Happiness. Lakonan oleh Will Smith. Superb movie.

6. Orang kaya sentiasa jadikan orang yang lebih kaya sebagai idola atau peminat setia. Orang miskin angkuh, berlagak, dan sombong walaupun tak sedar diri dia miskin.

Mindset orang macam ini sebab mereka belum benar-benar Zerorize.

- dipetik dari fb Zairy Mohd Noor (7 november 2014)

1 comment: