14 December 2014

Twitter

kadang2 tu bile ada rasa nak luahkan sesuatu, tak sempat nak blogging lagi... so aku taip kat twitter jer lahh...
tweets yang berlain hari dan masa...

Aku selalu cakap takde masa... bz la... padahal yg benonya aku kena korbankan masa tgk tv dan tido utk siapkan keje rumah dan freelance
- isu nak siapkan kerja freelance sejak aku tukar tempat kerja... busy busy busy

Kdg2 keje tu bukan tak boleh buat tapi susah dan tak berbaloi.. macam client yg cerewet nak gilaa... boss pun sanggup tolak je order dia
- isu customer cerewet giler sampai boss rasa nak give up amik order dia even dia nak order 2ribu helai baju

Aku baru tau.. bukan semua orang cina tu reti taip bahasa cina... pandai cakap tulis tak tau
- ada sorang dua cina kat opis aku

Kdg2 ada hari "gadget free day" - fokus kat dunia realiti aku dari stuck dalam social network
- pernah tak rasa semak dengan fb, ig, twitter dan rasa rimas pegang henpon? kadang memang aku abaikan je henpon aku ntah letak mana... keluar jalan pun, pernah tak bawak henpon. i'm free!

Ko kena cintakan produk sampai tahap ko mampu mandikan anak ko ngan pencuci dapur... sampai tahap ko mampu telan soya 3 sudu hari2.. mampu??
- isu bisnes shaklee...haha

Dia ckp "ada duit kebahagiaan pasti dtg" - aku nak je jawab "ramai je org kaya duit tp still tak bahagia"
- ayat upline aku

Kdg2 designer kena simpan sikit skill...kang org lain suke suki suruh buat mejik
- aku pernah ditanya - bole tak awak tukarkan color kereta ni? (untuk masuk iklan dalam majalah).. bole memang boleh... tapi aku cakap je tak boleh sebab kalau sekali aku tolong buat, insyaAllah esok lusa kena buat lagi dan lagi dan lagi.... kadang2 aku bukan nak mengelat, tapi aku tanak orang (bukan designer) mintak benda aneh2 yang akan menyusahkan keje aku...

Untuk kali pertama didunia realiti orang panggil aku "oi gemok!" - aku siap toleh blakang pastu tanya "aku ke??"
- i'm gemok and i knew it... tapi tak kisah... dah boleh pakai balik jeans aku,. kalau tak kena cerut ngan belt!

Chinese words tu berapa bijik font je.. bukan suruh buat karangan... pelik betul bile dia bole cakap takde masa? Really?
- bengang ngan officemate

Maafkan patik tuanku.. patik tak dapat hadiri majlis tuanku kerana patik bekerja tuanku.. maklom la kos sara idop kat jb ni mahal tuanku...
- the day of TMJ wedding

Nak jadi orang baik2 bukan senang tau... baru baik sikit je dah kena label "ustazah" (bkn setazah fb yg suke tazkirah org tuu) ...Tapi takpe ler... nasibbb orang gelar ustazah... gelaran baik2... dari gelaran yang tah ape2 tu.... Just bcoz tak penah dgr aku sebut "sial" - "fark" - "bahabi" dan segala carutan tu tak bermakna aku ni solehah sgt.. Im still not solehah yet lah. Tp kalo nak panggil aku ustazah pun ok je. Alhamdulillah.
- isu member call me "ustazah"

Kadang2 hotak aku tak bole hadam news feed fb.Scroll laju2 pastu off. Rasa macam "semua takde kaitan ngan aku - so tak penting untuk dibaca"
- #nakmuntah

Orang yg ada stalker ni sebab idop dia sangat best. Tengok aku.. mana ada stalker... sebab aku ni takde benda nak di"jealous"kan..
- haha...siap dapat favorite

ok dah. 


2 comments:

  1. baru sempat baca blog..inipon sebab bos holiday gi phuket..wuwuwuwu~~~ sedeyyy...

    ReplyDelete
  2. ok pe.. sy stalk awak juga pe kadang2.. heks ..

    ReplyDelete