06 November 2014

Just.. trying to let it go...



aku memang kadang2 jadi orang yang cepat give up atau kadang2 susah nak ter-motivate. dulu masa aku skolah, mak ayah aku banyak janji2 yang diorang nak bagi kalau aku cemerlang dalam pelajaran. tapi tak rase teringin pun... 

contoh : kalau dapat nombor 1 dalam kelas, diorang bagi basikal BMX. kalau cemerlang dalam spm, diorang nak bagi BMW. ceh... takde la... tu tipu. diorang cakap nak bagi driving licence. kot? tak ingat dah....

atau beratur 30 jam untuk dapatkan iphone dengan harga RM6.. walaupun aku perlukan phone baru untuk izphotostudio (sebab yang lama dah mula biol) takde la sanggup aku nak beratur awal sehari semata2 nak dapatkan iphone tu...

aku pun tak jugak sanggup kerja keras untuk beli BMW, melancong keluar negara, hidup mewah dan sangat selesa, berangan je la bole.... kalau pakar motivasi baca ni mesti cakap aku orang yang takde wawasan, yang takde impian, tahu berangan je mampu. haha. *tak kelakar tapi gelak. hmmm

ok bukan tu aku nak cite. biasa laa aku... mukadimah panjang. aku dah gaji semalam. tapi aku tak happy. sebab gaji aku kerja just bayar rumah + insurans daah habis. ade la tinggi few bucks untuk teruskan hidup. eceh! tu pun insurans dah nak lapse. nasib baik aku dapat agent yang baik, dia selalu sangat dah dulukan duit dia supaya insurans aku terus on... naik segan haku ni... 

at the bad side... aku cuba nak kawal emosi. 
tapi... aku luahkan emosi negatif kat sini. kadang2 tu aku penat. serius. penat sangat. sebab aku tak enjoy sangat duit gaji aku. saving sendiri pun selalu je missed. nak reward diri sendiri pun aku beralah.... aku penat sebab sentiasa pikir pasal masalah..... aku kerja untuk selesaikan masalah tu. aku cuba buat bisnes dan part time pun sebab nak selesaikan masalah tu. kadang2 sampai tahap aku rasa macam nak kerja part time kat fast food, tapi mana la bole kan... nanti tak jumpe anak laki pulak...

lama2.. kadang2 rasa fed up. yela.. keje untuk settle masalah. buat bisnes pun untuk settlekan masalah. apa aku dapat macam tak "rasa" sebab habis ke masalah yang ntah biler la nak settle. kadang2 ter-drag skali laki aku dalam masalah ni... kadang2 tu kesian gak kat dia... since kawin, overall aku macam takde langsung pun tolong dia untuk expenses rumah. semua dia bayar, semua dia tanggung. datang aku ni penuh ngan masalah je nak kena hadap.. 

kadang2 rasa sesak nak bernafas. sesak sangat, lemas... bosan dan macam nak give up. rasa macam “lantak la.. nak jadi ape jadikla... ” masalah yang nak citer tak boleh, nak lepaskan geram pun tak boleh... faham tak? masalah yang terpaksa pendam je, terpaksa tanggung sendiri... 

makan dalam beb.

No comments:

Post a Comment