02 October 2014

Susah sangat ke nak hormat?


pagi ni aku terbaca status kawan, kawan yang memang kawan di alam realiti. status tentang sesuatu yang pada aku kurang tepat tapi aku.. malas nak tegur. senyum je lah


dia share pasal bayi yang dilahirkan tanpa potong tali pusat. atau dipanggil lotus birth. dah la status yang dia share tu dari orang lain dengan caption "cakap sesedap rasa" malah siap cakap ajaran sesat, syiah lah... ape lah...

aku tau mungkin tukang share bersama status tu nampak dan rasa kesian giler kat baby tu so dengan emosi nya pegi share dengan status ntah apa2. tapi pada aku, tak ada mak bapak yang normal nak sakiti anak dia. lain la mak bapak yang campak anak diorang dalam longkang kasik mati. diorang tau la ape yang diorang buat kat anak diorang. diorang mesti dah ada pengetahuan dalam mengamalkan "lotus birth" ni. awak siapa nak jatuhkan hukum kata tu ajaran sesat, bapak puak syiah...?

bile orang suruh study, buat sikit research kat google, dijawab "malaslah nak google"... oho... nak google malas, komen menghentam apa orang buat, rajin pulak yer? itu baru suruh google, tak suruh baca buku tebal, punnn malas jugak. kalau dah malas nak amik tau, tak payah amik tau pasal ape orang buat. ni semua nak kasik setepek hidang depan mata. very the periuk feed!

ada sesetengah benda, takde siapa betul dan takde siapa salah. nak buat lotus birth tak salah. tanak buat dan nak ikut cara normal dan moden pun tak salah. so apa salahnya kita buka hati untuk pelajari sesuatu yang asing. bukan suruh kita ikut. just untuk tambah pengetahuan. lebih baik dari tak tau ape2, cuma tahu nak kutuk je.

kalau aku nak amik tahu pasal apa agama hindu tak makan daging lembu, adakah itu maksudnya aku setuju dengan pegangan penganut hindu? dan kalau aku tanak amik tahu pun, adakah aku layak nak kutuk penganut hindu yang hormat pada lembu?


2 comments:

  1. kalau x potong tali pusat, cmne plak? tunggu luruh sendiri ke panjang2 camtu??? -.-!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... luruh sendiri dan kering kecut...

      Delete