01 October 2014

Rezeki Orang

aku antara ribuan follower page "mudahnya menjemput rezeki" sebab aku pun penah beli buku dan dah habis baca pun. tapi sayang... aku tak pandai nak ceritakan balik apa lagi nak ceritakan apa yang aku dapat, yang aku rasa, yang aku sendiri alami kat orang.
aku lagi suka kalau orang tu sendiri baca, amalkan dan lepas tu rasa sendiri. sebab aku tanak orang kata "aku dah buat semua dalam tu tapi tak jadi apa2 pun?"

benda2 yang kita tak nampak ni, contohnya dalam soal rezeki ni kena ada rasa percaya, bukak mata besar2, baru kita boleh rasa. dan yang utama, selalu positif dan bersangka baik.

baiklah. sebenarnya aku nak citer pasal sorang kenalan aku ni, yang tiba2 jadi jutawan! yee... jadi jutawan sekelip mata, haaa Allah nak bagi kan? bole je Allah bagi. takde yang mustahil sebab apa yang ada dalam dunia ni semuanya milik Allah. takat bagi RM 2.5 mil kat kawan aku tu sap sap soi lah kata orang cina. haha

kawan aku ada 5 ekar tanah kat pengerang dan petronas mai datang nak beli dan nilainya macam yang aku dah sebut tadi. tak payah aku tulis banyak2 kali la yer. well, aku jealous sikit. haha... bukan jealous dengki, jealous laa Allah kurniakan rezeki sedebuk macam tuuu jek *petik jari

rasanya ramai tau petronas ada projek besar kat pengerang. ada penulis mengatakan pengerang bakal mengalahkan pelabuhan besar kat Belanda atau sama taraf. gitu. pengerang yang dulunya ceruk kampung, sekarang mula nak membangun. last time aku pegi pengerang pun.. hmm yeah. takde apa sangat pun. pekan kecil je. nak keluar ke bandar yang terdekat pun jauh. jalan pun gelap gulita hui...

okey, aku bukan nak citer hal pengerang maju... adoi...tersasar lak. aku tepek sebahagian petikan dari page "mudahnya menjemput rezeki" :

Sesungguhnya , cara Allah memberi jalan keluar , tidaklah seperti cara yang kita sangka.

( Masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit )

Solat hajat untuk membuka botol madu. Dan botol madu itu dapat di buka melalui tangan orang lain.

Dan selalunya begitulah cara Allah memberi jalan keluar; dengan cara yang tidak disangka-sangka.

******************************

Tugas saya adalah memohon dan terus merayu kepada Allah.
( Bagaimana cara masalah itu boleh selesai ; itu sudah diserahkan kepada Allah.Saya tidak mahu beratkan fikiran memikirkan hal itu. )

*******************************

Hujungnya masalah selesai.
Hujungnya hajat dicapai.

******************************
sebenarnya citernya panjang, tapi aku amik point penting je. aku selalu pikir, kalau nak selesaikan hutang, kena ada duit. nak duit, kena kerja keras, kena buat side income, kena berjimat.... 

padahal sebenarnya, kalau kita mintak kat Allah, mintak diselesaikan hutang, bantuan yang tiba tak semestinya dalam bentuk yang aku fikirkan mula2 tadi. macam citer kawan aku tu la... aku bet, dia pun tak sangka satu hari nanti tanah tu akan dibeli oleh Petronas. siapa sangka tiba2 ada syarikat yang nak bayar berjuta2 untuk tanah ceruk kampung yang takde orang pun nak duduk sana... 

contoh mudah lagi. lupa bawak duit, takde duit nak makan. aku mungkin pikir, ok aku pinjam la duit sape2, langsung tak pikir atau harap ada makanan free turun sedebuk. tiba2 Allah nak tolong, dia hantarkan orang belanja aku lunch.

tu kalau contoh simple.

ada banyak lagi contoh2 besar yang aku pernah baca... kes yang banyak hutang, tiba2 orang halalkan hutang dia. tiba2 datang rezeki sekepuk terus boleh bayar hutang, tak payah dah susah2 nak kerja kumpul duit dulu, menabung apa bagai.

nak pegi umrah. tiba2 ada orang sponsor, padahal tengah pokai. macam tu lah.

aku lupa aku baca kat mana... nak carik balik malas lak.
Allah boleh beri rezeki dalam dua bentuk :
- sebiji kuih, boleh terus dimakan
- tepung, garam, butter, telur untuk hasilkan sebijik kuih, kena uli dan bakar, baru dapat makan

aku tak mo cakap pasal orang, aku sendiri pun kalau boleh nak kuih dah siap hidang, terus dimakan. tapi mungkin Allah bagi aku bahan2 untuk buat kuih dari bagi aku kuih untuk siap dimakan supaya esok aku mampu buat kuih terus2an. takde la bile habis makan kuih, dah melopong pastu tak tau nak buat apa... 


No comments:

Post a Comment