16 October 2014

Pendek je

Hari ni 2nd times aku rehat sorang. Tapi tak pegi makan sebab rasa malas. Perut lapar gak... selera takde atau maybe malas nak drive...

Kerja kat tempat baru ni kedai makan jauh... kena drive pegi satu hypermarket macam tesco (ada hypermarket dan kedai2 / kiosk / food court)..dalam lingkungan hampir 2km dari opis. Takde kedai makan yang bole jalan kaki. Hari tu ada... tapi dah tutup. Untuk disewa katanya.

Maka hari ni aku lepak kat surau tempat aku selalu solat zohor. Opis takde ruang solat. Ok lah.. walaupun kena drive ke sini... aku pandang sudut positif. Positifnya aku dapat solat dirumah Allah... senyap...sunyi. Bunyik burung2 dan kenderaan lalu kadang2... dan kipas berputar laju. Puitis pulak ayattt.. opis lama dulu solat kat dalam kontena...bising giler sebab dekat dengan jenerator. Dan aku dapat berbaring kejap sambil taip blog ni. Amik kesempatan pulak =p... legaaa dapat golek2 kejap merehatkan otot badan...

Aku tak tau la nape ek..terutama kawan2 yang lebih kurang sealiran... aku tengok diorang pun jenis macam aku gak... jenis tak kisah lunch sorang2... apa yang aku rasa sekarang ni... aku lebih relax... bole decide nak pegi mana... nak lepak surau berapa lama... nak makan ke..tanak makan ke... sukati aku lah.. tak terikat dengan kawan2...

Bukan bermaksud tak suke berkawan... cuma adatlah kalau pegi makan ngan kawan... tumpang keta orang pulak... kita kena ada kawan sekapal baru la dapat capai kata putus yang cemerlang...haa gitu.
Opis aku ada 4 orang gadis melayu... termasuk aku (eh aku gadis kerrr) sorang kena gi bank, sorang balik umah... so patut aku rehat ngan lagi sorang gadis tapi tetiba dia cakap huby dia datang... so aku pun ok lah... ada gak terpikir, ntah2 dia tak suke rehat ngan aku. Haha. Aku pun tak kisah... takkan aku nak pakse pulak. Selama ni pun aku keje 5 tahun kat opis lama, tak pernah pulak aku kebulur tak makan sebab takde kawan nak teman.
My hidden place

No comments:

Post a Comment