09 October 2014

Kaki Bunion

Tak banyak entri blog yang aku jumpe cerita pasal masalah kaki bunion atau doktor kata - Hallux Valgus
Dulu aku ingatkan rupa kaki aku sorang je yang cacat atau pelik... tapi sebenarnya ramai orang yang mengalami masalah ni termasuk la retis2 terkenal. Cuma tak perasan je sebab camera tak zoom kaki diorang. Haha.

Punca kaki bunion ni disebabkan habit suka pakai kasut tinggi dan jugak faktor keturunan. Kaki aku ni ikut keturunan sebelah ayah aku. Aku tengok arwah atok aku pun kaki bunion, makcik aku, ayah aku dan beberapa orang cousin aku pun ada kaki bunion. Bukan la lahir2 je terus kaki ada bunion tapi gen aku ni ada peratusan tinggi untuk dapat bunion kalau tak berjaga dari awal. Dulu aku kecik2 mana la tau kaki aku ni rupanya kaki bunion. Aku rasa malu je bila orang tegur kaki aku besar dan pelik. Kalau bergambar, kalau boleh aku elakkan nampak kaki. Aku rasa kaki aku huduh.

Macamana rupa kaki bunion ni?

Tambahan lagi, kaki aku jenis pelantar rendah (flat feet / kaki rata) :

Kalau tengok dari belakang, nampak la pergelangan kaki aku senget. Bila aku kerap pakai kasut heels dulu, kasut tu lama2 akan jadi senget jugak. Alignment tumit kasut pun lari. Sama jugak kalau pakai flat shoes. Dia akan melebar senget ikut bentuk kaki aku.

So sebab tu orang berkaki bunion ni susah nak cari kasut ready made. Kalau bermampuan, ada yang pegi tempah je kasut khas untuk kaki bunion. Dari pengalaman aku la... kaki aku ni lebih selesa dan sesuai pakai kasut tapak lebar je supaya takde tekanan kat sisi bunion tu dan lebih stabil berbanding pakai heels. Kalau aku pakai kasut yang menghimpit bunion, memang lepas tu sakit kaki kat situ lah. Dan kesannya bunion tu makin membesar.

Kasut yang jenis tapak lebar pulak tak banyak design fancy2. Biasanya design kasut macam kasut untuk orang tua. Mak aku pernah sound kasut bata comfit aku macam kasut orang tua - kasut masa aku mengandung. Tapi aku tak pedulik, janji selesa dan tak sakit kaki. Sampai sekarang kasut tu masih boleh dipakai even dah lusuh.

Selain brand bata comfit, aku pernah try kasut scholl jugak. Biasanya kasut bertapak lebar dan selesa, ada arch support ni memang harganya bole tahan. Even brand bata pun, untuk kasut yang selesa at least rm60 ke atas. Kalau scholl, hush puppies apalagi kalau clarks, itu bagi aku kasut mahal... biasanya harga lebih dari rm100. Tapi alah membeli menang memakai ler...

Sejak aku pregnant sampai la dah ajdik mak budak sekarang ni, aku dah jarang pakai hi heels. Lagi2 dengan rupe kaki aku ni, memang better pakai kasut flat dan tapak lebar... tapi tu lah... kalau nak cari kasut, memang meronda satu mall laa jawabnya nak cari yang betul2 cantik rupanya, selesa dipakai dan tak nampak pelik. Bukan semua kasut fit nicely dengan kaki bunion ni...

Aku pernah google "suitable shoes for bunion feet" - taip dalam english sebab tak jumpe dalam bm. Kalau kat luar negara, memang ada brand yang buat kasut ready made yang sesuai untuk orang berkaki bunion. Kalau kat malaysia ni... hmmm kena la jalan tengok kat kedai kasut.
http://www.thebudgetfashionista.com/archive/bunions-shoe-advice/

Tapi kalau korang pun ada bunion macam kaki aku, tak perlu lah segan... syukur sebab masih mempunyai kaki. Kalau ada bajet, boleh la buat operation untuk buang bunion tu.

kaki aku

4 comments:

  1. baru taw kaki camtu namenye kaki bunion..mak mentua pon kaki mcm ni jgk..tpksa pakai kasut yang open toes sebab nak elakkan kaki sakit klu pakai kasut jenis btutup depan.
    *sy bace byk kali.sebab asek terbaca bunian..sorry..huhu~

    ReplyDelete
  2. Saya pun sama. Susah nak cari kasut yang sesuai.

    ReplyDelete