10 October 2014

How pressure I am?

ada sesiapa yang rindu kat blog saya? *giler perasan
maafkan aku kalau grammar title tu tak betul sangat... janji tulis omputeh!


seminggu aku tak hapdet, statistik visitor nampaknya ada berkurang... lagipun hari tu cuti raya haji, ramai tak online. itu menunjukkan rakyat malaysia ni jenis utamakan family, weekend atau hari cuti memang meluangkan masa untuk family, hari kerja luangkan masa baca blog orang. eh!

hari ni hari ke 4 aku kerja kat opis baru... ni curik2 taip dicelah2an artwork polo shirt yang aku kena kutip untuk jadikan satu template. font pun pakai 0.8pt yer... haaa... *takde kerja urgent, boss pun takde.

pc kat opis baru ni ngadap laluan utama, so sesiapa yang lalu nak pegi toilet belakang ni memang nampak ler ape aku buat. orang datang pun kadang2 tak perasan. kena letak side mirror. lagipun orang2 kat sini tak tau lagi jenis menyibuk ke tidak. 

setakat hari ke 3 - until yesterday, tak pernah lepas sehari pun, aku diperingatkan tentang betapa pressure-nya kerja kat sini dek perangai budak2 sales yang suke pushing. aku pun bole nampak gak amoi2 sales ni dok memekak kat staff lain mintak benda2 yang diorang nak... 

“bile bole dapat ley?”
“ i suda tunggu lama leyyy...” 
“mana i punya sampleeee....!!”

kalau aku yang baru ni pun annoying dengar hari2, lagikan si mangsa keadaan tu kan...mungkin ada konflik dalam flow kerja. yela, kekadang kena gak tau, berapa lama masa yang perlu diambil untuk siapkan sample baju tu. kalau nak cepat, kena hantar awal2. kekadang Q pun penuh, tak tau dah nak selit celah mana... aku boleh faham tu....

aku harap aku boleh siapkan kerja yang diorang mintak tu on time. semalam baru sikit kot? tapi Alhamdulillah semua selesai dengan baik. takde kena marah or merengek mintak artwork. semua disudahi dengan “tQ aaa”...

kerja sini memang sentiasa ade kerja nak buat. kecuali sekarang ni, aku takde kerja dari budak2 sales mungkin sebab hmmm... government cuti? atau boss takde? sales person pun aku tengok ada yang takde kat opis. tu berjaga2 la... pagi2 diorang keluar, petang balik bawak kerja untuk aku... haha... 

kalau kerja banyak, kalau aku rase nak stay, aku bole stay. kalau aku amik zuel lambat pun, zuel pun ada je kerja yang dia boleh buat kat opis. opis dia tu, kalau nak stay sampai nak buat tahajud kat opis pun takde hal... opis dia bole masuk 24 jam. masing2 ade passcard untuk bukak pintu.

setakat ni tiada apa yang paling sedih selain pasal tak disediakan ruang solat. sebenarnya aku memang dah tau awal2... sebab bile pegi interview kat mana2, aku memang tanya pasal prayer room. opis ni ade jugak melayu lain... tapi... aku tak amik port lah pasal diorang solat ke tak...  kalau aku bawak kereta pegi opis, bole la aku gi surau terdekat. tapi kalau tak bawak, kena la aku pegi solat kat kedai makan. aku ngaku memang masih lagi lemah kalau nak solat kat meja sendiri dengan ruang terbuka... kalau boleh aku tak mau la solat depan muslim lain yang tak bersolat (aku tak cakap budak opis aku tak solat - ini general statement, aku kat mana2 pun macam tu) kalau kat opis lama tu, tak la solat depan2 orang lain...  kalau ade ruang bertutup dari pandangan orang lain, aku bole je solat sini. aku takut kalau ter-riak, rasa diri ni bagus dah sebab bersolat tepi meja sendiri.

sebenarnya aku ni nak cakap pasal pressure kerja. haha. okey, bile budak2 opis ni dok macam bagi bayangan negatif pasal kerja ngan budak2 sales, aku just senyum aje lah. habis kuat pun aku gelak aje la. pengalaman masing2 nak hadap tekanan tak sama. aku pun tak berani komen sebab aku tak hadap lagi... so aku kena hadap dulu la baru tau tahap mana aku mampu nak hadap tekanan kat sini. 

kalau ikut pressure tempat aku kerja sebelum2 ni, memang pernah la sampai lari - berhenti kerja terus - tak datang sebab kena marah ngan bos, rasa tertekan sebab malu kena marah ngan budak sales, kena paksa balik lambat sebab kerja urgent / deadline (suka tak suke, kena balik lambat), tertekan bila artwork yang aku buat dengan sepenuh hati, rasa dah cun ni, tapi kena reject jugak....

aku tanya jugak, budak2 sales ni kalau bising, ada ke sampai maki2 orang ke... so far takde la. so aku rase ok lah kalau tak sampai maki or tengking2 orang.... atau terlalu jaga tepi kain orang lain....

tekanan sebab kerja selalu urgent tu, designer mana yang tak pernah rasa, kan... 

kalau zuel balik keje lepas tu nyanyi2 dalam kereta dengan lirik sendiri dan nada kelaut, aku selalu tanya "stress ke hari ni?"

2 comments:

  1. biasenye, chinese kurang la nak maki hamun orang ni.kecuali kalau dia memang jenis biadab atau bukit punye kan? dont worry..haha! dah dpt tmpt solat, good. sy kt sini pon tumpang kt kedai mamak sebelah ni.mmg dorg provide surau..nasib baik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. saya akan cuba propose kat boss nanti... mana tau kan rezeki... maybe tak maki2 tapi ayat tu laser la kot...

      Delete