25 October 2014

Bubur tepung pulut / Bubur Candil


aku tak sure kenapa dipanggil bubur candil? candil tu menda? tapi aku syak ni bahasa jawa Indonesia... mungkin bubur ni asal dari sana...

sebenarnya bubur ni aku nak buat masa malam depavali hari tu. zuel macam teringin nak bubur tu, mak aku selalu buat dan bagi kat kitorang. aku? langsung tak pernah buat. haha

masa malam depavali, dengan semangat aku pun menguli tepung pakai food processor. tapi aku pelik, kenapa yee tepung ni tak berketul pun? dia cair je? mula2 aku ingatkan dah terlebih letak air. so aku tambah la tepung... tapi masih tak jugak berketul. tekstur dia jadi "basah" tapi bile aku pegang, rasa macam kental. aku cuba colet dengan jari telunjuk tu, dengan pelahan tepung tu mencair dan akhirnya menitik... memang tak berketul.

pelik?

rupanya sebab aku guna tepung jagung.... laaaaaa... alkisahnya. tulah, sape yang tangguh2 label balang tepung? aku confident je akan ingat jenis tepung dalam balang tu sampai bile2, sekali tengok? sendiri yang salah. memang sebenarnya kat rumah takde pun tepung pulut. so tak jadik la buat bubur...

lagipun zuel sebolehnya nak letak sweet potato. okey lah.. semalam lepas balik kerja, singgah jusco bukit indah jap, beli sweet potato. tapi tak jumpe pulak sweet potato yang warna oren tu. yang putih ade laa... bedal aje lahh...

okeh, habis membebel, nak tepek resepi. resepi ni aku refer kat web resipicitarasawan dan tambah sikit bahan lain. buat bubur ni tak la susah pun, yang leceh tu cuma nak menggentel tepung tu... 

Bahan-bahan Tepung
1/2 peket tepung pulut
- aku beli tepung pulut 500gm, so pakai lebih kurang 1/2 peket tu...
1 sudu teh garam
Pelbagai pewarna
Air secukupnya untuk merebus
Air sejuk secukupnya untuk merendam tepung yang dah direbus

Bahan-bahan Kuah
800ml santan
6 sudu gula pasir atau secukup manis
1 sudu teh garam
2 genggam biji sagu putih
1 biji sederhana besar sweet potato - dipotong dadu

Cara-cara
1 - Didihkan air atas dapur untuk merebus. Sediakan air sejuk dalam bekas lain untuk letak tepung yang dah direbus nanti. Ceduk guna senduk bertapis lebih baik. 

2 - Campurkan tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diuli...  aku guna food processor je. terus blend dan masukkan air sikit2 sampai jadi doh. memang normal kalau fp akan bergegor sikit. hehe
2 - Bahagikan kepada berapa bahagian warna yang nak diletak warna. aku bahagi kepada 4. sebab ada 4 warna. tapi dalam gambo cuma 3 je... yang the last one aku campur2 warna sampai jadi warna macam kacang merah. haha
3 - Mulakan kerja menggentel... bulat bulat bulat... aku buat bentuk macam boya, bulat dan ada lubang sikit kat tengah2... sambil gentel sambil rebus. cubit tepung - bulatkan - plop! masuk dalam air panas yang tengah mendidih. sampai tepung last batch aku buat bulat2 je, dah malas. hihihi

4 - Sambil gentel tu tengok2 la, kalau tepung dah timbul, bole angkat dan terus masuk dalam bekas yang berisi air sejuk tu. Buat sampai habiss....

5 - Kalau dapur ada 2 tungku, boleh buat kuah sambil rebus tepung. dalam periuk lain, tuangkan semua santan, gula, garam dan sweet potato. masak hingga mendidih. sambil2 tu kacau lah, kalau pecah santan, tak cantik pulak.

6 - Lepas sweet potato dah empuk, masukkan pulak biji sagu... Biasanya kuah akan makin pekat. kalau pekat sangat, tambah air. pandai2 la selaraskan rasanya ye...

7 - Dah siap masak kuahnya, toskan tepung pulut yang berendam air sejuk tadi tu, dan masukkan dalam kuah santan, kacau sikit... daaahh siap!
nampak tak yang warna coklat tu? tu bukan kacang merah atau anggur yer... hehehe... next time aku nak gentel bulat2 besar guli je... 

Sedap dimakan suam2.... tapi aku suka makan sejukkk... hmmm. kenyal2 dan manis.

2 comments:

  1. gigih betul bab masak2 ni kan?? sy ni manjang tak dan nk bt resipi yg baru...tggu la klu ade rumah sendiri nti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takde la gigih mana... menu simple2 je...

      Delete