02 September 2014

Rangup tapi lembut


bile zuel kunyah tu boleh dengar "krupp! krapp! krupp! krapp!"... bile aku tegur, lagi kuat beriya dia mengunyah...

okey, selalunya aku buat jemput2 memang jadi mampat dan lepas dah sejuk kejung lah dia... lepas tu aku cari cara nak buat jemput2 yang lembut, takkan kejung even dah sejuk...


Bagi aku jemput2 ni base dia tepung je... inti boleh je letak apa2 yang sesuai... bahan2 yang aku guna :

BAHAN-BAHAN
5 senduk tepung gandum
1 batang cili merah
1/2 genggam ikan bilis - rendam dan tumbuk agak lumat
3 biji fishball saiz besar - cincang kasar
1/2 biji bawang besar - dadu
1 sudu kecik garam dan lada sulah
Air mendidih secukupnya

CARA-CARA
1 - Campur je semua bahan dalam mangkuk, gaul rata
2 - Tuangkan air mendidih atau air yang masih panas ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil kacau
3 - Gaul sebati

Tuang air panas tu sikit2 dulu, lepas tu gaul.... pastu tuang lagi air panas tu, gaul lagi... sampai laa semua tepung sebati. Nak campur air biasa sikit2 pun boleh. Bila guna air panas ni, tepung memang macam bergentel la sikit. Jenuh jugak la aku nak mengadun pakai senduk. Adunan ni jangan cair sangat sebab nanti jemput-jemput benyek! Dia elok sedang2, tak lembik sangat, tak kental sangat. Tujuan guna air panas ni, akan jadikan tepung tu separuh masak. Sebab tu bila goreng, dia gebus di dalam, rangup di luar...
just nice with thai sauce or sambal kicap

2 comments:

  1. "jemput2 BENYEK"..
    saje nak bagitau, perkataan BENYEK tu dah lame tak jumpa..lol~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... yerla, tak ramai sebut kan

      Delete