11 September 2014

Kisah hutang dan sedekah

semalam dalam whatsapps group, kawan aku foward satu perkara yang aku tak tau pun...iaitu "‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda"... Alhamdulillah atas perkongsian yang disampaikan... inilah jugak kenapa aku cuba gak nak bagi orang pinjam duit even masa tu aku pun cukup2 je nak guna duit...

Tapi kadang2 tu konflik dalaman jugak la... ade la suara2 yang cakap "sendiri pun tak mampu, macamana nak tolong orang... tolong diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain..."

Gitu. betul ke? betul ke aku tak mampu? apa ukuran "tak mampu" tu? adakah sebab aku pegi kerja takde duit, beli sarapan kuih dua ringgit pun korek kat laci kereta, itu dikatakan tak mampu? kenapa ye nak cakap tolong diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain...? aku mintak tolong kat siapa ye? manusia ke Allah?

Kenapa kadang2 aku tawakkal je la bagi orang pinjam duit, atau bagi orang duit (sedekah) even sendiri pun masa tu tengah susah (tengah tak banyak duit)?

1st - sebab aku yakin, kalau aku permudahkan urusan orang iaitu bagi orang tu pinjam duit dikala terdesak, InsyaAllah esok2 time aku terdesak, ada orang nak tolong. bukan terdesak duit je, bantuan rezeki boleh datang dalam apa2 je bentuk... aku tak tau apa yang mungkin berlaku dimasa depan...

2nd - sebab aku yakin, duit yang aku ada ni pun Allah yang bagi, Allah yang punya. tetiba ada hambaNya yang lain datang nak pinjam, tak salah kan aku bagi?

3rd - sebab waktu aku tengah susah ler aku kena banyak memberi... kesempitan? takde duit? bersedekah lah... "Jika engkau sedang sakit bersedekahlah, jika engkau sedang dalam masalah bersedekahlah, jika engkau terlilit hutang bersedekahlah, jika engkau ingin kaya bersedekahlah.. make a sedekah as prime needs." - ntah status sape aku copy paste sini.. 

Mari kita ikuti hadis ini:-
Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Ibn Majah dan Baihaqi).

Firman Allah S.W.T:-
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (al-Baqarah 2:245)

Cuma aku belum sampai tahap sanggup beri semua macam sesetengah orang yang berani buat. Dia berani buat sebab dia sangat yakin Allah akan tolong dia bila dia tolong orang lain... macam zaman para sahabat, zaman nabi dulu2...sampai sanggup sendiri pun takde makanan sebab bagi makanan kat peminta sedekah, padahal sendiri pun susah... tapi mereka tak pernah pikir - takut takde duit, takut susah... 

Kalau ada yang mintak tolong pinjam duit, kalau ade, aku beri.. kalau aku ade sikit, aku beri sikit, kalau takde, aku cuba ada kan, kalau aku rase memang tak dapat nak tolong sangat, dengan berat hati aku minta maaf... 

tapi lagi satu, kelemahan aku... aku bengang (ni kira dah tak ikhlas ni...haha) kalau orang tu pinjam duit aku tapi dia mampu... maksudnya pinjam duit, tapi tengok2 pegi jalan, pegi shopping, makan sedap... ammbbboooiiii! celah mana pinjam duit sebab terdesak tu yee...

hmm... pagi ni zuel pun cakap, "jangan pikir2kan sangat masalah duit tu, kalau ade, ade lah, takde takpe... kalau kita susah hati sebab duit, tu maknanya duit dah menguasai hidup kita...."

senyum

2 comments:

  1. sebelum kawin, sy selalu cakap kt asben - (dulu tunang)

    "ape nak takut . rezeki ade. nanti dah kawin, dah ade anak, laaaagi hidup senang.rezeki murah"

    tapi bile dah kawin, sy mula lupa ape sy cakap.mungkin sebab terlalu banyak berfikir, membawak kepada kurang yakin pada janji Allah...eheheheheheheh...padahal rezeki sy tak pernah putus lagi setakat ni. betul la asben awk ckp...klu kita susah ati pasal duit,mknanye duit dh mnguasai hidup kita...- JOM UBAH! tetibe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kalau nak merasa rezeki luas tu, kena betul2 yakin la.. dan satu lagi rezeki tu tak tertakluk pada menjadi kaya, banyak duit je... maksud rezeki tu luas sangat

      Delete