25 September 2014

Kenapa kena pilih kawan?

sambungan lagi sikit dari laharan kat twitter pagi ni... 
"lantak kamu lah, bukan saya yang nak kawin"


mood aku sekarang ni dalam fasa menuju ke minggu period, so memang aku cepat ter-over marah atau ter-over sedih. semalam aku masak bawal kicap, pastu zuel sound dari depan tv "macam tak masak kicap je?"

yang aku pikir : zuel nak komplen, lauk kicap aku tak rupe masak kicap. tipikal minded aku - zuel suke komplen lauk aku. lom tengok lagi dah nak komen.

masa dia nak makan,  dia suruh aku pegi buang minyak berlondang dalam mangkuk. kena komplen pasal banyak minyak. aku sentap. terus berhenti makan. aku memang tak suke kalau tengah makan, kena suruh bangun buat something. potong selera!

lepas buang minyak, aku masuk bilik merajuk gosok baju keje 3 helai. aku ni ada satu perangai, kalau bengang, aku boleh buat kerja lain dengan effisyen, sama ada sental jamban, buat artwork (tetiba idea mencurah), mengemas sambil hempas barang (dilarang amalkan) ataupun tido... eh tido pun effisyen ke?

lepas tu aku google pasal masalah suami suke komen masakan isteri. ok cut the story. zuel masuk bilik tanya kenapa aku stop makan. untuk tidak memanjangkan konflik, aku cakap la ape yang aku tak suke, apa yang aku sentap, sambil meleleh airmata haaa.... tapi cakap membelakangkan zuel.

zuel jawab "abg cakap tak macam lauk kicap sebab abg bau masakan tu tak macam bau masak kicap tapi bau macam masak sambal... abg suruh buang minyak tu bukan sebab abg marah, abg mmg buang minyak lauk, even kuah sate, lauk beli kat kedai pun abg buang minyak.... bukan pasal lauk tak sedap, sedapp lauk kicap tadi" (ntah ikhlas atau nak amik hati?)

aku toleh, dia tengok mata aku berair. "syg ni dah kenapa?? mengandung ke?" sebab masa aku ngandung dulu memang selalu nangis kalau lauk kena komplen.

hahahaha... aku tergelak. merepek. aku nak period kot. tu emoci semacam. tulah, pikir lagi bukan2. pangg karang!

semalam aku baca strategi menjemput jodoh kat page "mudahnya menjemput rezeki". penulis bukak topik tentang bagaimana menjemput rezeki yang namanya JODOH. lepas tu aku tag la kawan yang single2, yang mencari calon. aku cakap, kalau aku yang serius nak cari calon, aku baca semua komen dan aku pm je jejaka2 yang komen kat topik tu (yang terang2 tulis nak cari calon). 1st impression aku - lelaki2 yang komen tu mungkin lelaki yang baik, kalau lelaki sosial, clubbing, urban pa bagai, tak berminat kot nak baca page Islamic macam tu... lagipun diselang seli komen ustaz tu berkata "masyaAllah... lihatlah betapa banyak peluang2 untuk mendapatkan rezeki jodoh" - lebih kurang macam tu la ayat dia... 

tapi salah sorang kawan aku balas "nak pm cemana, majoriti yg komen tu pempuan"

Allahuakhbar.... aku yakin sangat dia ni mesti tak baca satu persatu komen (memang betol pun - dia mengaku). aku yang dah kawin ni pulak baca semua komen sebelum aku tag dia, sebab aku nak pastikan memang ada calon yang sesuai kalau nak mulakan langkah perkenalan. serius aku bengang pagi2 ni.... terus kena lahar kat twitter. 

mungkin kawan aku cakap - aku pun tak mintak ko tolong. ye memang betul dia tak mintak aku tolong carikan calon ke, tapi dah banyak kali cerita kat aku pasal nak cari pasangan, mintak nasihat pasal pasangan hidup, rasa down sebab tak kawin lagi... bahasa kasarnya meroyan lah... 

kalau dah suka sangat bagi alasan bodoh, tak payah la nak merungut macam2. alasan paling merapu aku pernah dapat - nak kawin ngan laki ensem sebab aku tak cantik, nanti anak pun tak cantik... 

aku pulak yang istiqfar...kalau ikut emosi ni, aku nak je sound tepat2... tapi sebab masih nak jaga hati, aku anggap dia bergurau je... aku just cakap "baik ko istiqfar cepat"... harap paham la yer. dah besar.

pada aku itu dah macam nak pertikai kejadian Allah. apa rupa anak yang Allah akan beri, itu bukan urusan kita nak tentukan... kalau kawin dengan brad pit ke, macam Hans Issac ke....atau koman2 macam abam arron ajiz, ingat confirm dapat anak tu cantik lawa hensem kacak, sempurna sifat? 

itu sebab lah kenapa pentingnya pilih kawan. aku lebih selesa terima kawan yang positif dan terbuka, hormat pendirian orang lain, tak suke kondem walaupun berbeza pendapat. kalau tak setuju, nyatakan dengan berhemah. kalau nak kutuk, diorang kutuk depan2. haha. if lebih mudah untuk aku "transparent" dengan diorang sebab kalau diorang tak setuju, diorang tak kutuk, kalau aku yang tak betul, diorang betulkan, kalau aku susah, diorang ada morale support dan aku hargai tanpa bagi alasan tak logik. dan diorang ni semua fokus kat life masing2 je, tak sempat nak amik tau pasal idup orang lain. itu yang penting. siapa diorang? diorang yang selalu baca blog ni. sebab blog ni hanya orang2 positif je nak baca... hihihi

kawan yang selalu bersikap negatif hanya akan menyakitkan hati aku sendiri, nak2 lagi kalau aku pun tak mampu nak ubah dia ke arah positif. silap2 aku pulak yang terrrjebak dengan perangai negatif. itu aku lah. aku tau, aku ni bukan kuat sangat nak berdepan dengan golongan yang penuh aura negatif, takat maki orang tu dah macam supplement harian... selalu iri dengan orang lain, rasa tak cukup dengan apa yang ada... ini statement general, bukan tuju kat kawan aku tu pun.

contohnya macam pagi2 ni la... tak pepasal aku dah bengang, bile bengang aku rasa nak merempan. merempan tu tak bagus kan? hati sakit, mulut rasa nak mencarut.... tinggal lagi aku kesian, dan aku masih ingat perkara2 baik yang dia ada. ya Allah... aku mohon jauhkan aku dari perangai2 macam ni... peringatan untuk aku muhasabah diri jugak ni.

4 comments:

  1. Haha... merajuk tido tu tak boleh di amalkan .. tp kan .. kadang akak pun buat mcm tu .. tido ..(atau sebenarnya Nap) .. lepas bangun tu , hilang rasa nak merajuk dah .. back to normal macam takder ape2 berlaku, then masing2 malas nak ungkit hal yg dh lepas.. buat bodo je tgk tv sambil makan cekedi.. haha .. pasal jodoh ... heeeee.. no komen.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bangga akak kembali komen kat blog... hihihih

      Delete
  2. same here..bile merajuk, masuk bilik, tido. sangat berkesa.bila bangun, klu marah belum hilang...makan. senang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 ada cara nak padamkan marah... tp lawak gak..bile marah, makan makan makan... hehehe

      Delete