19 September 2014

Friday short circuit


nampak status kenalan - aku prefer chop dia kenalan, maksudnya aku kenal tapi bukan berkawan. upload kad hadiah kawan2 yang wish tahniah sebab baru kawin.

kalau aku jahat, aku nak komen situ : tak jemput pun?

tapi tak komen lah... aku like je. like tanda bagus, tahniah, suka, dan tanda nak dia nampak aku like walaupun tak dijemput. poyo. haha. please ye ain, jangan jadi loser. 

lagi 10 hari aku kat opis ni. inilah minggu paling tertekan dan mendebarkan aku rasa selama aku keje sini. sebab kena prepare semua kerja2 aku sebelum aku tinggalkan opis ni. aku takde dengar lagi diorang ni nak cari replacement tapi mana bole takde replacement? tak tau la aku kalau kat singapore esok2 ada anak cucu dia bole tolong buatkan design. masa aku kerja ni pun kadang2 ade design yang tetiba je keluar, padahal bukan aku yang buat. ok la kalau camtu.

cakap pasal pindah tempat kerja baru, semalam aku mimpi merepek. beberapa hari sebelum aku nak masuk kerja sana, aku try la keje sehari, nak melawat kawasan, nak tengok enviroment. tapi tempat tu semuaaaa non muslim. dan takde tempat solat. bila aku cakap aku nak solat, diorang memang sediakan tempat semata2 untuk aku. tapi tak la proper sangat. tempat keje baru tu sebuah kilang, tapi macam kilang lama, dan macam banyak jentera berat.

satu masa tu, aku nak solat zohor, tapi solat boleh buat 3 rakaat je sebab aku jadi takut, tempat tu berhantu. hantu tu tak nampak, tapi dia mengacau. bile aku solat, dia macam marah. dia kacau, dia tiup angin kat aku dan macam2 lagi lah dia buat! eh! memang rasa takut tau... masa tu ada jugak kawan yang temankan solat sekali. aku tak tau macamana... dia non muslim kot, tapi dia solat? tapi dia pun solat tunggang langgang sebab kena kacau dek hantu tu... eh seram! terus aku decide tanak keje situ. pastu pikir nak masuk balik opis lama....

aku bukak mata... pukul 4 pagi. aku memang set jam nak bangun 4 suku, belum sempat jam bunyik, aku dah sedar sebab mimpi yang seram tu. aku bangun, duduk tepi katil. cuba ingat balik mimpi tu. ohh... tempat kerja baru yang betul2 tu tak seseram dalam mimpi tu. jauh beza suasana dan lokasinya.

pasal cuak nak pindah kerja, disebabkan notis 30 hari ni, lama2 perasaan cuak tu dah bertukar jadi cool. lebih2 lagi masa aku nak sign offer letter hari tu, ada beberapa staff perempuan melayu yang ramah bebenor...siap berkenalan, sempat la borak2 kejap. semua tu agak me"reda"kan rasa gundah gulana (tetiba keluar peribahasa) aku ni... aku harap diorang boleh diharap. aku bukan ape... sangat tak suka politik kejis, mengata belakang. takpe. kita positif je. anggap semua orang baik InsyaAllah org pun baik ngan aku. *senyum

masa aku 1st time datang nak interview pun aku nampak diorang ni bawak kek sekeping untuk amoi mana...ntah birthday siapa... so aku rase dari segi hubungan ngan kawan satu kerja cina-melayu (aku lom nampak ada indian) sume ok laa... cuma yang paling lama kerja pun 2 tahun. haha! kenapa yee... (krik...krik...krikkk)

okeh.. lagi... aku dah buat twitter account! I'm back! tapi aku cuma follow seorang dan info trafik jb, senang nak monitor kalau ada jem memana... tapi sekarang dah pakai waze, bole detect jammed kat mana... aku memang saja lock dan takde follower yang aku kenal sebab nak jadi tempat aku membebel... kat fb tak boleh nak membebel setiap 5 minit...muntah kang orang yang baca. haha

okey lah, tu je aku nak bebel hari ni. nak siapkan kerja. bai (bai kat sape pun tak tau la)

2 comments:

  1. Orang dah tak ajak , takpela .. nak buat camne lagi .. hehe . chill k .. hope everything's good for you and for the rest of the family .. =)

    ReplyDelete