29 September 2014

Disini aku abadikan

minggu ni minggu terakhir aku kat sini... 
hari tu ada sorang fb friend pm aku tanya kalau kat opis ni ada keje kosong sebagai admin. dari mesej dia macam beriye2 nak kerja, so aku cuba lah riki2 kat HR pasal admin opis...masih ada kosong ke tak? kalau puan pirahna tu dok jb ni, dah aku offer gak job ni kat dia. khayla bole dok ngan babysitter wyna, jadi geng. haha

ok... aku mula2 tak kenal pun friend fb tu. tapi aku tolong je la... takat tanya keje kosong, apa ade hal. pastu HR cakap opis memang nak cari replacement admin. so aku suruh dia datang interview. dia memang dah tak kerja, so pagi tu aku inform, petang dah datang interview...

masa 1st time dia sampai je kat pintu opis, aku tengok muka dia agak familiar. lepas aku bagi borang mintak kerja, aku tengok balik fb dia. nama macam kenal. lepas tu check nama bapak dia. ok kenal. tengok muka, macam sama. aku dah gigil macamkan jumpe balik pakwe lama....

lepas dia siap isi borang, sebelum aku panggilkan HR, aku pulak duduk interview dia. aku tengok borang tu, nama sama, tulisan tak berubah dari dulu. aku tanya, "dulu sekolah SSI kan?" dia pun macam blur2 jawab. aku kata... "kenal akak tak?" dia kata macam kenal tapi .... blur... 

aku cakap la "ni kak ain. dulu masa akak form 2, awak form 1, saya jadi akak angkat awak. dulu kite selalu balas2 tulis surat, ingat tak?"

walaupun macam kelakar, tapi selamba je la.. aku rase tu je pun hint yang paling kuat nak ingatkan balik. lepas tu kitorang berpelukan berlaga pipi macam jejak kasih... tergelak2... tak sangka giler jumpe balik kawan lama... mmg dah lost sejak habis sekolah. skrang jumpe macam keluar dari alam lain... masing2 dah ada keluarga... umur pun dah 30 sen... 10 tahun lebih lah kot tak jumpe... 

hari ni kawan aku tu baru masuk keje. tapi aku dah nak resign. sedih gak la. baru nak ade geng melayu kat opis, dah nak resign pulak. tapi member tu pun macam aku, dah biasa pun keje ngan cina2. 

kat sini aku nak abadikan 11 perkara yang best sangat sepanjang aku kerja kat opis aku ni :

1 - annual bonus, sebulan gaji. wajib ada
2 - annual lunch setiap kali CNY, pakej la ngan bonus
3 - sebelum cuti raya cina, ada lucky draw. nama je lucky draw, tapi semua staff dan pekerja akan dapat hadiah. antaranya barang letrik, set gelas / pinggan, cash money dan voucher... 
4 - lepas raya cina, ada lagi jamuan ringan, datang opis untuk makan2 je... macam buffet lah... lepas makan, bole balik... next day baru start keje lepas cuti raya cina. biasanya opis tutup seminggu sempena raya cina.
5 - raya puasa pun ada jamuan makan lagi. buffet masa lunch hour tapi masa panjang sikit, start dalam pukul 11 pagi sampai kol 2 petang.
6 - balik awal bila nak raya cina, raya puasa, raya deepavali... krismas aku tak ingat ada balik awal ke tak. sama ada halfday atau balik pukul 3 petang.
7 - kalau takde letrik dalam tempoh lama, pun akan disuruh balik... aku pernah balik pukul 11 pagi kalau tak silap, sebab TNB cakap memang takkan ade letrik sampai petang.
8 - bila ada tanda2 hari akan hujan lebat kalau dah lewat petang, pun pernah disuruh balik. takut nanti banjir atau jammed, tapi tak ujan lebat pun... hehe
8 - flexible. kalau dalam kerja aku ni, as long as keje aku siap ikut deadline. takde sape push atau nak perhatikan ko sentiasa buat keje ke tak? keburukannya : aku selalu online surfing (fb, blog, online shopping, forum etc) dan buat kerja freelance.
9 - kalau ada buat silap, tak kena marah. just kena tegur, atau just bgtau benda tu, aku kena betulkan. kalau filem salah? diorang simpan je. buat baru. takde pun bising kat aku apesal aku boleh salah bg file. setakat ni sekali je la salah cetak filem. percentage untuk silap agak kurang sangat sebab akan ada yang akan semak sebelum artwork tu proceed untuk print.
10 - esok nak cuti, hari ni apply, takde masalah. kalau bangun pagi tetiba macam malas nak gi keje, bole call je cakap nak cuti atau mc. mc takde surat? takpe, isi form je, tapi kena tolak gaji. anyway, ni pun tak bagus sangatlah, sebab take for granted pulak kan... mentang2 tak kena marah... tapi tak boleh la tiap2 minggu ko cuti. kalau camtu baik tak payah kerja...
11 - kalau tetiba kena keluar kejap pegi bank ke, pegi shaklee pastu nak pos barang ke *macam biasa buat je ni... bole mintak permission keluar kejap. HR bagi je. tapi kalau kata 2 jam, 2 jam je la. jangan terus tak masuk opis lak.
12 - opismate yang tak amik kisah pasal personal life ko, tak suke kepoh, tak menyibuk hal orang. bincang pasal kerja je... takat tanya hal2 basic pasal anak, pasal family...tu biasalah.

dah tu kenapa nak resign kalau best sangat keje sini?

aku resign hanya kerana 2 sebab je :
1 - gaji
2 - bosan

apa yang aku buat hari ni sama macam hari pertama aku masuk kerja 5 tahun lepas. statik. increment gaji ada, tapi living cost naik lagi cepat dari kenaikan gaji, so aku kena la move on. aku tak dapat lagi nak tunggu dan berharap company akan tolong aku cope up dengan living cost skarang ni... sedangkan aku boleh dapat gaji lebih lagi kat tempat lain.

soal gaji ni bukan aku je, semua staff n pekerja pun ada isu lebih kurang sama. kawan aku pernah cakap... "keje sini kalau setakat nak duit poket, bole la. kalau takde apa2 nak bayo, bole la, keje setakat nak suka2 kerja"

keje sini, takde future. kalau nak improvement, tak boleh keje sini lama2. lagi2 aku sebagai designer, bukan tempat yang bagus kalau nak asah skill. maksud aku, kalau kat sini, apa yang aku design, itulah yang diorang terima. takde orang nak kritik design aku, takde pendedahan tentang trend design yang baru... kretiviti tu takde. aku sendiri la kena jadi kretif. aku pulak jenis orang yang develop skill dari tempat aku kerja. skill takat yang aku tau ni pun hasil pengalaman aku kerja tempat2 lama... belajar dari bos, belajar dari kawan... kena kritik, kena reject.... kadang2 pressure tu ada baiknya untuk aku.

2 comments:

  1. haha~~ sy x berani nak pi jb la..too bz for me kot...takot nk bekerja kat bandar besar. high living cost kekdahnye...:P
    semoga aman di tempat baru..don't worry, bekerja kerana Allah, everything will be all right! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes rite... kerja kerana Allah,,, InsyaAllah mudah

      Delete