15 September 2014

Cara nak apply jawatan "Suri Rumah" bagi yang berkerjaya

Panjangnya tajuk... copy paste dari status friendlist fb - (Noor Hazwani)... oklah... here we go...

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah..

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa :
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu..
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika tak pandai masak.. takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan..
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah.. Percaya lah... 24 jam akan terisi dengan kerenah anak2..
11. Bersedia dengan suara2 sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah.. tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan derang yang tanggung pon..jadi, abaikan...
12. Jangan lupa kawan2... Nanti sunyi pulak takde org nak bercerita hal2 dewasa... Asek cerita Boboiboy,upin ipin ngan pororo je..hehe..

Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan... Tak perlu mewah.. cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel..
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah.. sekali sekala bawakla isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari.. takdela dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin...rezeki datang dari Allah..bukan dari manusia..
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah..

InsyaAllah... Semuanya akan berjalan dengan lancar.. Pastikan niat betul...
Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.. tak lagi sakit.... Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital... Anak pon makin happy.. kita pon happy dapat tengok anak membesar depan mata.. rezeki, alhamdullillah tak pernah putus lagi.. suami faham.. keluarga faham..

Bagi yang masih ragu2, bincang elok2, buat solat hajat, solat istikarah, mintak panduan.. Kadang2 bila buat kira2 macam tak cukup je duit.. tapi setiap bulan, cukup je duit.. semua tu rezeki..

Sekian...
************************************************************************
baru semalam aku cakap2 kat zuel pasal nak berhenti kerja, jadi suri rumah je... aku tak berani gamble lagi... komitment beriban, nak dan dan berhenti kerja tu memang macam tak boleh lagi. kalau aku takde hutang bagai, aku berani je berhenti kerja. At least aku berani la nak cuba2 jadi surirumah dan start bisnes dari rumah je... 

aku ada few kawan2 yang lepas kawin tak kerja, jadi surirumah tapi now dah berjaya ada income dari bisnes sendiri, boleh je tambah pendapatan. tapi mungkin diorang memang takde komitmen la kot...

tapi jadi suri rumah memang penat... macam2 kerja nak dibuat. aku yang takat duduk rumah 2-3 hari pun letih wat kerja rumah... job task dari pagi membawak ke malam, ade je next! next! next!


No comments:

Post a Comment