09 September 2014

Bila bawa anak makan kat luar

Sabtu minggu pertama yang lepas, aku kerja - 8.30am to 5pm. Tapi memang boring kerja sabtu ni. Nak lagi masa tu ramai yang tak datang atau amik halfday... last2 tinggal bertiga je kat opis...

Lagipun hari sabtu tak ramai yang online, nak main wasap pun masing2 kat rumah, family time atau sibuk nak uruskan rumah. aku tau ler sebab aku pun gitu la kalau aku kat rumah.... hihih

balik kerja pukul 5, amik wyna kat babysitter, pastu zuel ajak pegi makan... i have no idea la bile zuel tanya nak makan kat mana..? pegi warung saga, ingatkan nak pekena satay, aiikk dah pindah ler pulak. last pusing2, kitorang singgah je la malay village kat kolam air. 

aku bukan nak citer sangat la pasal restoran ni. tapi kalau nak makan masakan melayu or jawa, bole cuba ke sini... aku just nak citer, bawa wyna berjalan atau makan kat luar, apa yang aku sediakan untuk wyna makan?
kalau restoran tu ade sediakan buah-buahan potong, aku akan order untuk wyna. kita pun memang elok makan buah dulu sebelum makan berat2 kan... atau boleh bawak sendiri. buah-buahan paling senang nak bawak untuk anak. kalau anak masih baby, bawak je avokado... belah dua, dah boleh terus suap... hehe
makan tembikai sambil tengok upin ipin... kalau tak bawak bekal air masak, aku order jus buah untuk wyna... no ice, less sugar. tapi kat sini jumpe jus alpokat - avokado + coklat... mula2 macam malas nak try sebab dulu dah try kat restoran indonesia, tak sedap! pahit ke payau... tapi yang ni, sedapnyeee.... bajet nak share ngan wyna je la...
mungkin rupenya tak berapa menarik, wyna tak hengen pun minum...
sorry la, sekarang ni aku selalu lupa nak shoot dulu sebelum makan. hehehe. menu ni nama dia "bamboo rice tropical style...." ape ntah lagi... nama dia agak panjang... hidangan ayam goreng, kopok binjai - aku tak suke kopok ni sebab pahit, acar timun, sambal belacan dan nasik kaler hijau.

Nasik dia letak dalam bekas buluh tu. rasa sedap, makan macam tu pun takpe. so aku suap wyna nasik tu dengan ayam goreng sikit sambil2 dia makan buah tu... kadang2 kalau makan kat luar ni, aku share je makanan aku ngan wyna. kadang2 order satu hidangan untuk wyna, bukannya habis, akuuuu la jugak perabiskan...
atau order kentang goreng untuk wyna. tapi dia tak makan pun... lagi suke makan tembikai. bagus la anak... so kentang ni aku ngan zuel perabiskan....
cendol durian. bau... mahvelles bagi yang suka durian la. sebenarnya aku nak ABC Durian macam dalam citer upin ipin tu... terconfuse dengan cendol durian... nampak kat dalam buku menu, terus je order... takpe2, nanti aku try carik ACBD pulak...
perut kenyang, hati senang... jom kita jalan. tapi tak bawak selipar, kite pakai selipar emak kite... masa sampai restoran ni, wyna tido... aku tak bawak la selipar dia. bile sibuk nak turun, dia bole mintak selipar aku, nak pakai... 
ini bekalan wyna masa aku check in hotel kat pengerang hari tu. simple je, sup mi suah dan air masak. satu bekas thermos ni cukup je untuk sehari makan. masak sup mi suah ni senang, kejap je siap. didihkan air, masukkan bawang putih, bawang merah, fishball cincang dan carrot dadu. lepas mendidih tu masuk mi suah. masak sampai kembang. mi suah ni kejap je dah kembang. 10 minit siap dah... biasanya aku tak tambah garam lagi, sebab mi suah ni ada yang dah bergaram. cuci sikit sebelum masuk dalam periuk.

masa wyna kecik2 terutamanya masa dia belum setahun, memang bawakkan bekal aje la kalau berjalan, nak2 kalau jalan jauh. dah besar dekat 2 tahun ni, dah agak mudah. pilih menu yang tak pedas, kalau dapat menu sihat lagi baik. tak dapat nak elak, kita kurangkan bahan2 yang kurang sihat.

2 comments:

  1. hurh..kan? time bawak anak berjalan, order je ape yang ade, asalkn bukan makanan merapu...lagipun khayla dah start takmo makan bubur..dia nak makan ape yg kita makan...tapi sy tak bagi khayla buah tembikai..sebab sejuk kan..--sy pon pantang tembikai bcos asma..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau alah ngan tembikai, memang patut elakkan =)

      Delete