06 September 2014

10 tanda korang patut berhenti kerja

Setiap kali alarm berbunyi, ko tekan ‘snooze’ sampai 6-7 kali sebelum bangun nak siap2 pergi kerja. Perkara ni biasa berlaku dikalangan kita yang bekerja... pukul 8 tu macam huru hara sedunia sampai la kita dapat rileks minum kopi dan sarapan... atau pape je la yang buat kita selesa...




masuk hari Isnin, dahhh berangan harap2 esok Jumaat. Aku la tu, bukan korang, kot? 10 sebab kenapa korang patut istiharkan "Merdeka" dari kerjaya korang :

1 - Terasa macam takde point dah kerja tu. Sama ada memang diri sendiri bersikap negatif terhadap kerja, atau kerja tu tak seronok dah, atau korang dah tak nampak macamana kerja korang tu dapat memberi impak kepada syarikat.

2 - Kurang semangat. Setiap job task yang biasanya dapat diselesaikan dengan cermerlang, tapi akhir-akhir ni korang seolah-olah dah takde kesungguhan nak siapkan... buat asal boleh je...

3 - Kerja selalu tak siap. Puncanya mudah je, sebab korang dah takde motivasi dan keinginan tu macam dah tersedut keluar tak tau pegi mana... macam zombie datang kerja. takde perasaan. haha

4 - Beban kerja semakin bertambah tapi gaji takuk tuuu la jugak. Walaupun korang semangat nak kerja demi pengalaman dan nak tolong syarikat maju, tapi kadang2 tu rasa tak dihargai, tak naik gaji, takde bonus, ini boleh melemahkan korang...

5 - Takde masa untuk diri sendiri. Banyak masa dihabiskan dengan kerja sampai balik rumah pun masih tak boleh nak melepak sebab rasa macam masih ade benda tak settle.

6 - Korang rasa "plastik" kat tempat kerja. Biasanya korang ni jenis energetic dan banyak cakap, dan selalu terlibat dalam meeting dengan pelbagai idea dan cadangan. Tapi lately ni, kawan kerja korang pun cuma perasan korang masa lunch hour, diorang tak perasan ko pun masa kat opis. haha

7 - Asek terbayang kerja kat tempat lain lagi best, kat memana korang pegi pun rase macam oohh best kalau keje sini.. walaupun mase tu korang tengah duduk tunggu bas kat pondok buruk.... ni macam kes parah je ni...

8 - Kesihatan mula terganggu sejak akhir2 ni, padahal sebelum ni korang adalah orang yang jarang sakit, jarang amik MC, sekarang ni selalu sakit kepala, sakit badan, kemurungan, resah gelisah yang tak tau kenapa.... rasanya patut pikirkan semula pasal kerja yang sekarang ni...

9 - Korang hebat, skill mantop tapi tak dapat nak apply pada kerja, korang tak dapat buat apa yang korang boleh buat. Tersekat. Mungkin sebab skop kerja korang dah berubah ke cemana... takde maknyanya lagi... atau memang dah takde motivasi pun...

10 - Bosan sebab kerja tak mencabar. Bila ada masa free, korang gi buat aktiviti yang lebih merangsang otak dan memberi ganjaran pada diri sendiri...

So macamana? Korang rase korang ade semua ciri2 ni? tapi lex dulu... belum boleh merdeka, pegi la carik keje dulu, dah dapat baru resign...

ok? sekarang aku pulak nak carik resignation letter. Dah 5 tahun aku tak tulis, dah lupe... 
bai!


2 comments: